Monday, September 27, 2010

Perempuan hot di pinggang saya


Pembukaan dengan pepper. Kerana anda bakal diperkenalkan dengan perempuan-perempuan hot lepas ni. Please follow this way. For a while. O_O. *Guna teropong lebih clear. (Horror sound effect). Nging nging nging.



Perut kosong bersamaan pinggan kosong. Kriok kriok. Dengar tak bunyi usus rosak? Mari ke klinik usus.



Warning!...Don't look at me if you're looking for perfection! Cheh cheh..



Perhati penumbuk sekepal. Jaga-jaga. I'm searching for something.




OMG gigi kau tanggal. Bahana makan sambil bercakap.




1
2
3


Here we go...



Dia memang marah kalau waktu makan diganggu. Makan itu emas. Tak kira berapa lama masa yang kau guna.



CHEESE BAKED MEATBALLS
Perlu ke wehh?? Peliz lah. Next..


Ohh memang tak pandai rotate ehh?? Apa punya engkau.
Apa semua ni? Tak cukup. Additional order. Teruk sungguh. Keh keh keh. *gelak jahat.



Habislah kau dah ganggu waktu makan dia. Dia dah aim muka kau.



Bak camera pinjam tu. Bagi sini.



Peraduan gores dan menang.



Nadia Sulyana pandai magic! Arin amat terhibur. Lihat.




Ohh saya menang motor.. Farah Ain. Berangan selepas makan itu amat seronok. Cuba imagine lepas makan ni kau nak tidur. Tapi perempuan ini?? Nak balik kampus naik motor. Tiba-tiba dapat bil kata dia menang motor. Kau suka tipu la perempuan. c[=
Teruskan...



Alamak dia nak bermanja pulak. Bukan sini tempatnya.
Tengok muka I. Tak syak lagi. Cukup tersiksa bawa dia.



Bukan itu saja. Malah ini juga.



Opss. Habiskan kunyahan terakhir.




Adegan korek hidung. Muka Wawa macam minta beberapa cebis isi dalam hidung I. Sangat girang dan macam tak menyempat.






Ni ape ni? Apa punya musibat punya perangai. Tunggu MEATBALL SPAGHETTI SUPREME. Bangun Wahyuni.. Zzzz..



Kejap. Yang ni melampau. Berwaspada lah kalau nak buat bini. Benda-benda macam ni bukan boleh di jangka. Ini Aeby. Tapi I memang dah jangka! Hah!! Aku dah agak! Gotcha!!!



Sesi ceramah anak anak yang lupa diri. Ini semua gara-gara Hasidah yang makan tak baca doa. Tak tunggu tunggu orang. Tergesa-gesa dan paling cekap kalau habiskan makanan. Nasib baik Aeby tak ada. Kalau tak...... Tak nak cakap lah.

Perempuan hot ini selalu disamping I. Dipinggang, dicelah-celah pusat dan disudut-sudut ketiak. Mereka selalu dengan I. Mereka Comel =) TaTa..

Saturday, September 25, 2010

Gadis apa ini?

Wanita wanita lembut. Ouh kau memang tak layak la weh. Tepi sikit. Ni untuk wanita lembut je. Sila beri ruang. Okay I tengok jauh jauh. Janji.

Lelaki lembut dan wanita lembut itu ajaib. Wanita memang ada sifat semulajadi yang lembut. Tapi kalau menyotong sangat apa pulak tu. Kalau lelaki lembut kena pandang dari sudut positif. Seperti, hati kau sangat lembut maafkan aku yang tak habis habis memekak dari subuh tadi. Keh keh...

Terbalik pula dengan wanita atau nama saintifik "wanita terbalik" yang sepatutnya setiap sudut harus lembut. Bukan sekadar dari sudut positif, malah dari semua sudut yang ada dalam geometri.
Contoh paling mudah adalah gerak geri lembut wanita bak angin bayu sepoi sepoi bahasa/language yang tiada tandingan. Wajahmu lembut nan manja, hidung mu mancung bak seludang. Kau ada?


TANPARAGURAGUMEMPERSEMBAHKAN!!


JUARA AYAM LAGA!!

