Thursday, December 29, 2011

Pukul Tiga Pagi

 Ya semua ini terjadi pada pukul tiga pagi.


 Kepala potong. Bukan aiskrim potong. Bukan juga potong potong (yong taufu).

Orang sebelah. Masih ingat cerita seram pasal orang sebelah? Yang duduk asrama biasa dengar dah cerita tu tak yah tipu. Haa ini bukan dia.


Woi woi bukan ada photographer pun kat depan. Kau cuma ambil gambar menggunakan ihsan komputer riba ini sahaja. Jangan lebih lebih.

Masih pukul tiga pagi. Jam telah rosak sebenarnya. T__T

Sunday, December 25, 2011

Listen to your daddy

Saya ada satu perkara yang saya sangat teramat paling suka gila bapak. Ya saya masih 21 tahun. Tapi saya disini bukan untuk beritahu anda bagaimana nak aturkan majlis kahwin untuk orang tua pula. 

Saya nak beritahu setelah diberitahu oleh bapaku yang satu saya mesti menjadi contoh yang baik kepada adik adik yang tahu erti duit tapi tak tahu macam mana nak cari tuh. Alahh yang suka mintak mak ayah kakak abang 50sen untuk beli aiskrim pop yang kakak kau ini pun boleh buat tuhh.

Jadi kakaknya yang perlu kerja untuk belikan adik adik ku aiskrim pop. Eh bukan bukan.
Jadi kakaknya yang kena rajin bekerja untuk jadi contoh kepada mereka. Ya saya adalah sample, example dan display untuk adik adik. Supaya mereka tak sewenang wenangnya mengganggur pada umur muda.

 Lihat kakakmu yang muda ini (wuwuuu) rajin membanting tulang reput untuk tak minta duit ayah kita yang kurus ituh sebab anak anaknya asyik teramat suka gila bapak mintak duit jajan. Kalau dulu nak minta duit ambil saja syiling untuk bayar tol dekat poket kereta bapa. Tapi sekarang tak nak pegang duit syiling lagi takde kelazz la ayah. Tak kan nak bayar bil talipong pakai syiling yah. Apa ni yah.(-___-)*hentikan muka seposen kau hentikan!

Jadi untuk tak membebankan orang tua kita, orang tua ini iaitu saya yang tua bangka ini kena selalu cari peluang untuk bekerja sambilan dan sambil sambil tu habiskan duit sendiri pula eh eh kita perlu menabung juga. Ingat tu adik adik, menabung untuk beli rumah. RUMAH BESAR GILA BAPAK.

Dan sekarang ini saya kena bersiap pergi kerja. Nak beli RUMAH BESAR GILA BAPAK. CEPAT SIAP !

Thursday, December 22, 2011

Cerita Hari Ini, Mama Buat Lawak

Hihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihi. Depan mama, hik ih mama cutenya apam pokadot mama. Pusing belakang hihihihihihihihihihihihihihihihihihihihi. Pusing depan sedapla ma tapi manis gila (sebab I la yang adunkan semua ramuan ituhh =p). Tau tak apa jadi dengan apam resipi mama? Ish ish tak daya dah nak gelak. Cukuplah mama buat lawak untuk hari ini. Stop it mama stop it. Apamnya kok leper tak gebu kembang semangkuk kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih*shy*. 

Cepat cepat ambil gambar apam pokadot cute mama lalu send mms ke semua rakan taulan. Jadi rakan taulan yang bertuah je dapat tengok apam testing mama kitew. 

Saya sedih sebab dah janji dengan kawan kawan nak bagi dorang rasa. Tapi takpe esok saya akan buatkan yang baru, berikan kepada kawan kawan, pakwe makwe dan mak mentua eh eh. Ya saya serius ni eh eh.

Saya listdownkan dua resipi untuk dicuba masa cuti ni. Saya akan menfaatkan cuti ini untuk menambat kambing, eh eh untuk menambat hati para judges. Ia itu tergolong dikalangan adik adikku sendiri. Kalau sedap baru boleh bagi orang lain. Kalau tak sedap marii kita gulung tikaaaaar.



INILAH YANG SAYA DAN MAMA CUBA NAK BUAT TAPI TAK JADI. SO SAYA GOOGLE JE SUPAYA PEMBACA BLOG INI TIDAK LARI.

CUBA BAYANGKAN APAM POKADOT YANG KEMBANG MELEPER. TAK TERGAMAK SAYA NAK IMAGINE LEBIH LANJUT. MACAM RAKSASA CENDAWAN.

Lagi satu saya akan belajar buat Chocolate Cake. Tapi hanya selepas misi apam pokadot success.

Amin.

Friday, December 2, 2011

Tak Ada

Jalanilah hidup ini dengan keinsafan
Jangan terlalu perhitungan
Tak usah banyak kritikan


Tak usah terlalu egois


Jangan hanya mahu menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kau


Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah

Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus


Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan



Tak ada.

Selamat Semuanya!

Tadi ayah call. Hmm rindu ayah. Mama demam. Hmm kesian mama. Tapi mama pergi kursus 4 hari kat mana tah lupa nak tanya tadi.

Hari ini balik dari kelas terus bersihkan dapur sebab paip sinki bocor. Pandai juga aku pomen benda alah tu. Lepas ni boleh ambil tender. Perempuan juga harus tahu kendalikan kerja kerja lelaki. Tapi tadi cuma lekatkan silikon gam dekat paip yang longgar tu je. Hahahahahahahahahahhaah =p Macam kambing.

Lepas itu, masak maggie sahaja sebab tak mampu nak tunggu ayam lembut. Lapar. Lupa nak keluarkan dari ice box, sepatutnya kena keluarkan sejam sebelum memasak. Jadi, selamat datang maggie kedalam perutku. Anyway, berbalik kepada topik tadi...


Takde topik pun sebenarnya.

Anda tertipu.




Saya doakan kebahagiaan semua orang, macam saya sedang bahagia ini *shy*