Tuesday, October 27, 2015

AIA PUBLIC TAKAFUL

Assalamualaikum.

Mencari Insurance atau Takaful untuk diri sendiri atau keluarga? Saya ada! Ada dua jenis kategori seseorang individu itu menentukan insurance/takaful.

1- Menentukan saiz perlindungan berdasarkan budget yang mereka mampu carumkan.
2- Menentukan saiz perlindungan berdasarkan coverage yang diperlukan.

Kedua-dua kategori ini tidak salah. Kita memahami ekonomi setiap individu. Tapi kita sedia maklum bahawasanya lebih kecil premium lebih kecil perlindungan, lebih besar premium lebih besar perlindungan. Bagi yang masih belum kukuh pendapatan, lebih baik memiliki sekurang-kurangnya premium yang kecil daripada tidak mempunyai apa-apa langsung. Untuk pengetahuan anda, saiz perlindungan boleh ditambah nilai apabila pemegang polisi mempunyai pendapatan yang lebih. Tambah nilai boleh dilakukan pada bila bila masa.

Bagi anda yang masih mencari insurance dan takaful agent, boleh menghubungi saya:
ATIKA | Service Agent Terbaik
013-3434 739

 Saya mempunyai 3 tahun pengalaman didalam industri ini. In Sha Allah saya akan bantu anda untuk mengurus kewangan anda dengan keluarga dengan bijak ;)



Saturday, October 4, 2014

Emilia + Afif (Traveller Blogger) Wedding

Assalamualaikum.

Lumrah. Perempuan sukakan sesuatu yang cantik. Aku? Lagi lah! Pantang wei nampak packaging set losyen badan ada perempuan cantik je aku terus sapu dengan harapan jap lagi cantik macam perempuan tu. Mesti.

Bila sedar diri tertipu (hahaha) aku mendefinisikan cantik dengan cara lain. Begini.












Ha. Berani korang cakap tak cantik. Okay Keika adalah seorang Photographer Wanita. Kalau korang berminat dengan hasil kerja Keika boleh hubungi nombor 013 3434739.

Monday, September 8, 2014

Bestfriendku Bio Essence Tanaka White

Hi Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni aku mengalami kemurungan dan tekanan perasaan. Ahhaa. Over tau. Lalu menyebabkan jerawat tumbuh disekitar dahi dan pipi. Pada mulanya aku memang menggunakan Bio Essence ni. Tapi disebabkan dia banyak sangat produk jadi aku pun mula menanam sikap malas lalu membeli set produk lain yang lebih mudah di aplikasikan waktu aku bangun lambat dan lebih mudah dibawa dalam beg. Dasar tak mengenang budi, anak tak tau di huntong. Heheh ;p

Nama produk tersebut adalah Dnars. Memang best pakai pada mulanya. Flawless gila aku cakap. Tapi mungkin aku banyak terdedah dengan kerja luar dan keadaan kulit muka aku agak berminyak, lama lama asyik tumbuh jerawat. Pastu aku stop kejap. Bila jerawat telah pun menetas aku pakai semula. Taddaaa saya jerawat baru. Grrrrr!!! Pastu aku terus stop.

Perkara ini betul betul menambah tekanan yang dihadapi. Putus asa beb. Pada suatu hari, aku terpandang Bio Essence yang telah aku ditinggalkan beberapa bulan yang lalu. Senyap tersusun meja makeup ku. Dengan muka tak malu aku sapukan krim tersebut kemuka. Ngeeee. 

Tapi kali ni aku konsisten pakai. Aku dapat rasakan Bio Essence ini begitu mencintai kulit wajahku setelah mengaplikasikan aturan pemakaian yang betul.




Yang pertama sekali cuci muka menggunakan DOUBLE WHITENING CLEANSING FOAM. Bau dia best dan kulit muka rasa bersih.

Pastu gunakan DOUBLE WHITENING CLARIFYING SOFTENER. Aku gunakan kapas dan sapukan dimuka. Lepas penggunaan Clarifying Softener ni terasa kesegaran dan ianya juga membantu menyegarkan kulit wajah.

