Wednesday, October 26, 2011

Kekasih Gelapku

Hai. Hari ini saya nak cerita pasal kekasih gelap (hehehehehehehehehhe gelak dosa). Tapi sehingga kini tak dapat dikesan entah mana pergi lepas dia pindah. Masa tu kecik lagi nakal-nakal mana tahu erti perpisahan. Hahaks! Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali. Merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut beragama Hindu. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Hah detail kau nyah. 

Masa kecik takde geng nak main 'pukul berapa datuk harimau' yang gelap tu lah kawan saya. Selalu ejek dia gemuk kulit gelap nampak gigi je, sampai nangis-nangis dia taknak berkawan denganku. Lepastu esok nak main kat taman tak malu pergi ketuk rumah dia ajak main sekali (hoi hoi dah lupa ke kita gaduh). Sebab takde geng nak main Gheeta pun buat-buat lupa aku ejek dia semalam. Kesian Gheeta. Dalam hatiku (hihihihihihihi dia lupa dia lupa).

Selalunya dia buat bodoh kalau saya amek selipar dia sorok tepi pasu. Tapi dia tau mana nak cari selipar sebab selalu sorok satu tempat tu je. Tak ada skill langsung penchori ini. Bagi kuih keras paling banyak tapi muruku sikit je sebab dia tahu saya suka muruku. Jahat punya Gheeta. Sekarang salahkan dia kenapa gigi saya tidak mengikut acuan.

Tak lupa juga kat Thavamani bulu mata cantik mata boleh tadah air hujan. Vinothany gadis cadbury dan Prabu jejaka mata empat. T__T Main mercun kasi aku sikit. Panas hati dah la kau letup-letup pastu tak ajak aku. Walaubagaimana pun, perayaan Deepavali tahun ini di laporkan meriah. Haih apasal nada macam pembaca berita ni? Cey diam ar.

HAPPY DEEPAVALI SEMUA ! 

3 comments:

Pocket said...

deevali valthikel :)
pocket dah tak der connection ngan kengkawan india masa kecik.
ohh.. nak cari pung susah dah,
balik kampung lah ujung minggu nih :)

Liquid said...

incek liquid suke men2 datuk harimau mase kecik2 dulu ehehehehe

Saiazuan said...

deyyy happy deepa ;)