Saturday, October 23, 2010

Pembakal duduk atas peperiksaan!

Hairan sungguh. Mak kuat menjerit dari luar suruh belajar dan diawasi adikku juwita tercinta . I pulak pergi berangan dalam bilik lepas I ikat adikku juwita tercinta di tepi penjuru katil. Ngehh3..




Wajah penuh kepuasan! Akhirnyaa.. huah3


Bagi aku chan! Lepas ni aku nak seru semangat belajar dari semua pelusuk katil, celah lipatan baju, di tepi botolan make-up. Harap jumpalah..

Dikesempatan ini saya nak mengucapkan selamat menyambut hari peperiksaan kepada semua bakal pengantin lelaki saya.. ewahh engkau.... gatal kemain.. heh.. Kepada bakal pemeriksa yang bakal memeriksa kertas jawapan saya semoga anda memberikan markah yang berpatutan. Kau ni betullah..

Mari mari... Kali ni tak main-main. Haii semua pembakal duduk atas peperiksaan. Semoga kalian dapat menjawabnya dengan tabah okay..

NOTIS

SAYA AKAN CUTI MEMEKAK DI SINI, UNTUK MENJAWAB PEPERIKSAAN BERSAMA AWAK SEMUA!

Nantikan kemunculan saya di entri yang entah bila pulak akan di tayangkan.. Woii kau ingat kau tu Nasir Bilal Khan ke????

Marah pulak. Okay Babai...

Monday, October 18, 2010

Perangai macam bayi

Alamak. I dah macam bayi yang suka merengek minta dibelikan produk johnson&johnson. Maksudnya sejak bayi I memang dah pandai cakap minta itu ini pergi situ sini membeli produk penjagaan kulit seperti SITI SITU SANA SINI. Memang penat.

Bila kulit I rasa kering I lembapkan ia. Sungguh selesa. Wangi sentiasa. Walaupun losyen jenis ini sesuai untuk bayi, I tetap merasakan diri ini bayi. Tak kira. Selagi I selesa selagi itu I harus di panggil bayi. Degil macam bayi. Eiip eiip!! Memang dari "bayi dulu" sampai "bayi besar gaban" I memang guna losyen ini. Dan akhirnya I terasa kulit seperti gondol tanpa sebulu roma. Ini bermakna kulit I terasa lembut dan I memang minah perasan. Yang ada cuma bayi roma. (See! Did you see that?) Sehingga bulu roma pun masih di panggil bayi. I terkejut betul I tergamak panggil diri I sebegitu indah.


Ini dia set molek.




Ia menggambarkan betapa murah, mudah dan mudah dan mudah untuk dibawa ke mana saja ikut suka hati I. Jika I hilang juga mudah dan mudah dan mudah untuk dihidu kerana seboleh-boleh I lumurkan ia ke satu badan sehingga orang tak boleh suspek I sebagai perempuan yang tak mandi. Haih. Statement mahal siot. Bukan calang-calang orang boleh tau.

Mungkin ada yang jeles dengan bau wangi di badan I sampai mereka tega/sanggup/tergamak mencuri losyen I. How dare you!!! Nah I beli set molek supaya kau tak tahu kewujudan ia!! Cepat la curi cepat la curi!!

Dan bila I mengadu dekat kawan-kawan dorang cuma kata"tak pe weh nanti bior badan pencuri tu berkurap sebab curi losyen kau ". I tak faham. Kenapa mereka tuduh I macam tu. Mereka fitnah I kononnya nanti badan pencuri tu berkurap sebab kongsi losyen dengan I seolah I ni hanya tahu sapu losyen di badan tanpa mandi atau mereka mendoakan sebegitu dekat pencuri tuh? Tolong jangan fitnah I yang tidak-tidak. Baik...=) Memang macam bayi mahu dipujuk-pujuk dan ditimang-timang segala..


Hanya mereka-mereka yang sebulu dengan I je faham kenapa I memilih johnson&johnson untuk kulit. Moh ler kita sebulu. (*_*)

Friday, October 15, 2010

Gigi Daring vs Pisau Kontot

Oh My Good! I rasa sangat tua bila I lupa nak bagitahu semua yang I ada Gigi Daring. You should know! BEWARE!! I hope you all dah tak ada rasa malu malu lagi dengan I dan tak mau lah kedekut gigi palsu memandangkan I dah ada Gigi Daring. Belagak perempuan ni mentang-mentang belum pakai gigi palsu. You don't have to worry I tak kan minta gigi you all punya...Jadi selama ni kau minta gigi orang lah yahh?? Yupp yupp!!! No doubt!!

Kenapa I kata Gigi Daring vs Pisau Kontot? Memang susah nak explain. Tapi I cuba. Kadang-kadang I perlu guna Pisau Kontot. Kau tahu kah macam mana rupa dia? Cepat ambil cermin dan lihat!!! Keh keh keh. Itu bukan Pisau Kontot tapi Pisau Cukur (+_+). Yes I perlu pisau kontot mak I untuk potong buahan. Selalu dekat peti sejuk ada epal hijau. Mak I suka beli sebab dalam proses diet katanya padahal kuantiti dalam menu untuk sarapan pagi, tengah hari, dan petang dan malam memang tak ada beza!! Titik!!!

Apabila I gunakan pisau kontot Gigi I sangat daring! Dia tak suka diketepikan. He said : DONT HURT MY FEELING lah perempuan!! Gunakan aku sebaik-baiknya! Dia juga emo macam I. Pisau dan gigi I memang kuat gaduh.