Ketiga, titikkan 4x FLAWLESS WHITE SERUM kat muka dan seratakan. Cam biasa. Eleh tu pun nak ajar.

Kemudian aku selalunya gunakan WHITE & FIRM DOUBLE ACTION ESSENCE sebelum mengoleskan krim siang DOUBLE WHITENING CREAM SPF20. Kat bawah ni.



Pastu diikuti dengan krim siang DOUBLE WHITENING CREAM SPF20 tadi. So far Bio Essence memang tak mendatangkan masalah terhadap kulit muka aku. Alhamdulillah selesa sebab krim ni tak tebal. Rasa muka togel dan natural.

Waktu malam pulak aku gunakan Cleansing Foam, sapu Clarifying Softener and then oleskan sikit DOUBLE WHITHENING RENEWAL NIGHT CREAM. Krim malam pun lagi la best meresap terus ke kulit muka.

Dan mulai hari ini bestfriendku adalah Bio Essence Tanaka White. Bukannya senang nak cari bestfriend.

Haaa penat dah explain ni, kire jadi la ye?? Mihmihmih ;p



Goodnight!

Keika.

Saturday, September 6, 2014

Satu Langkah Kehadapan

Hai Assalamualaikum.

Disuatu malam yang masih muda, aku sedang terbaring kat atas katil empuk bukan main terasa macam dibawah pengaruh dadah feeling overdos lain macam sebab seharian tepu tanpa buat apa apa. Bengap sekejap otak. Tiba tiba aku pergi stalk seseorang (eheh tak nak cakap) yang aku lindu sampai level nak pengsan. Walaupun perasaan ni melompat lompat sampai nak terkeluar dari posisi hati masa stalk tu tapi aku nasihat dia baik baik supaya dia duduk dalam diam diam. Nasib baik dia dengar cakap.

Lepas tu aku dok layan perasaan sensorang dengan lagu emo feeling ala ala kena tinggal dengan emak keluar pergi shopping tak ajak. Dasyat kalau aku tengah menghayati kisah sedih dalam hidup. Lebih dasyat kalau tiba tiba kena keluar entertain customer dengan perasaan yang berkecamuk berkeronyok. Aku kena ada mood dan rasa happy kalau tak bila aku bergurau dengan customer nanti tak sampai. Bunyi cengkerik krik krik.

Lagu paling aku minat gila Dafi- Dalam Hati Ini yang aku anggap lagu tema tentang kesedihan semasa. Korang takyah la kan gelakkan aku. Aku tengah susah hati ni. Dah beberapa jam aku hayati tiap tiap kejadian lepas, aku kena bangkitkan semangat dan cari alasan supaya aku tak duduk dalam perasaan yang terkongkong tu lagi walaupun berat gila hati sebab ni masalah serius paling dasyat dalam hidup. Paling sayang nak buang tapi aku tak boleh simpan. So aku decide bagi orang lain. Mengalah kata orang dan dalam masa yang sama aku kena appreciate apa yang tinggal. Apa saja ketentuan seterusnya aku percayakan Tuhan melebihi diri aku sendiri.

Aku pun mulakan langkah seterusnya dan cepat cepat cari lagu semangat. Demi Lovato - Really dont care. Tercekik aku nak telan lirik lagu ni sebijik sebijik walaupun ada beberapa baris tu takde kena mengena agagagaa but I really dont care aku nak jugak lagu ni. Aku bukan saja degil tetapi juga ego but ofkos I know what im doing.

Disebabkan aku ni jenis kuat "tak kisah" lebih lebih lagi kepada orang yang pernah tak kisahkkan aku. Aku lagi dasyat tak kisah. Ego bukan kepalang. For me, lantak lah kalau orang taknak kat kita atau taknak kawan, coz i have a long way to go in life and i'll meet a lot of new people anyway. This is my way untuk recover kesedihan. Tapi bila aku sensorang kau tunggu jap mata gigit tembuan aku persembah. 