Kau memang degil!! Salah didikan sebab masa kecik ayah belikan kau cerita ultraman!! Kini kau berjaya tubuhkan satu agensi. Lihat, cuma sorang student kau.
(^_^)

Nampaknya emak sangat kecewa dengan kau kerana akhir-akhir ini kau tunjukkan kejantanan kau pada satu dunia. Kalau lah satu masa I lemah lembut sila percaya. Itu adalah sama sekali hipokrit dan tidak jujur yahhhh!!!!

Thursday, September 23, 2010

Awak sayang saya. Tapi saya selalu cakap tak.

Buat julung-julung kalinya saya cerita pasal awak. Awak dah ready ke? Kalau dah, awak letak je mata awak dekat skrin. Lepas tu awak boleh pergi kalau awak nak.

Awak tahu tak hubungan ni dah tua bangka? Saya pasti awak tahu. Walaupun kadang-kadang saya lupa apa tahun sebenar kita bermula. Awak hebat. Karakter kita macam langit dan bumi. Bagai air dan minyak. Bagai ayam percik dan kuah kacang. Kehh kehh tak de la. Ehh kau boleh serius tak? Okay okay. Serius serius.*kening rapat*. Buat cepat muka sedih sekalipun tak sedih.

Dulu saya tak gemar awak. Tapi sekarang awak kegemaran saya. Awak seperti Ferrero Rocher bersalut kekacang disukai saya. Sekarang saya tahu awak sedang mengembang dengar segala puji pujian yang tak seberapa bagi saya. Sebab saya tahu awak melebih-lebih. Saya serius ni.

Saya pernah tanya. Awak sayang saya tak? Awak kata "sayang" . Tapi saya kata awak tak ikhlas. Saya kata awak cakap macam tu terpaksa padahal awak betul betul sayang saya. Awak tak kedekut. Awak tak pernah berkira kira dengan saya. Sebab saya cuma ada satu. Dan awak tahu tak perlu kira benda yang satu. Kah kah.. Proceed...

Awak sanggup susah susah untuk saya. Banyak betul permintaan saya. Saya demand. Saya kata saya teruk. Saya tanya awak. Saya ni suka habiskan duit awak ke? Awak cakap tak. Tapi saya tau jawapannya "YES!".. Kau ini melampau ya??? Suka suka nak habiskan duit aku?? Tapi awak tak pernah cakap macam tu dekat saya. Saya bertambah sayang kat awak.

Awak kata awak penat. Awak banyak kerja dekat tempat kerja hari ini. Tapi saya paksa awak teman saya pergi beli barang yang sebenarnya tak penting. Awak rela untuk saya. Awak buka kotak masa depan awak. Awak kata saya saya di sana. Awak kata nak tunaikan impian saya. Ada rumah besar, kereta kegemaran saya dan bawa saya shopping macam orang gila.. Awak terus terang awak tak mampu tunaikan apa yang saya nak sekarang. Sebab awak baru mula cari pendapatan. Awak suruh saya sabar.

Ingat tak kaki saya kene langgar dengan durian masa dekat pasar dulu? Pakcik itu teruk. Dia boleh buat dekkk je dah lekatkan kaki aku dekat durian dia. Hah, awak tarik dan protect saya macam saya budak kecik. Terharu.. Tsk tsk..=( Awak jahat. Awak manjakan saya sampai saya rasa kehilangan awak walaupun kita berjauhan kejap.

"Awak, saya nak Almond Cadbury." Awak buka dompet awak. Awak cuma ada 7 ringgit untuk makan sementara tunggu gaji esok. Saya tau awak beri duit belanja pada emak awak. Awak sangat baik. Awak adil pada saya dan paling penting pada family awak. Awak pandang muka saya. Mulut saya muncung. Awak senyum dekat saya. Saya nampak muka awak sedih tapi awak ambil cokelat tu dan pegang tangan saya ke kaunter untuk bayar. Saya tak kata apa-apa. Saya kaku dan tenung muka awak. Saya sebak. Saya nak nangis tapi saya takut awak kata saya gila. Lepastu awak peluk kepala saya ke dada awak. Awak sayang saya. Awak betul-betul sayang saya.

