Monday, October 31, 2011

Gagal

kau lupakan segala benda, sumpah kau akan rasa lebih ringan,
kaki lebih selesa mahu berjalan.

fikiran, minda dan kepala berhimpit dengan sampah,
lupa mahu buang sedikit, boleh difikirkan logik akal agar penilaian lebih berharga,
dengan ego besar dan hati kecil memang mesti ego besar menang,
hati kecil, tolong kau duduk situ diam-diam, jangan sesekali mahu cuba cari punca,
nanti dia mencucuk-cucuk hati.

mungkin ada setia dalam cinta-cinta,
jarang sekali ada setia gelak bersama nangis bersama,
kalau ada begitu, mahu aku cium dia sehari 78 kali,
kau setuju?

bincang sudah langsung sehabis baik,
ya, aku kejam, tapi aku bukan yang pincang, tolong faham,
mana mungkin aku memincang kau yang seakrab hampir 3 tahun itu,
tapi tidak sempat, sungguh tua umur kita,
kalau lah kau tahu apa dibenak, kau mesti mahu menangis dengan aku, sekarang ini.

tapi kita harus ambil tahu yang satu ini juga,
kita sudah rancang dengan janji jari kelingking di tanah lapang,
tapi tergagal semua, sebab kita tidak tepuk sama-sama.

haih, aku sudah berhenti dan memilih untuk gagal.
p/s: hanging by a moment.

Saturday, October 29, 2011

Biasa

Biasalah.
aku perempuan biasa,
tapi mahu goncang bumi,
pincang kembali mereka yang telah ganggu peribadi.

Aku perempuan dengan kebiasaan,
tegap berdiri, mengalahkan berhunus pedang pembunuh diri,
terus berjalan perhati ekor bumi.

Takut berpijak di bumi berbatu tajam?
sampai pejam kau terdiam.

bagaimana mahu dibela nasib malang?
jangan berlaku sumbang terhadap diri, tolong sayang.

aku jauh dari sempurna,
tapi jika kau sudah kenal aku dalam-dalam,
kau mungkin akan TERjatuh cinta,
walaupun cuma dengan aku yang biasa-biasa.

Wednesday, October 26, 2011

Kekasih Gelapku

Hai. Hari ini saya nak cerita pasal kekasih gelap (hehehehehehehehehhe gelak dosa). Tapi sehingga kini tak dapat dikesan entah mana pergi lepas dia pindah. Masa tu kecik lagi nakal-nakal mana tahu erti perpisahan. Hahaks! Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali. Merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut beragama Hindu. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Hah detail kau nyah. 

Masa kecik takde geng nak main 'pukul berapa datuk harimau' yang gelap tu lah kawan saya. Selalu ejek dia gemuk kulit gelap nampak gigi je, sampai nangis-nangis dia taknak berkawan denganku. Lepastu esok nak main kat taman tak malu pergi ketuk rumah dia ajak main sekali (hoi hoi dah lupa ke kita gaduh). Sebab takde geng nak main Gheeta pun buat-buat lupa aku ejek dia semalam. Kesian Gheeta. Dalam hatiku (hihihihihihihi dia lupa dia lupa).

Selalunya dia buat bodoh kalau saya amek selipar dia sorok tepi pasu. Tapi dia tau mana nak cari selipar sebab selalu sorok satu tempat tu je. Tak ada skill langsung penchori ini. Bagi kuih keras paling banyak tapi muruku sikit je sebab dia tahu saya suka muruku. Jahat punya Gheeta. Sekarang salahkan dia kenapa gigi saya tidak mengikut acuan.

Tak lupa juga kat Thavamani bulu mata cantik mata boleh tadah air hujan. Vinothany gadis cadbury dan Prabu jejaka mata empat. T__T Main mercun kasi aku sikit. Panas hati dah la kau letup-letup pastu tak ajak aku. Walaubagaimana pun, perayaan Deepavali tahun ini di laporkan meriah. Haih apasal nada macam pembaca berita ni? Cey diam ar.

HAPPY DEEPAVALI SEMUA ! 

Thursday, October 20, 2011

Peranan Bestfriend

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Begitulah rasa cinta dan sayang antara kami. Bercambah sejak awal persekolahan menyertai pertandingan 'Gadis Cun Bajet Pandai Masak Masakan Ala Kampung' dan akhirnya kalah cepat gelak KAHKAHKAHKAHKAHKAH disebabkan masakan dihiasi dengan salad (kerana sudah tiada masa mencari pucuk ubi dan ulam-ulaman).

Bagaimanapun hiasan dan rasa masakan kami THE BOMB but out of being judge just because of SALAD! 
I HATE YOU SALAD! 

