Monday, August 25, 2014

Kepentingan Insurance

Hari ni. Seorang hamba Allah bermuka sinis mendengar aku seorang agent insurance. Dia bekerja disebuah syarikat swasta yang dulu aku ini lah yang memproses claim untuk rakan2 sekerjanya. 

Katanya:

1- Aku tak suka insurance2 ni. Bagi aku membazir. 
2- Lebih baik duit tu aku simpan buat simpanan untuk masa depan. Aku simpan dalam ASB. 
3- Lagipun insurance ni kan haram disisi agama. Kau tak cuba cari kerja lain ke?

Aku senyum (walaupun dia tak menjaga hati):

Sesungguhnya aku faham jiwa orang2 yang tak begitu tahu bagaimana insurance itu berfungsi. Dan aku sangsi kalau berlaku sesuatu yg tak diingini kat dia, besar kemungkinan ke dia menolak insurance yang disediakan oleh syarikat kepadanya kelak setelah dia hilang upaya/menghidap penyakit kritikal sehingga menyebabkan tak mampu bekerja dan hilang punca pendapatan. Timbul dalam hati nak tahu juga. Jadi aku suarakan persoalan dalam hati tadi kat dia.

Aku menjawab ketiga-tiga pandangan dia tadi:

1- Sebelum ini tugas aku memproses claim untuk company kau. Kau beruntung beb sebab company begitu mengambil berat tentang kebajikan pekerja. Macam mana kau kata insurance ni membazir. Insurance protect your life beb. Wah kalau macam ni kau mesti banyak duit kan dan tak kan gunakan peruntukan perubatan yang company kau bagi nanti. Peruntukan perubatan tu "insurance" kau tau kan? Dan tahu apa dia jawab? Company bagi ambil jelah. Aku pun okay fine. Dia macam kalau orang bagi sebotol arak kau ambil jelah. Begitu. 

2- Okay. Setiap individu yang berjaya dalam perancangan kewangan mereka ada sekurangnya 3 tabung. 
Tabung A- peruntukan kecemasan (insurance). 
Tabung B- peruntukan simpanan(beli rumah/kereta/melancong dll).
Tabung C- peruntukan masa tua(epf) / pela persaraan (A-Enrich Gold) bagi yang bekerja sendiri. 

Disini, fungsi Insurance adalah untuk melindungi ketiga2 tabung ini.

Fahamkan disini :

Tanpa tabung A- Sekiranya berlaku sesuatu yang menyebabkan individu tak boleh lagi bekerja untuk peroleh income MAKA KETIKA ITU tabung B digunakan untuk membela kos perubatan dan keperluan harian( jika cukup ). Kalau tak cukup emak ayah adik abang kakak makcik pakcik dan sahabat baik sila bantu. Persoalan, tergamak ke kita individu yang sekarang ini masih mampu bekerja melindungi dan menyediakan persediaan yang cukup untuk diri sendiri hendak memberi beban kepada orang disekeliling kita ketika sakit? Alangkah baiknya kalau kita dapat melindungi diri sendiri tanpa melibatkan orang lain. Dan tabung C juga akan terhenti setakat itu sebab tak ada income bermaksud tak ada penolakkan epf. 

Berbanding jika ada tabung A- Aku boleh jamin Tabung B dan tabung C takkan terjejas SEKIRANYA perlindungan yang dipilih di tabung A mencukupi. 

3- Sesungguhnya kita sebagai orang Islam dan mengetahui hukum, semestinya kita mengutamakan HALAL dalam setiap jual beli.

Mengapa tidak memilih TAKAFUL untuk mendapatkan yang HALAL?

Beb, Insurance dan takaful membawa erti dan fungsi yang sama. 

Insurance bermaksud melindungi dan memberi pampasan kepada  pemegang polisi dari sebarang musibah mengikut perjanjian polisi yang dipersetujui. 

Takaful bermaksud melindungi dan memberi pampasan kepada pemegang polisi dari sebarang musibah mengikut perjanjian polisi yang dipersetujui. 

Cuma Insurance adalah Conventional.

Dan Takaful adalah Islamic.

Untuk membuat simpanan di bank juga kita sebagai muslim mempunyai  hak yang sangat luas untuk menyimpan di bank conventional atau Islamic. Begitu juga dalam pemilihan diantara INSURANCE dan TAKAFUL. 

Dan adakah ASB halal? Sila google. 

ISSUE PALING PENTING DISINI, aku tolong member2 seangkatan dan individu2 yang berniat dan nak tolong diri mereka sendiri. Dan tak ingin sekali kali memindahkan beban kepada orang lain kelak. Dan aku selalu bantu semua client2 untuk memastikan mereka dan ahli keluarga dilindungi sepenuhnya. Wallahi, sekarang aku tak pernah ambil peduli kalau dipandang serong oleh orang lain dan walaupun hati ni sentap serba sedikit lah kan, tapi aku tahu dan pasti luka ni akan digantikan dengan gembira dan bangga ketika satu masa nanti, pemegang polisi dibawah aku hari ini mengucapkan TERIMA KASIH kat aku atas perlindungan yang mereka miliki. 

Percayalah. Belom ada yang muflis membeli insurance. Dan percayalah, tokoh2 yang paling berjaya kat serata dunia ni, memiliki perlindungan insurance yang paling tinggi walaupun jelas mereka mempunya banyak duit untuk membela kos perubatan sendiri tapi masih bergantung kepada Insurance dengan membeli begitu banyak perlindungan. Apalagi kita yang tak memiliki apa2 ni, jelas sekali Insurance Company lah pilihan terbaik bagi membiayai segala kos perubatan dan sebagai pengganti income satu masa nanti.

Yelah, agent insurance sudah sinonim dengan mulut manis dan penipuan. Tak hairan kalau masih ada individu seperti saudara ini tadi. Kerana itu, pilihlah agent insurance yang boleh anda percayai dan mampu membantu anda dikala memerlukan nanti. 

In sha Allah ;)
Aku boleh membantu sekiranya masih ada yang kurang jelas. 

Love love ❤️❤️

4 comments:

Linda Ishak said...

Insurans penting skang ni... kos perubatan sangatlah mahal skang ni... Nak duduk spital kerajaan... Panjang sangat q....

diana said...

Salam.. nak tak cari pendapatan sampingan??
Klik link ini untuk mklumat lanjut..
http://myinvitepay.com/?ref=278199

عبده العمراوى said...



شركة مكافحة حشرات بالاحساء
شركة مكافحة الفئران بصفوى

ST said...

Terbaik