Bukan I aje yang ada gigi daring.


Dia pun ada. Tak beragak.



Orang buat dia pun nak buat. Apasal kau punya lain weh?






Kau kenapa cakap pasal 'daring'? Nak gaduh?


Amboi garangnya Abang Sing!!

Thursday, October 7, 2010

Kemeriahan blog berganda

Sila diam jangan banyak cakap dan 'buat bising'. Cuma bising. Tiada 'cakap cakap' asalkan bising. Apa kau tulis ni? Pergi tulis perkara yang molek-molek sikit. Jadi anda nampak tak? Yang molek diperlukan paling sikit walaupun molek dalam kata berganda. I lagi suka kalau semua perkataan di ganda-ganda. Seperti tidur berganda, makanan berganda, lepas tu terus kegembiraan berganda sambil bonus bulanan dari ayah berganda dan kemeriahan blog berganda dengan pengunjung molek. Siapa sudi menganda? *Cepat cakap sudi!



Memang I patut mintak maaf lah kat kau orang yang pinjam barang-barang I. I suka kau orang pinjam sebab nanti I akan mintak kau orang pulangkan berupa bentuk gandaan. Padan muka engkau. *tayang semua gigi dan kembangkan hidung sebagai tanda padan muka engkau. Mesti lepas ni anda tak mahu pinjam apa apa dari I. Ohh sudah lah, cakap je kau tu kedekut kan senang. Ini bukan soal kedekut tapi 'tanda soal' kenapa orang meminjam tanpa bagitau? Sudah pakai baru bagi tau. Haiss... Sadis kalau barang itu ada sentimental value.(=,=)



I bukan nak cakap pasal pinjam-pinjam. (Adakah awak nampak? Adakah awak nampak I ada guna kata ganda dekat ayat sebelum ni?) I dah cakap I memang paling suka sesuatu berganda. Okay sekarang kita kembali ke MENU utama. Semua buka muka surat satu.. KEMERIAHAN BLOG BERGANDA. Apakah itu? Itulah keinginan saya. Tapi bagaimana kalau kau asyik tak ada masa nak update blog setiap hari? Awak! Awak tau tak saya akan mengambil masa lebih dua jam untuk siapkan entri kontot. I sangat sedih kalau I jadi lembab sampai macam tu. Tapi memang itulah I. Tapi I nampak sedih ke? Tidak sama sekali sebab kalau I tak buat entri baru I akan ceroboh ke blog blogger lain untuk berkenal kenalan, dan mengomel-omelan di blog blog meriah. Jadi marilah anda memeriahkan blog I ni supaya berganda-ganda traffic di blog I and I juga suka nak mengomel-omel di blog anda. Kadang kala ada blog yang tak tunjukkan link untuk ke blog mereka. Maka, I hadapi kesulitan untuk jalan-jalan ke blog anda. SILALAH DATANG DENGAN MEMBAWA BUAH MULUT POSITIF KE BLOG SAYA!!! (O_O) *guna teropong ni.

Sunday, October 3, 2010

Say no to click Fraud

KATAKAN TIDAK UNTUK KLIK PENIPUAN.

Saya amat tegas sekarang. Tolong beri banyak perhatian! Faham semua?
Kita mula.

Tahukah anda Nuffnang sedang merajuk kini? Nuffnang menghentikan program regular untuk sementara waktu dan saya nak beritahu anda tentang mesej perkhidmatan masyarakat yang nampaknya mungkin memberi kesan buruk terhadap kempen ini. Kempen apa tu? Seperti yang kita tahu ada 2 jenis kempen dimana membolehkan para blogger memperoleh pendapatan sampingan iaitu Metered Cost per Impression (mCPM) Campaign (dibayar berdasarkan bilangan pengunjung yang melihat iklan yang berjalan di blog) dan Cost Per Click (CPC) Campaign (dibayar kepada blogger berdasarkan jumlah klik yang dihasilkan pada iklan.)

Pernah kah anda melakukan kesalahan-kesalahan ini sepanjang anda dibawah Nuffnang Community?

Kesalahan satu : Mengklik iklan blogger lain dan meninggalkan komen meminta pemilik untuk mengklik iklan anda kembali. *kira give and take lah. Banyaklah kau.
Kesalahan dua : Meminta bantuan pengunjung blog untuk mengklik iklan di blog anda. Kesalahan tiga : Mendaftar sejumlah besar blog dan klik iklan di blog anda.
Kesalahan empat : Berulang kali beralih ke IP yang berbeza untuk mengklik iklan sendiri
.

Sangat tidak jujur ya? Sila bertaubat sekarang. Untuk memberi anda pengetahuan sebenarnya sistem di nuffnang mampu mengesan tindakan seperti mereka diatas. Anda mungkin dikenakan tindakan undang undang jika didapati bersalah.

Iklan Banner dibeli oleh pemasang iklan untuk mempromosikan kempen iklan mereka. Iklan seharusnya diklik jika penonton tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen iklan, bukan maksud mendapatkan wang tambahan. Ini akan merosakkan mutu kempen ini.

Mungkin ramai nuffnangers yang tidak tahu mereka dah buat kesalahan tersebut. Maka hari ini saya telah beri anda pelajaran yang amat bermakna. Sila ikut. Haiipp!!!