Thursday, August 15, 2013

Perjalanan Lebih Mudah Dengan Waze

Assalamualaikum. Siapa kata aku tak boleh berdiri diatas kaki sendiri. Tak ada siapa kata sebab aku tak pernah pulak berdiri atas kaki orang lain bahahah. Kalau nak pun aku akan berdiri atas kaki orang lain dengan mengenakan kasut bertumit tinggi kalau boleh siap pasang ladam baru care.

Tadi aku jumpa kawan baikku Wawa. Banyak halangan dan dugaan *cis poyo. Padahal dari tempat letak kereta rumah sampai ke destinasi dituju aku menggunakan Waze. Walaupun aku terasa Waze ni cuba mempermainkan perasaanku sekali sekala tapi aku redha dan pasrah diperlaku sedemikian rupa dan akhirnya sampai ke destinasi.


Amacam. Lu orang rasa bangga tak dengan aku? Aiseymen aku pun terkesima apabila sedar yang diriku sudah sampai kat sini. Gila tak bangga, selama ni hidupku kesana sini bersama driver, maksudnya aku tak drive sendirian dan walaupun begitu aku masih tak boleh ingat jalan. 

Aku hanya memandu seperti seekor ayam. Dah banyak kali tunjuk jalan pun aku tak ingat. Jalan yang aku ingat cuma pergi kerja balik kerja itu sahaja. Yang lain aku akan talipon member member GPS ataupun google ataupun Waze sejak dua menjak ni. Kalau tak mintak maap. Hahaha. Gila noob. 

Hah kauorang pun kalau pesen pesen macam aku lemah daya ingatan terrhadap jalan jalan berselirat kat Malaysia ni cepat cepat lah belajar mengenali Waze. Senang uolsss. 

Caranya begini. Korang google je waze nanti ada keluar free link navigation download. Pastu dah install dalam hempon ke ipad je tablet ke, so korang boleh mulakan langkah langkah pemalas baca signboard disini-

Pertama-


Ini lah waze bajet comel senyum camtuh. Klik icon ni.

Kedua-


Dekat belah kiri bawah ada menu kau NAVIGATE.

Ketiga-


Masukkan destinasi. Contoh, Suria KLCC. Pastu search macam ni-


Keempat-


Klik GO. Pastu korang follow je direction yang akan diberi. Kalau sekali sekala dia permainkan korang maafkan jelah. Dia bergurau jangka pendek pastu dia akan recalculating untuk korang jangan bimbang.

Kelima-


Anda telah sampai kedesinasi. Sila klik menu dan STOP NAVIGATION.

Seronok bukan aktiviti pemalas begini bahahah! Okay itu sahaja xoxo. Bye!

Saturday, August 10, 2013

Post entri melalui Apps Blogging

Jyeahh, assalamualaikum semua. Selamat hari raya daku ucapkan. Aku rasa bangga sekarang ni sebab aku baru lepas download onthego apps blogging. Apps ini sangat sesuai untuk orang orang sesibuk aku yang selalu bagi alasan untuk tidak update blog. Sibuk dengan sosialitas yang tak terkawal dek perasaan haha. 

Dalam bilik bangga sensorang kehkeh dengan adanya apps ni aku boleh update blog dimana sahaja tanpa keraguan, kalau tak habis cerita boleh save tanpa kegusaran, pastu boleh upload gambar dari photo gallery atau onthespot snap picture macam ni ha-


Sorilah gambar handbag tanpa motif bahaha. Haa pastu yang ini aku upload dari photo gallery-

 
Comel tak kak ton? Wah wah wah sungguh bagus ya apps ini untuk orang pemalas macam aku bahahah. Okay lah itu saja yang aku pandai buat masa ni. Aku bakal kongsikan lagi kalau ada yang menarik nanti ya. Selamat hari raya lagi tawan tawan!