Saturday, September 6, 2014

Satu Langkah Kehadapan

Hai Assalamualaikum.

Disuatu malam yang masih muda, aku sedang terbaring kat atas katil empuk bukan main terasa macam dibawah pengaruh dadah feeling overdos lain macam sebab seharian tepu tanpa buat apa apa. Bengap sekejap otak. Tiba tiba aku pergi stalk seseorang (eheh tak nak cakap) yang aku lindu sampai level nak pengsan. Walaupun perasaan ni melompat lompat sampai nak terkeluar dari posisi hati masa stalk tu tapi aku nasihat dia baik baik supaya dia duduk dalam diam diam. Nasib baik dia dengar cakap.

Lepas tu aku dok layan perasaan sensorang dengan lagu emo feeling ala ala kena tinggal dengan emak keluar pergi shopping tak ajak. Dasyat kalau aku tengah menghayati kisah sedih dalam hidup. Lebih dasyat kalau tiba tiba kena keluar entertain customer dengan perasaan yang berkecamuk berkeronyok. Aku kena ada mood dan rasa happy kalau tak bila aku bergurau dengan customer nanti tak sampai. Bunyi cengkerik krik krik.

Lagu paling aku minat gila Dafi- Dalam Hati Ini yang aku anggap lagu tema tentang kesedihan semasa. Korang takyah la kan gelakkan aku. Aku tengah susah hati ni. Dah beberapa jam aku hayati tiap tiap kejadian lepas, aku kena bangkitkan semangat dan cari alasan supaya aku tak duduk dalam perasaan yang terkongkong tu lagi walaupun berat gila hati sebab ni masalah serius paling dasyat dalam hidup. Paling sayang nak buang tapi aku tak boleh simpan. So aku decide bagi orang lain. Mengalah kata orang dan dalam masa yang sama aku kena appreciate apa yang tinggal. Apa saja ketentuan seterusnya aku percayakan Tuhan melebihi diri aku sendiri.

Aku pun mulakan langkah seterusnya dan cepat cepat cari lagu semangat. Demi Lovato - Really dont care. Tercekik aku nak telan lirik lagu ni sebijik sebijik walaupun ada beberapa baris tu takde kena mengena agagagaa but I really dont care aku nak jugak lagu ni. Aku bukan saja degil tetapi juga ego but ofkos I know what im doing.

Disebabkan aku ni jenis kuat "tak kisah" lebih lebih lagi kepada orang yang pernah tak kisahkkan aku. Aku lagi dasyat tak kisah. Ego bukan kepalang. For me, lantak lah kalau orang taknak kat kita atau taknak kawan, coz i have a long way to go in life and i'll meet a lot of new people anyway. This is my way untuk recover kesedihan. Tapi bila aku sensorang kau tunggu jap mata gigit tembuan aku persembah. 

Dan mungkin ini cara terbaik.

K lah. Aku nak makan. Stress. Stay positive. 

Keika.