Sunday, December 30, 2012

Beruang Jahat is You

Hi korang! I tengah bengang ni. *Jadi jika nak lebih memahami I sila baca ikut kesesuaian intonasi*. 


Ugh!! Gaduh lagi? Hallo? I dah penat you faham tak? Kenapa suka dalam seminggu 3 hari baik/happy and the balance kena gaduh. Kita tak boleh samakan/salahkan anjing dengan kucing dalam hal ni, bytheway if I kucing I accept sebab it's sounds like cuteeeeenyeeee but I tak tau nak replace you dengan haiwan apa tak kan anjing haloooo you are my baby so I can't! 

Okay! I got an idea! Beruang Jahat. Yeah, your size of body looks like beruang. I akan panggil you beruang jahat bila-bila you buat I bengang lepasni. So beware.

T__T

Saturday, December 29, 2012

Ada-Ada Saja Dong !

Hai! This is Dila kawan hingusan. Disebelah bodyguard. Jadi aku terkelakar tengok gambar-gambar dorang. Tam and Dila I'm sooo sorry.


Paling nice, sweet dan pelajar contoh.


Masih nice sweet dan pelajar contoh.


Ini paling kelakar kenapa jurugambar boleh ambil gambar begini? Salahkan Izzat. Apa yang cuba dilakukan oleh Dila? *sila rujuk gambar. Aku curiga lalu terus mencari bahan bukti dan siasatan terus dijalankan.


*Masih rujuk pada gambar. Mereka ketawa macam something dan korang takyah otak kuning. 

LOL ;D

Monday, December 24, 2012

Menstrual Cramps

Hi everyone! Huh! Harini sangat tak best! I diserang period pain! Tiap kali hujung bulan I kena takut-takut jika diserang. Itu buat sepanjang hari I takde mood and tak seronok! Ugh! I pun tak tau apa masalah I sampai tiap bulan kena alami semua ni! If you guys alami perkara yang sama macam I mesti korang faham, oh so sweet! Dah la tu, kalau menyerang waktu masih kat rumah takpe! Ni tak, kat tempat kerja baru nak sakit, tak kan I nak nangis kat office pulak!!!

But selalunya jika diserang I kena sapu minyak angin dan tidur. Jika I terus bekerja dan berjalan for sure I akan pitam!! I hope perkara macam tu takkan terjadi. OMG!! Pengsan ditempat awam, dan susahkan orang nak angkat I walaupun I tau I tak berapa berat tapi kalau buang I dalam laut pun belum tentu terapung bahaha!

Okay lah! Just nak bagitau you guys I dah sihat daripada serangan!

LOL ;D
via BlackBerry®celcom

Wednesday, December 19, 2012

Ain Atika & Aini Adilla

Hahahah! No no no no!!! Bukan entry Walimatul Urus. Kemain tajukss!

Haritu kebosanan call Dila teman beli kasut baru, kononnya sebagai pengkritik setia ketika buat pemilihan kasut, setelah segala idea dan pendapat dicurahkan, ianya ibarat mencurah air kedaun keladi hahah! Dan aku memilih kasut kesukaanku sendiri. Mesti kau benci aku! Bahahah! Pastu kita kua makan-makan gosip-gosip. Kita memang sweet sebab dari zaman basikal, motor, dan kini tanpa topi keledar kami masih disini. Masih berpaut pada beberapa angan-angan hingusan. Comel. Kita tak berangan yang tak perlu, kita berangan macam orang dewasa. Lepas habis sekolah nak continue study bersama, nak grad bersama, nak kerja pun satu tempat yang sama. Ya, memang macam janji manis dengan makwe/pakwe.

Dan yang paling syiok, kita dapat tunaikan angan-angan hingusan tu tanpa disedari bahawa kita dah grad bersama. Wah! Boleh tak nak kerja di satu tempat yang sama jugak? Nak nak nak!

Maka dengan ini daku persembahkan hari kebersamaan kami. Hari suka kami. Hari gila ahh kami.


Okay macam surprise siap potong kepala.


Super Sweet BFF

 


Oh terik bukan lighting.



Yeah ini baru kejayaan!



Oh semat oh semat oh!


Dengan penuh harap hubungan ini sampai bila-bila.





Mihmihmih gelako muka hengko!





Congratulation to us! Haha!

Bye bye for now!

Monday, November 26, 2012

Kesayangan

Ini kesayangan waktu susah dan senang.

 Paling manja dan mengada. *Ibubapa escort dibelakang. 



Paling kurus dan lidi. 
Babai for now!

