Saturday, January 28, 2012

Hair Conflict

Betul korang nak tengok? Betul ni? Jangan nangis. Hidup ini perlu diteruskan. Dah dah takyah.


Okay fine. Mereka tertanya-tanya akan style rambut yang ku benci. Jadi inilah dia sedikit sebanyak rambut Chinese New Year tuh. Kau nak cakap ni style ala-ala Ros anak pendekar Mustar kan kan?


Without any makeup. Padahal jarang betul nak ladies pakai eyeliner, mascara, eyeshadow dan sebagainya. 
Kalau outing T-Shirt, Jeans and Sneakers/sandals/selipar menjadi kegemaranku. Okay dah siap jom.


 Motif black and white, zaman P.Ramli. Ros oh Ros. *hihihihihihihihihihihihihihihihihih gelakkan diri sendiri*
Adakah ianya kelihatan seperti anak dara lanjut usia? Atau nenek nenek? Sobss! ;(


Nampaknya, ROS TIDAK BERPUAS HATI DENGAN HASIL POTONGAN RAMBUT 2012.
Laaaaariiiiii !!
           
 sumber dipetik : coolgiggles.blogspot.com

Friday, January 27, 2012

Don't Talk To Me

Alamak jeng jeng dah sampai. Macam mana nak pratonton dikhalayak ramai ni. Konon-konon nak style rambut pendek sempena Chinese New Year. Sekali nah hamek kau! Nallaa dia kasi..


(WIG)
Hahah. Banyak request nak suruh buat rambut macam ni. Nanti la. Lek luu. Nanti pergi kuliah naik motor kena pakai helmet. Kang tak muat kalau buat rambut macam gini. Dah la mahal gila bapak. Kalau naik kereta tak boleh buka tingkap nanti serabai tongkang. Penat I curl curl guna jari. Kalau naik bus nanti orang sibuk nak pegang-pegang rambut nak rasa texture bagai. Walaupun dah pakai "memo handbag".


MEMO HANDBAG

Taknak tunjuk rambut baru. Nanti kena bahahah/nyiahaha/kahkahkah/wakaka dengan u'ols! Masa baru potong takdelah nampak pendek sangat. Pastu tiba-tiba dia jadi pendek. OMG aku dah rasa nak ternangis. Rambutku ini curl so aku telah mencarikan pasal untuknya. Kesian kat diri sendiri ;( 

Kawan-kawan tegur eh kau potong rambut? Eh rambut baru. Eh eh kau. Ahh sudahlah. Don't talk to me. Don't talk to me.

Melakukan perayaan dengan rambut terjongket-jongket. Duduk atas sofa diam-diam lepastu dapat duit raya. Dalam hatiku berkata, mungkin inilah duit pemberian untuk repair kembali rambut jongketku. Namun aku redha. Walaubagaimanapun aku harus meneruskan perjuangan hidup. Okay dah dah.

Selamat Ali Laya semua !
Okay. Don't talk to me.
Bye.

Saturday, January 21, 2012

Looking For New Hair Style

Are you crazy? What the hell are you? Kenapa tak balik raya cina? Taknak kumpul angpow ke tak nak ke? Taknak lah. Di Segamat saja dah cukup sebab kenapa saya takyah susah-susah nak balik Shah Alam. Tapi takpe assignment berjoget lambak kasi settle takyah sibuk nak pergi raya. Bukan pandai makan kuih raya cina. Mana ada ketupat dan rendang. Tak syiiokkk! 


 Ini saya.


 Ini pun saya tau.


 Saya lagi.


 Dan lagi.


 Ini apa? Ini........

Haa ini!!! Eksyen gila woi. Macam Kilafairy hungry burgerrrrr dan compact powder. 


 Maaf saya belum sedia ditemuramah. Maaf ye maaf. No comment.



What? DON'T TOUCH YOUR HAIR?
(rujuk handbag patung)

Mari rasa sikit texture rambut.
Hmm, Apa agaknya fashion rambut sempena raya cina ni.

Jeng jeng !

Tuesday, January 10, 2012

Girlfriend Mama

Mama is my girlfriend ! Dia kelakar gila. Gelak takde bunyi pastu vibrate kat perut. Tak paham.

Bila balik rumah je saya duduk dalam bilik. Lepastu mama masuk bilik ajak sembang tak kira pagi buta, petang dan malam. Kenapa tak ada tengah hari? Sebab tengahari ada sinetron so takleh ganggu waktunya ituh.

Kita berdua suka cuba benda-benda baru tapi tak semestinya gosok bontot periuk bersama adalah benda baru yang boleh dibanggakan. 