Dan mungkin ini cara terbaik.

K lah. Aku nak makan. Stress. Stay positive. 

Keika.

Friday, September 5, 2014

Janji Kita by Keika

Hei Keika nak kongsikan beberapa keping gambar pengantin yang Keika shoot beberapa minggu lepas. Bismillah harap korang suka. 


Nadzirah + Hamidon




Kathy + Azam




Zulaika + Haiqal



Bagi sesiapa yang masih mencari khidmat photography / pelamin / make up boleh cepat cepat hubungi Keika di 013 3434739. Jangan lupa lawati Facebook Janji Kita dan juga Instagram @janjikitabykeika.

Love,
Keika.

Friday, August 29, 2014

Insurance Ya atau Tidak?


Cheque hari ini. 

Bila dah diberikan amanah mestilah diselesaikan. Client ni berumur 38 tahun dan menghidap breast cancer. Tahulah kita, kalau dia tak beli insurance ni, Tuhan masih bagi dugaan juga. Sama ada kita akan diberi ujian yang sama atau tak, siapalah yang tau. Apapun yang jadi, hidup mesti diteruskan walau memikul macam2 perasaan. 

Anak2, makan pakai, bil api air, hutang kereta, hutang rumah, belanja sekolah dan pelbagai komitment lain (tolong senarai) macam biasa memang kena bayar setiap bulan tanpa kecuali. 

Dengan Insurance sebanyak ni, sekalipun tak dapat mengubati penyakit yang dihidapi, sekurang2nya boleh membantu urusan2 lain. Sama sama lah kita doakan kesembuhan untuk client ni. In sha Allah.


Sesiapa yang ingin mendapatkan perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga, boleh segera menghubungi aku 013 3434739 untuk service yang terbaik dan boleh dipercayai. In sha Allah.

Monday, August 25, 2014

Kepentingan Insurance

Hari ni. Seorang hamba Allah bermuka sinis mendengar aku seorang agent insurance. Dia bekerja disebuah syarikat swasta yang dulu aku ini lah yang memproses claim untuk rakan2 sekerjanya. 

Katanya:

1- Aku tak suka insurance2 ni. Bagi aku membazir. 
2- Lebih baik duit tu aku simpan buat simpanan untuk masa depan. Aku simpan dalam ASB. 
3- Lagipun insurance ni kan haram disisi agama. Kau tak cuba cari kerja lain ke?

Aku senyum (walaupun dia tak menjaga hati):

Sesungguhnya aku faham jiwa orang2 yang tak begitu tahu bagaimana insurance itu berfungsi. Dan aku sangsi kalau berlaku sesuatu yg tak diingini kat dia, besar kemungkinan ke dia menolak insurance yang disediakan oleh syarikat kepadanya kelak setelah dia hilang upaya/menghidap penyakit kritikal sehingga menyebabkan tak mampu bekerja dan hilang punca pendapatan. Timbul dalam hati nak tahu juga. Jadi aku suarakan persoalan dalam hati tadi kat dia.

Aku menjawab ketiga-tiga pandangan dia tadi:

1- Sebelum ini tugas aku memproses claim untuk company kau. Kau beruntung beb sebab company begitu mengambil berat tentang kebajikan pekerja. Macam mana kau kata insurance ni membazir. Insurance protect your life beb. Wah kalau macam ni kau mesti banyak duit kan dan tak kan gunakan peruntukan perubatan yang company kau bagi nanti. Peruntukan perubatan tu "insurance" kau tau kan? Dan tahu apa dia jawab? Company bagi ambil jelah. Aku pun okay fine. Dia macam kalau orang bagi sebotol arak kau ambil jelah. Begitu. 

2- Okay. Setiap individu yang berjaya dalam perancangan kewangan mereka ada sekurangnya 3 tabung. 
Tabung A- peruntukan kecemasan (insurance). 
Tabung B- peruntukan simpanan(beli rumah/kereta/melancong dll).
Tabung C- peruntukan masa tua(epf) / pela persaraan (A-Enrich Gold) bagi yang bekerja sendiri. 

