Tuesday, August 12, 2014

Mini Pelamin Murah pilihan kalbu?

Alhamdulillah aku rasa syukur sangat dengan kemurahan rezeki yang Tuhan bagi. Rupanya Janji Kita mendapat kepercayaan dari bakal pengantin. Dorang nak Janji Kita provide pelamin sanding. Memandangkan JK masih baru beroperasi jadi JK tak dapat nak tunaikan kebanyakan permintaan tu. I is sad. Tapi JK masih provide MINI PELAMIN for those yang nak buat majlis simple simple. Yang sebenarnya taknak sanding pun tapi nak buat tangkap tangkap gambar je supaya para tetamu happy dapat selfie berlatar belakangkan tirai yang simple cantik tapi harga mampu milik. Kira belanja kawan kawan happy. Kan kita seronok bila buat orang lain seronok.

Kat bawah ni aku nak tunjuk kat korang antara dekorasi pelamin yang dihasilkan oleh Janji Kita.

Lokasi di PWTC Kuala Lumpur.







Lokasi di Wangsamaju




Lokasi di Klang



Simple and nice. Juga nampak mewah padahal harga semua orang mampu. Mini Pelamin Janji Kita bermula dari harga RM400 hingga RM600 untuk majlis pertunangan, nikah dan khatam quran. 


Hubungi 013 3434739 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Beroperasi disekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur sahaja. 

Sunday, July 20, 2014

Dila Kahwin

Assalamualaikum.

Neh dia punya pemalas nak update blog, sehinggakan peristiwa itu telah ditelan zaman. Walaubagaimanapun kesedaran baru saja singgah dihatiku dan meronta ronta memaksa aku terus duduk dihadapan komputer riba dan inilah dia jeng jeng jeng! 

Tajuk besar : DILA KAHWIN.

Jap jap apalah makna sebuah blog tanpa gambar. Mari.



Dalam perjalanan ke Masjid ya semuanya. Muka senyum haruslah control ayu mana tahu ada jodoh melekat di masjid untuk yang 4 orang lagi dari kanan tu.


Dah isteri orang. Dah. Paham ke tak dah?


Kat mana mana semua aku nak selit asalkan nanti bila reviw semula gambar gambar aku mesti kena paling banyak. Mesti. 


Awek baju pink ni namaya Ros anak paakkciikkk. Tetiba pendekar mustar. Inilah kecik. Kawan sekolah kitorang. Kalau korang percaya ada kisah teman sejati, dia ni boleh aku buatkan contoh. Sanggup sebulan dua kali dari Kedah mai Shah Alam. Gua bangga beb. Tapi gua tak boleh dibanggakan. Sampai la ni gua tak sampai sampai lagi Kedah nun. Jauh dia bak ang. Berikan tepukan untuk kecik. Hidup kecik!! Dan tepukan sebelah tangan untuk aku. Hidup aku! Hambar.


Time gini terjumpa balik kawan kawan lama kekasih kekasih lama. 


Flower girl.


Oh time ni kitorang beristi rehat.

Dek kerana aku nak cepat nak amek mak aku. Taip pun kelam kabut please take note dua gambar kat bawah ni masa Dila Tunang.




Pandai Dila main acah acah. Dah macam terencat muka memasing aku tengok.



Terakhir sekali bahagian penutup aku sajikan sekeping gambar Dila dan Tam. Dua dua labu sayung ha elok lah tu. Hahaha. Okay bye emak dah tunggu.

Thanks for reading ;)

Thursday, July 17, 2014

Ain Atika Zailani adalah seorang Photographer

Hi Assalamualaikum.

Eww pelis lah tajuk. Haa lama dah tak update blog. Pemaleh betul la engko ni Tika. Hihihi diamlah korang.

Tahukah korang bahawasanya aku adalah seorang photographer. Tahukah korang aku mempunyai sedikit bakat yang dikurnia Tuhan untuk menghasilkan gambar stylo untuk hari hari penting dalam hidup para pengantin diluar sana atau didalam sini. Ah tak baik berhidung tinggi Tika.

Baiklah mari sini aku nak tunjuk beberapa bakat yang bukanlah pro sangat honestly tapi dengan kejituan yang tinggi aku berusaha nak jugak dapat snap gambar yang cantik dan berkualiti. Fuh berdebar nak tunjuk kat korang hasil tanganku dan partner.





















Ha macam mana? Korang rasa okay tak? Kalau korang masih mencari photographer dan percaya akan bakat yang daku ada marilah hubungi aku ditalian 013 3434739. Korang boleh whatsapp aku untuk dapatkan quotation.

Kiss kiss!

Sunday, April 6, 2014

Uchu dan Hasrin kahwin

Halo! Maklumlah, laptop aku rosak. Jadi nak update blog memang nan hado lah. Kini, demi seorang member sekolah yang tak ada facebook tak ada whatsapp terpaksa aku kongsikan gambar kat sini. Betapa stalker. Bahahahha! 

Dan aku telah mendownload blogger apps dari app store dan lepas ni dah boleh blogging on the go using my iphone. Damn! No more excuses! Braahhh!! 

Hari ni adalah hari bahagia kawan sekolah kitorang, uchu dan hasrin. Gila kau sorang dah masuk goal. Tinggal aku, dila, lisa, terek, kecik, inang dan nadia. Ada tujuh orang lagi. Ni bukan masalah laku ke tak laku. Ni mesti ada masalah lain ni. Mesti punya. Kalau tak tak kan lah tak... Eh tahniah kepada uchu dan hasrin akhirnya telah sah diijabkabulkan. Moga sama sama dapat melayari bahtera hingga ke akhir hayat. Amin. Pasangan dari sekolah betapa monyet monyet percintaan tak sangka jodohnya sampai juga. So sweet. Alhamdulillah aku telah berjaya tukar topik tentang permasalahan yang lagi tujuh orang tadi tu. Lega. 

Baiklah mari selfie sikit. 



Kau tengoklah tu dia punya peranghaaii. Member terpotong muka member.



Apasal tadi aku tengok dila kurus sekarang tak kurus sangat (baju hitam emas kat depan).


Adalah dalam 10 kali jugak aku fikir tak ada posing lain selain camni ke? Lolololol!






 
Seronok bukan kepalang. Heheh! Okay lah itu saja untuk kali ini. Bye.

Thursday, January 30, 2014

Mini Pelamin Janji Kita - Cornsilk Cream

Hai assalamualaikum. Hehe. Korang suka tak Janji Kita tawarkan harga mini pelamin murah tapi dekorasinya nampak mewah. Dengan harga RM450 je dah boleh dapat mini pelamin cantik untuk majlis pertunangan atau majlis akad nikah. Meh kita tunjuk.


CORNSILK CREAM




Satu kepuasan bila customer suka hasil kerja kita. Alhamdulillah. Kalau nak tengok banyak lagi mini pelamin pergi suka page JANJI KITA. Lepastu kongsikan dengan kawan kawan tau!

Untuk pertanyaan sila Call/SMS/Whatsapp ke 013-3434749.