Satu hari yang saya harus percaya. Awak menangis takut saya hilang. Tapi mana mungkin saya hilang? Saya tak pandai magic.
WOOOIIII!!!! Okay okay sorry. =( Tsk.

Saya pun nangis sebab saya tak nak awak hilang jugak. Ye tau la awak tak ada magic tapi saya cakap saya tak nak jadi saya tak nak la. Awak jangan try and error nak tinggalkan saya. Awak genggam tangan saya pastu awak cakap saya teman hidup awak yang paling baik dan memahami. Tapi saya cakap awak tipu. Sebab saya tau awak cuma nak sedapkan hati saya. Saya nangis teresak esak bila awak cakap awak terlalu sayang saya. Seolah-olah awak nak pergi jauh dari saya. Kini hari dah malam. Awak kata mata awak semakin lemah. Saya dah tak mampu nak berkata kata lagi. Awak cukup baik buat saya. Terlalu banyak sehinggakan saya tak mampu ungkap dengan kata kata. Saya harap awak tidur dengan lena. Selamat tinggal sayang. Awak kata awak pergi tidur dulu. Esok nak kerja. Good Nite sayang. Jumpa bila saya balik nanti!! O_O

Monday, September 20, 2010

Rajin itu semudah ABC

Hei awak pasti ke? Adakah awak seorang yang rajin, atau suka bertangguh, atau sebetulnya seorang pemalas. Bukan malas. Tidak cukup rajin. Tak tahu kenapa tak cukup dan bila masa nak jadi cukup atau "enough" bererti cukup yang sehingga boleh letak titik nokhtah selepas itu. Seperti "AWAK CUKUP MALAS. ENOUGH."

Jangan macam tu. Mari makan ABC lepas itu anda akan rasa rajin. Hah anda dah pandai tipu saya sekarang. Cukup cukuplah tu. Anda akan rasa berdosa nanti.


LIHAT ANDA SUDAH RASA BERDOSA SEKARANG. PADAN MUKA ANDA.
Sekarang cuba fikirkan macam mana nak habiskan ABC ini?
Sangat mudah bukan?

Adakah anda rajin? Mesti rajin jika anda tak siapkan homework di saat akhir. Kenapa boleh jadi begitu? Ehh engkau ni malas gila. Rajin sungguh mudah. Sila rajin. Ohh dia cuma nak cakap yang dia sedang malas. Babai!! O_O

Thursday, September 9, 2010

Bersiap sedia untuk basah basah esok!

Yang ini sesuai untuk semua umat Islam yang sedang berkampung atau berbandar sekarang ini.
Okay untuk persiapan yang baik siapkan 3 baldi kosong untuk mandi. Itu pun setelah habis bersalam salaman, bermaaf maafan, bertangis tangisan, beresak esakkan untuk kutip sampul raya dan akhir sekali bermalu maluan kerana tak pernah pernah awal pagi menangis mintak maaf. Bukan apa esok pasti bertambah sedih sebab potensi untuk dapat duit raya yang banyak tahun ini adalah tipis.


MARI NANGIS KUAT KUAT DAN MERAUNG SEKUAT HATI UNTUK COLLECT LEBIH BELAS KASIHAN. Baik.



Lepas tu air dalam baldi tu kau boleh buat mandi. Kesimpulan esok bangun tak yah mandi.
Siapa tadah paling banyak air orang itu dapat duit raya paling banyak. Saya lah tu.


Jadi saya ada strategi untuk tidak membazir dipagi raya. Tak payah kau sibuk sibuk make up over over takut nanti waktu kau tadah air mata dalam baldi kosong bulu mata yang kau pasang selama 3 jam itu tercabut dalam air mata deras. Saya akui tidak punya bulu mata cantik. Tapi saya belum pernah cuba untuk pakai bulu mata palsu atau clone atau cetak rompak dan sebagainya.

Selamat Berhari Raya tanpa bulu mata palsu kepada saya dan kepada si cantik berbulu mata palsu tolong ajar saya cara pakai bulu mata cantik itu.

Salam Lebaran.
(^-^)