Disini, fungsi Insurance adalah untuk melindungi ketiga2 tabung ini.

Fahamkan disini :

Tanpa tabung A- Sekiranya berlaku sesuatu yang menyebabkan individu tak boleh lagi bekerja untuk peroleh income MAKA KETIKA ITU tabung B digunakan untuk membela kos perubatan dan keperluan harian( jika cukup ). Kalau tak cukup emak ayah adik abang kakak makcik pakcik dan sahabat baik sila bantu. Persoalan, tergamak ke kita individu yang sekarang ini masih mampu bekerja melindungi dan menyediakan persediaan yang cukup untuk diri sendiri hendak memberi beban kepada orang disekeliling kita ketika sakit? Alangkah baiknya kalau kita dapat melindungi diri sendiri tanpa melibatkan orang lain. Dan tabung C juga akan terhenti setakat itu sebab tak ada income bermaksud tak ada penolakkan epf. 

Berbanding jika ada tabung A- Aku boleh jamin Tabung B dan tabung C takkan terjejas SEKIRANYA perlindungan yang dipilih di tabung A mencukupi. 

3- Sesungguhnya kita sebagai orang Islam dan mengetahui hukum, semestinya kita mengutamakan HALAL dalam setiap jual beli.

Mengapa tidak memilih TAKAFUL untuk mendapatkan yang HALAL?

Beb, Insurance dan takaful membawa erti dan fungsi yang sama. 

Insurance bermaksud melindungi dan memberi pampasan kepada  pemegang polisi dari sebarang musibah mengikut perjanjian polisi yang dipersetujui. 

Takaful bermaksud melindungi dan memberi pampasan kepada pemegang polisi dari sebarang musibah mengikut perjanjian polisi yang dipersetujui. 

Cuma Insurance adalah Conventional.

Dan Takaful adalah Islamic.

Untuk membuat simpanan di bank juga kita sebagai muslim mempunyai  hak yang sangat luas untuk menyimpan di bank conventional atau Islamic. Begitu juga dalam pemilihan diantara INSURANCE dan TAKAFUL. 

Dan adakah ASB halal? Sila google. 

ISSUE PALING PENTING DISINI, aku tolong member2 seangkatan dan individu2 yang berniat dan nak tolong diri mereka sendiri. Dan tak ingin sekali kali memindahkan beban kepada orang lain kelak. Dan aku selalu bantu semua client2 untuk memastikan mereka dan ahli keluarga dilindungi sepenuhnya. Wallahi, sekarang aku tak pernah ambil peduli kalau dipandang serong oleh orang lain dan walaupun hati ni sentap serba sedikit lah kan, tapi aku tahu dan pasti luka ni akan digantikan dengan gembira dan bangga ketika satu masa nanti, pemegang polisi dibawah aku hari ini mengucapkan TERIMA KASIH kat aku atas perlindungan yang mereka miliki. 

Percayalah. Belom ada yang muflis membeli insurance. Dan percayalah, tokoh2 yang paling berjaya kat serata dunia ni, memiliki perlindungan insurance yang paling tinggi walaupun jelas mereka mempunya banyak duit untuk membela kos perubatan sendiri tapi masih bergantung kepada Insurance dengan membeli begitu banyak perlindungan. Apalagi kita yang tak memiliki apa2 ni, jelas sekali Insurance Company lah pilihan terbaik bagi membiayai segala kos perubatan dan sebagai pengganti income satu masa nanti.

Yelah, agent insurance sudah sinonim dengan mulut manis dan penipuan. Tak hairan kalau masih ada individu seperti saudara ini tadi. Kerana itu, pilihlah agent insurance yang boleh anda percayai dan mampu membantu anda dikala memerlukan nanti. 

In sha Allah ;)
Aku boleh membantu sekiranya masih ada yang kurang jelas. 

Love love ❤️❤️