Friday, October 5, 2012

OMG Blackberry!

Homaigod!! Post entry without title! Salah tekan kaypad. Maklumlah keypad blackberry yg kecik ni buat aku rasa jari jemari terlalu besar. BESAR GILA!

Lepastu kalau post entry guna blackberry tersemat signature kat akhir entry kononnya macam hantar email kepada business partner. Ceh! Memang akulah yang buat signature tu sebab kalau nak reply somebody email guna blackberry selalu lupa letak signature. Macam tak professional langsung.

Lepas ni takpayah rasa annoying kenapa budak Atika ni suka post entry letak signature bagai. Sebab lepas ni aku update entry pakai blackberry je. Rasa macam diri ni sibuk sangat. Yalah sibuk lah, sampai blog ni dua bulan sekali baru beri makan. LOL.

Banyak sangat dah beri alasan kat diri sendiri. Sebenarnya dengan blackberry boleh update bila bila masa dimana jua walau ke tandas, ke pusat beli belah, dalam satu kelas yang boring sebab lecturer asyik cerita pasal politik atau semasa mahu tidur macam bedtime story. Hahaaa! Ibu bapa sila pastikan anak anak tak guna blackberry.

Walaubagaimana pun aku bangga bangat! Dengan blackberry, aku dah jarang cakap APTB (apa pun tak boleh), sebab kini apa pun boleh!
Sincerely,
AIN ATIKA ZAILANI
via BlackBerry®celcom

Wednesday, October 3, 2012

Diari Raya 2012

Kenapa susah sangat nak terbitkan satu diari raya? Kenapa kenapa? Kerana saya dah cipta terlalu banyak alasan sehingga hari ini baru nak cakap pasal raya. Apalah kau.


Dah beso beso semuanya. Secondary school friends ku inih.


Inang dua dari kanan kalau dia gelak memang kena tutup mata menunjukkan sangat seronok bersama kita. Yang lain pun seronok jugak tapi masih cover cun. Padahal yang tak tutup mata tu lagi teruk. LOL.


Lisa (paling kanan) pula nak menggambarkan dia betul-betul gembira dia akan gigit gigit bekas kuih raya dirumahnya sendiri. Kan dah kata kalau nak menggambarkan rasa gembira mesti kena tutup mata.
Sepatutnya Bestfriend ni ada 8 orang semuanya. Bestfriend forever ini tak lengkap tanpa Kecik, Uchu dan Nadia. Nadia, she is our primary school friend! But we still keep in touch! Sobss ;( 


Dah khabaq kat hang dah.


Dia ini selaku kawan baik paling baik tak pernah jahat.


LOL Tangkap gambar pergi kunyah kan mulut herot. 


Banyak sangat ceghitenya saat akhir baru nak berkuih raya.

Happy Belated Eid Mubarak!