Eh eh bukan main rindu lagi I nak membebel. Tau tak I buat apa tadi? Tau tak? Haa baguslah kalau tak tau. Boleh lah I bagi tau. Ngeh ngeh ngeh...*gelak jahat sambil kepal kepal penumbuk. Tadi I punggah lemari cari pakaian cool nak pakai masa photoshoot dekat Bukit Cerakah hari sabtu 29.1.2011 ni. Huh sempoi gila I memadan-madankan warna baju dan seluar. Suka hati I je kan. Hmm tak apa lah.
Rasa seronok sebab ada orang nak offer jadi model ni kan kan. Jeng jeng jeng mempersembahkannn Photographer Prince Arjuna (Has) taddaaa !! I memang gila kentang ouh, gila gambar ouh, gila ouh. Dalam shoot tu nanti I bersama kawan baik kecintaan beruk I iaitu Siti Najwa Latif. Memang stock beruk. Same lah I pun, sebabnya tak boleh ahh kantoikan kat sini. Apa ahh lu orang nih.
Okay lah nanti bila kitorang dah success I post entry ye. Sambil tu I belajar sikit-sikit cara nak shoot gambar. Ehh yelah I tak bagitau yang I dah dapat DSLR ! Sama macam Has punya. So senang sikit lah I nak menggodem kamera I yang tak seberapa tuh. Hahah. Apa pun thanks a lot to Has sebab tak lokek ilmu nak share dengan I. Bagus lah ada kawan macam ni. Cool gila lah beb ! Muchas Gracias !