Thursday, November 15, 2012

Sepet

Ini Sepet. Dia adik. Saya kakak.


Kami banyak misi. Contohnya menggunting rambut tanpa pengetahuan ayah bonda. Apabila misi dicapai. Kami akan cakap "MISSION ACCOMPLISHED"!! 
*dan gelak jahat bersama!

Ya betul tu! Kami cuma translate sentence itu sahaja. Bahahahaa!

Sejak Dua Menjak

Alamak apa yang aku cuba nak cakap ni? Apa? Apa? Aku sedar akan beberapa perkara aneh terjadi kepada diriku sejak akhir-akhir ini. Meh aku listkan.

1- Tak nangis bila tengok filem/drama sedih. Tengok orang sebelah meleleh ayak mata nah kau tisu bakul-bakul tapi apasal aku macam bongok je tak nangis. 

2- Aku pun dah cuba nak berjimat-cermat tapi apakan daya selagi ada duit selagi itu ada perbelanjaan lepastuh rasa sesal omaigod why why???? baru boleh macam orang sebelah nangis bakul-bakul.

3- Rasanya macam cacat pendengaran ke hape ke aku pun tak tau lah kan. Pasalnya apa yang emak dan ayah cakap macam masuk telinga kanan keluar telinga khiriii!!! Contohnya emak suruh, "Ika lipat baju" tu aku pergi duduk depan telebisen nengok raja lawak. Pastuh contoh lain, Ika pergi kedai jap adik takde kat rumah mak nak masak ni, aku dok pergi dapur basuh pinggan. Ayah plak mintak tolong transferkan gambar eksiden dia haritu kat dalam pendrive, tapi aku kata kejap ye yah, masuk dapur panaskan nasi goreng duduk depan telebisen makan nasi goreng iteewwhhh sambil nengok berita. Aku rasa macam kerek je tindakan aku tu. 

4- Dah cukup! Tu je!

Eh kenapa emo? Bahahahaa! Tetibe dodok dalam bilik sensorang mehasabah diri alhamdulillah sekarang dah sedar tindakan semua diatas dah menyalahi rukun hidupku. 

Lepas ini harus lebih nangis mengalahkan orang sebelah biar orang sebelah plak rasa bongok nengok aku nangis. 

Kenalah belajar kedekut pada diri sendiri. Ya kawan-kawan dengar tu pada DIRI SENDIRI! Jadi semua masih berpeluang untuk dibelanja oleh ku!! -__-

Buat lah perkara yang disuruh ibubapa saja. Kalau kawan suruh belanja? Okay tak boleh sebab bukan ibubapa. Bahahahaha!

Friday, November 2, 2012

Girls Night Out

Saya gemar makan. Saya tahu awak pun ;) Amboi amboi amboi. Celebrate ape yang seronok sangat ni? Adelewww!! Kalau keluar mesti kena makan. Kalau makan mesti kena cipta memori kasih sayang. Jadi ini dia memori kasih sayang buat diriku dan Elysya.

 Dave's Original 1/4 Roast Chicken with Mash and Salad

 Dave's Beef Lasagna with Side Salad

 Bread Banana Puding with Custard Sauce and Ice Cream

 Toasted Panini Bread with Chicken Toast

 Grilled Chicken

Ini pemberi memori kasih sayang ituh. Mummy Hot!!! You know?? Pernah jumpa di mana mana packet pewarna rambut kegemaran?

Ya ini Elysya si putih gebu dan Renee pemberi kasih sayang juga!!
xoxo!


Tunggu untuk menonton Bait dan popcorn disebelah. Ya kami sedang tunggu. Tunggu memang macam ni.

Loves.

Friday, October 5, 2012

OMG Blackberry!

Homaigod!! Post entry without title! Salah tekan kaypad. Maklumlah keypad blackberry yg kecik ni buat aku rasa jari jemari terlalu besar. BESAR GILA!

Lepastu kalau post entry guna blackberry tersemat signature kat akhir entry kononnya macam hantar email kepada business partner. Ceh! Memang akulah yang buat signature tu sebab kalau nak reply somebody email guna blackberry selalu lupa letak signature. Macam tak professional langsung.

Lepas ni takpayah rasa annoying kenapa budak Atika ni suka post entry letak signature bagai. Sebab lepas ni aku update entry pakai blackberry je. Rasa macam diri ni sibuk sangat. Yalah sibuk lah, sampai blog ni dua bulan sekali baru beri makan. LOL.