Pernah kami cuba nak buat chocolates cake tapi tak jadi, bantut dan tak empuk rupa hodoh kelakar gila malas nak ambil gambar kenangan sebab bengang kenapa tiap kali percubaan pertama tak jadi? Lepastu mama suruh sabar ini semua pengalaman. Tapi terasa macam sudah jatuh ditimpa tangga apabila belajar resipi kedua iaitu apam pokadot setelah 7 kali baru jadi. Sebelum sebelumnya bukan teruk sangat, cuma apam terlalu lembut so masa kukus dia pecah. Walaubagaimanapun masih boleh dimakan. -__-. Tapi tak layak dijual.

Rasa macam nak putus asa masa kali ke 7 apam kitew yang jadi ituuuh, kali ni mama yang buka kukus lepas tu cakap alaaaaaa tak jadi lagi muka mama pun nampak hampa. Terus rasa benci gila nak tengok apam tu. Frustrated. Pastu gagah kan hati tengok jugak wahhh!!!!!! Mama duduk atas kerusi bersama gelak vibratenya. Mataku masih tertumpu pada apam comel so kiut kami tuh. Cantik dan menggebukan. Tapi masih tak ambil gambar. Exited betul. Sekarang saya dah pandai buat apam pokadot dan satu masa nanti saya tunjukkan kat korang ye.

Ehem tadi sebenarnya berjaya buat jualan sebanyak 30 ringgit. Ada juga orang sudi nak order. Ini pun sebab marketing strategy Capik sepupu Wawa. Dialah yang promote. Hahah. Dah biasa panggil kau Capik sepupu Wawa. Dia ni kawan yang baik. Sebenarnya gila gila tapi apesal tah malu-malu miaw nyampahhh. Dulu masa mula kenal dia dekat kampus ish geramnya mamat ni poyo. Tapi rupanya baik dan tak berapa poyo. Agak pendiam macam ter'exchage perangai dengan aku kau ni apahal.

Kesian mama orang tengah cerita pasal dia tapi sampai ke Capik pulakk. Nampaknya anak mama banyak buat masalah disini. Okay back to mama. Kadang-kadang terfikir sesuatu, semakin besar saya semakin rapat dengan mama. Dengan ayah sekarang dah pandai cerita pasal politik. Sumpah bosan. Tapi itu tanggungjawab jadi saya mesti mengundi. Eh eh. Ayah selalu outstation (kerja luar kawasan, perlu ke translate??). Tak boleh la nak selalu join hobi hobi wanita. Tapi kalau dengan ayah ajak dia pergi shopping seronok la. Rasa macam ada sugardaddy. Hahahah !! Ayah tolong maafkan anakmu ini. Mama, Ika dan Sepet dah ada kawan baru nama dia shopaholic! Naiceee kan? Hihihihihihi. Okay lah bye bye!

Takyah Nangis Awak Patut Rasa Gembira

Hai! Kembali kita! AKHIRNYA!!!
Sorry I didn't update for the past few weeks. I've been busy about school. Ahh? school? Yes it is school. Kalau ada bilik darjah pastu ada cikgu tulis kat papan putih kita memang panggil school walaupun ianya satu institusi pengajian tinggi. 

PERISTIWA

Semua orang ada buah hati. Siapa tak ada, kesian. Tapi buah hati saya lagi kesian sebab tak dapat ucapan selamat harijadi dari kekasihnya yang naif ini. Jadi yang takde buah hati takyah nangis awak patut rasa gembira. 

Bukan tak ingat tapi semalam takde mood nak wish (boleh ke?). Dah tua kerepot pun nak kena wish *tapi tak sekali-kali berani cakap begitu kepadanya maka kiteww kata dalam hati jelah. So harini dah wish selamat hari jadi semoga kekal keanak cucu, hohohoh. Dia tak marah sebab tahu kekasihnya ini tah apa-apa.

Semalam saya call dia dan tanya dia nak hadiah apa. Tapi dia taknak apa-apa. Terus ku sangkakan tak sudi. Rupanya dia dapat bonus terus draw beli samsung mini. Okay.

Malam tadi saya mintak dia temankan saya dalam talifon sebab housemates ada paper. Jadi kononnya saya takut keseorangan, padahal memang. Lima minit kemudian dia minta izin untuk tidur sebab mengantuk penat esok nak kerja, dan minta digerakkan pukul 4 pagi. Ada mungkin nak buat solat hajat sempena harijadi atau bersahur. Saya masih berteka-teki.

Lima minit kemudian satu mesej pesanan ringkas (sms) memberi jaminan kepada teka tekiku 'jangan lupa gerak esok ye, nak tengok bola. -__-. VINEEEEE LAHH ! Sekarang  korang pulak cakap kat saya takyah nangis awak patut rasa gembira.

SUKALAH KORANG KAN ??