Monday, August 15, 2011

Cute Things

Sila check meter mood. Okay ada mood nak cerita dan berkongsi. Dah ada persiapan untuk raya ke? I mean kalau boring-boring masa raya nanti. Masa kena tunggu saudara mara nak datang rumah, kenalah boring-boring haih lambat betul mereka sanak saudaraku bertandang. Tahun lepas awal. Habis tak dapat nak beraya searching for new friends, want to play with new relative, wanna go out with her/him lah, ada tu yang dah siap aim duit raya rumah abang handsome yang selalu cuci kereta depan rumah. Ciss begitu rupanya kau! Nyiahahah!

Ini lah persiapan raya untuk saya tahun ini. Pasti tak terfikir-fikir lagi nak pergi beraya rumah abang handsome pencuci kereta (kihkihkih) sambil tunggu kedatangan tetamu jauh dekat. Saya juga ada idea macam mana nak kurangkan adik beradik kurang pergi beraya makan kuih sebiji saja lepas tu mintak izin pulang. Obvious sekali nak pungut duit raya. Ish ish, buruk perangai. (eleh macam lah I tak masa kecik-kecik dulu, hew hew malu I).

Tak baik I kutuk adik I. Nanti jeles dorang dapat duit raya lebih, berangan nak beli kereta control, games, dan sebagainya. At last ayah collect semua duit masuk BANK SIMPANAN!! Boleh faham tak? Kesian adik-adik I. Tak pe adik-adik. Kak Ika ada something for those yang bakal rasa nak nangis duit kena rembat masuk BANK SIMPANAN!! SIMPANAN TAU! BANK TOLONG PEGANG.

Kak Ika have games for you!

 

Sekarang kita dah tak main JUTARIA. Kita main SAIDINA *padahal sekarang orang dah main MONOPOLI LAH KAK IKA!! Lebih cantik lebih seronok lebih bahagia. LIFE pon juga! Boleh lah, duit juga. Dimana ada duit disitu ada Kak Ika. Wahh materialistic! Yeay yeay.

Ini favourite saya. 




Ada yang kata bermain sims ketika sedang berpuasa adalah batal. Hok'aloh. Jangan risau, tak ada yang censored sangat. Sims boleh tukar-tukar inspiration, Family, Romance, Pleasure, Popularity, Fortune and Knowledge. Jadi pilihlah Knowledge untuk adik-adik dan Romance untuk saya? Untuk kamu? Kan ada enam tu jangan gaduh-gaduh.=p

Alaa kita baru pandai main Sims memang jakun. Nyiahahahha!

Thursday, August 11, 2011

Wajah Asli Tanpa Makeup

Walaupun memiliki DSLR yang pernah diminati masa dulu-dulu. Masa belum dapat tu. Tak semestinya saya boleh ambil gambar sendiri menggunakannya. Malah masih menggunakan teknik seperti masa belum dapat DSLR dulu. Begini orang tak anggap kacang lupakan kulit.

First Mask. Harus dipelbagai. 
 Tak gagal mempraktikkan wajah wajah kekasih. Eh tak, wajah wajah ayu. Alahh, ayu lah sangat. Padahal. Hah kau apahal?






AND!!!!! The Natural Face Mask! THIS IS FOR YOOOOUUUHHHHH!!!!!!








OMG IM SORRY!! BYE!! VROOM VROOM!!!!!!

Saturday, August 6, 2011

Tangisan Pagi Raya Untuk Tahun Ini

Assalamualaikum semua. Saya rasa sedih sikit sebab saya terlepas dua tiket percuma of COWBOYS & ALIENS from Nuffnang! Kesilapan hanyalah cuai tak pay attention to mailbox. Sekarang padan muka kau, tak boleh titiskan airmata sebab puasa. Nanti raya pertama bolehlah menangis sepuas-puas kenangkan dosa pada ibubapa sebab selalu tak nak dengar cakap, degil ni degil. Lepastu kat adik-adik yang juga tak nak dengar cakap bila suruh mandi petang tak nak mandi sampai kena ambil hanger buat rotan punggung gebu mereka. Kalau korang tak nak dengar terpaksa kak ika rotan punggung sendiri.

Lepastu barulah menangis sebab terlepas tiket nuffnang tu walaupun dah dekat sebulan berlalu. Time macam ni kenalah ungkit semua dosa-dosa kecil dan besar. Untuk lebih sedih, nangis untuk diri sendiri sebab pagi raya selalunya bangun awal dua tiga jam dari biasa sebab nak rebut toilet, sembahyang raya dan makeup cantik-cantik lepastu kena nangis mohon maaf habis kena touch up balik. Humph! Nangis lagi depan lipstick, lips bum, compact powder dan paling banyak nangis dekat eyeliner. T___T

Nanti kalau ada penambahan tangisan saya tulis lagi okay? Tata.