Banyak sangat dah beri alasan kat diri sendiri. Sebenarnya dengan blackberry boleh update bila bila masa dimana jua walau ke tandas, ke pusat beli belah, dalam satu kelas yang boring sebab lecturer asyik cerita pasal politik atau semasa mahu tidur macam bedtime story. Hahaaa! Ibu bapa sila pastikan anak anak tak guna blackberry.

Walaubagaimana pun aku bangga bangat! Dengan blackberry, aku dah jarang cakap APTB (apa pun tak boleh), sebab kini apa pun boleh!
Sincerely,
AIN ATIKA ZAILANI
via BlackBerry®celcom

Wednesday, October 3, 2012

Diari Raya 2012

Kenapa susah sangat nak terbitkan satu diari raya? Kenapa kenapa? Kerana saya dah cipta terlalu banyak alasan sehingga hari ini baru nak cakap pasal raya. Apalah kau.


Dah beso beso semuanya. Secondary school friends ku inih.


Inang dua dari kanan kalau dia gelak memang kena tutup mata menunjukkan sangat seronok bersama kita. Yang lain pun seronok jugak tapi masih cover cun. Padahal yang tak tutup mata tu lagi teruk. LOL.


Lisa (paling kanan) pula nak menggambarkan dia betul-betul gembira dia akan gigit gigit bekas kuih raya dirumahnya sendiri. Kan dah kata kalau nak menggambarkan rasa gembira mesti kena tutup mata.
Sepatutnya Bestfriend ni ada 8 orang semuanya. Bestfriend forever ini tak lengkap tanpa Kecik, Uchu dan Nadia. Nadia, she is our primary school friend! But we still keep in touch! Sobss ;( 


Dah khabaq kat hang dah.


Dia ini selaku kawan baik paling baik tak pernah jahat.


LOL Tangkap gambar pergi kunyah kan mulut herot. 


Banyak sangat ceghitenya saat akhir baru nak berkuih raya.

Happy Belated Eid Mubarak!

Monday, August 13, 2012

Wish Oh I Wish

Hai You olls! I nak bagi tau nih. I loss my weight! Tapi I tak begitu gembira memandangkan bentuk tubuhku bukan seperti super model yang ku dambakan bahkan seperti orang lidi. Kesian. Walaubagaimanapun belum terfikir minta orang ramai dermakan lemak lemak sihat kepadaku. Jangan risau. 

Kini semuanya longgar-longgar belaka, baju kerja, baju raya, seluar paling obvious, nasib baik baju kecik dan seluar kecik maintain.(-__-). 

Mula-mula dah set in mind tahun ni tak payah beli baju raya banyak sangat, tak payah tukar handbag, tak payah beli kasut baru, tak payah tak payah. This is my wish for this year! Yes only for this year! Tapi rupanya ayah ajak kita kita satu family shopping kat Jalan TAR buat pertama kalinya seumur hidup. Boleh faham tak? Bertandang dari satu kedai ke satu kedai nampak Cotton Maxi Dress, dalam hati kata takpe, belilah satu. Memandangkan hanya RM85 I tak fikir dengan begitu panjang terus beli sebab sebelum beli abang tuh panggil kitew adik mari tengok dik baju cantik-cantik, bila I dah bayar tetibe terima kasih kak datang lagi. Oh rasa nak cancel tak nak beli kat dia nak beli kat orang lain T__T.

Malam tu kita sambung shopping kat Jalan Taiping, Klang dengan niat yang baru tak kan beli lagi sudah cukup cukup!! Hanya teman adik perempuanku cari baju kesukaannya. Jumpa! Tapi dia macam teragak-agak cantik ke eh? Mungkin dia tak berapa sukakan warna itu. Dalam hati I hanya Tuhan yang tahu betapa menyesal membeli tak fikir panjang, kat sini baju raya cantik-cantik woh! Takpe I terpaksa control perasaan yang kian menebal tu. 

Kat rumah, Ira kau jual kat aku lah baju tuh cantik lah ;p hehehehhehe. Dengan harapan dapat diskaun adik beradik. Ira pun tak fikir panjang, nah bak duit takde diskaun baju baru belum rasmi. Kecewa tapi masih bayar RM165. Nasib baik kita berdua sama saiz. Dia beli baju lain yang lebih dia suka, sama pattern tapi red color. Pastu Ira shopping beli new Momoe Handbag sebiji yang I minat dua bulan lalu tapi I masih tak beli sebab mahal RM115, masa tu takde diskaun dan rasa tak perlu lagi. Kini, duit Ira dah habis shopping segala dan dia gadaikannya kepadaku. Dan sekarang, beg itu bakal menjadi milikku. 