HEIPEREMPUANYOU'REOUTOFTOPIC!
HEHEHEHHEHEHEHHEHEHEHHEHEHEHEHEHE.

Jadi sebagai kawan kena sanggup in term of cucikan baju, buatkan assignment, bergosip tentang boyfriend(eh tak tak), teman cari baju baru untuk convocation, dan bergambar bersama dihari bahagianya. Macam saya. =p 
Jadi kita mulain.



Telah selesai isi perut lalu membungkus lagi keropok lekor. Terlalu takut pada kelaparan kebuluran.
Ish you ni photographer tak jadi I nak betapa tau. Hikhik.
Bapalah penyeri hari bahagia. Senyum sikit bapa.
Haa gitew.
Ish sibuklah perempuan ini. Pergi main jauh-jauh.
Ini bukan adegan bantu perbetulkan posisi mortar board. Tapi pindah milik hak-hak pengguna.

                   Yeaahh itu dia. Tak cukup itu ?                                       Haa mari mari mari.
Jadi saya telah grad dahulu.
Molek sungguh kami berkongsi kebahagiaan bersama.
Ye molek. Syafawani muka kau tampak bersungguh betul menjaga hatiku. 
Walau penat masih boleh berjalan dalam tidur. Kan kena jaga hati kawan. Hep hep!





Ini alasan kuat harus mendakap gigi. Mencari sponsor untuk pendakap. Muehehhe.

Okay jom balik. 

Ouh tak tak. Ini bukan convocation saya. Saya tumpang glamour je. Hewhew. T__T 
CONGRATS SEMUA! Hasta la Vista!!

Saturday, October 15, 2011

Malaysia Agricultural Park, Bukit Cahaya

Dari kecik sampai besar tak berapa nak besar ni, ini kali kedua saya kunjungi tempat yang bagi saya sangat sesuai nak feeling anak kecil jatuh basikal atau ingin rasa tumbesaran otot betis pastu boleh recall balik masa sekolah rendah tak siap kerja sekolah lalu disuruh lari padang dengan baju kurung. Huh siapa tu? Sayalah siapa lagi. Sungguh nakal. Hihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihimalu.=p


Gang basikal sekolah. Ehh? Eheheh. Okay, biar saya perkenalkan tempat ini. Namanya ialah Bukit Cahaya bertempat di Shah Alam. Boleh bercamping, flyingfox, berkayak, berbasikal, berbus sahaja pun boleh tapi nanti tak boleh berjalan jauh macam kami. Harga mengikut package. Ewah macam duta plak. Hahaks.

Mereka berdua memang perangai macam tu. So kita tak nak kawan mereka sekarang. Kita cerita-cerita dulu. Kejap lagi baru kawan.

Kita tak gendong basikal kat sana. Kita ride it! YOUKNOWFIZI? WERIDEWERIDEWERIDE!



SELAMAT DATANG. Anda bakal di sambut baik disana. Jangan risau kerana jikalau anda tak tanya pun mereka pasti mahu beritahu juga. Sangat ramah ye adik-adik.




Sepanjang September hingga November ialah musim menuai. Okay tak, musim luruh (autumn season). 
December ini ialah Winter Season, jadi mesti datang dan bawa keperluan sejuk seperti selimut dan tilam empuk. Muehehee. Suhu -2. Duduk disitu sehingga anda beku dan jadi sebahagian dari bahan pameran.

Ye memang sejuk.
Muzz (baju putih) melakukan aboogit.

  Yes. Nice pose (kata Fizi kepada diri sendiri)

Fine!
Sekarang mari kawan mereka.

Tulang menjadi kuat dan sihat dengan biskut Tiger. Wann sangat aktif bersukan, oleh itu dia boleh jadi bodyguard kepada semua gadis cantik dan jejaka kerdil especially Fizi! Yeay! Nyiahahahha!

 Waaaaaaa ini bukan rollercoaster!
 Eh tak. Kami bukan jumpa dia. Dia kawan kami. =p

Main buaian kaki ini memang melekakan. SILA CUBA.
Macam iklan amalkan gaya hidup sihat. Mari nyanyi lagu tandas. "Ouh tandas, berkualiti, baru hidup berkualiti".


Rumah Idaman.

Ouh sudah penat MARI MANDI!!

Fizi ni main action kamen.
Wah senangnya Muzz keringkan rambut. Boleh cuba ini dirumah.
Water Ball.
Ya, celup kaki sudah cukup berserta niat aku janji "bahawasanya saya akan menepati janji mandi dikolam ini pada kunjungan kali ketiga nanti". HAHAHAHAHHAHAHHAHA!