Cukuplah dua pasang baju dan handbag. I harap Ira tak beli yang bukan bukan dan jualkannya kepada ku lagi. Semua ni godaan!!! I can't control my self!! I CAN'T!! 

Okay dah. Semua dah paham apa perasaan aku.
T____T

Sunday, June 24, 2012

Jun & Fakhrul's Engagement

Pheew! Anda tahu betapa juling mataku apabila diberi tanggungjawab mengedit gambar. Whoa sungguh juling. Marilah teman daku menjuling.

 Ohh begitu teruja ketika mendapat tahu itu spotlight tipu yang direka saya.
 Alor tomei tomei.
 Congrats JUN and FAKHRUL.

 GRACEFUL sengaja/tak sengaja diberi sebagai surat cinta dari Fakhrul merupakan bukti kukuh bahawa Jun sememangnya anggun. Yezzaah! She's graceful and charming. Barangkali daku belum cukup anggun kerana sehingga kini tiada siapa sudi hadiahkan ini kepadaku. Sungguh dukacita.


Kalau anda suka, anda dipelawa untuk menjadikan dahku sebagai kekasih hatimu eh eh sebagai photographermu. Package serendah RM300 dan semahal yang anda mahu hewhew. Lebih mahal lebih juling mataku lalu daku harus memberikan hanya yang terbaik untuk anda!

Kita boleh berjumpa dan berbincang lanjut dan akan selalu mengutamakan kehendak anda!

Do you like it?!  For any inquiries and booking please email to ainatikazailani@hotmail.com. I will reply you within 24 hours.

Tata semua!

Thursday, June 14, 2012

Sarawak Trip : Me & You

Tajuk entri begini mungkin buat anda fikir yang I was on honeymoon. Tapi sebenarnya bukan. Me ialah saya and you ialah saudara mara yang ku cinta dan juga SARAWAK ini. Eh kenapa kau caps lock SARAWAK ituh kenapa? hehehehhehe ;p Sebab ianya sesuatu yang menarik. Adakah terlalu menarik sampai saudara mara yang ku cinta tiada caps lock? Keduanya adalah menarik maka saya letakkan saudara mara yang ku cinta dihadapan untuk perkara pertama dan sarawak perkara kedua yang bakal saya cerita. Sarawak diberi caps lock sebab dia sangat menarik malah tidak sesekali menolak. Heheheh.

Jadi inilah SAUDARA MARA YANG KU CINTA. Bukankah saya dah cakap bahawa saudara mara yang ku cinta adalah perkara pertama yang akan saya cerita. Acik Roha, women in red, the coolest aunt ever!
Ini Bujang. Ya dia memang bujang dan belum berkahwin. Malah jika berkahwin, dia masih juga bujang.
Yang ini ada kemngkinan. Adakah dia bujang? Ya, bujang terlajak. Wakakakakka! Namanya Syamsul tapi bukan ghau ghau, Syamsul Yusuf pun bukan. 
Gadis Korea ini nama diberi Wani. Sangat marah jika ada yang mengganggu drama korea kegemarannya.

Gadis ayu ini pula namanya Jaja meminati photography barangkali.
Oh maaflah tiba-tiba nak feeling pendekar bujang lapok. Maka saya beri effect black and white. Lihat itu, pendekar Mustar sedang tunggu! Ayuh naik!
Telah naik.
Pelancong penat minta berehat.

Kadang-kadang terfeeling mahu kahwin dengan anak raja lalu saya duduk atas buaian tapi tidak menyanyi. Mungkin risau semua pelancong Taman Buaya Lari bertempiaran sambil melemparkan duit mohon supaya tidak bernyanyi. High possibility. Jadi saya enggan bernyayi. (-__-)
Hero remaja edition keberapa ni? Hahah he is actually my close cousin, the one yang sponsor me for this vacation. Wah sungguh sugar daddy. See I got sponsor. Adakah anda juga ingin di sponsor sepertiku? ;p Sungguh seronok jika disponsor selalu.
Acik Syafiq. The uncle! Ayah wani, jaja dan bujang.



Kenapa macam nenek nenek? Penat berjalan.
Buaya, buaya telanlah aku, ambillah aku, aku kempunan telur ikan terubuk. (^__^)

Menunggang buaya.
Beri tumpuan.
Hah kau ada ke? Aku takde.
Sebelum.
Selepas.
Sebelum.
Selepas
Terbelek-belek gambar eh terlupa nak update Sarawak Trip ini. Padahal sebulan dah berlalu. Daku harus menghukum diri ini dengan menggandakan entri Sarawak Trip! Jumpa lagi!