Sunday, February 21, 2010

Im Yours..

Saksikan kesungguhan anak kecil ini ingin menyanyi. Mimik muka adalah penting untuk menunjukkan yang anda betul-betul berperasaan dan penuh menghayatan dalam menyampaikan sesebuah lagu.. Saranan untuk menjadi penyanyi terbaik dan merupakan senaman muka yang paling berkesan. Buatlah selalu jika ingin mendapat kan mimik muka yang kekal begitu! =p...



Ahahaha... Cute lah. Sampai deras air mata mengalir ke pipi. Apa punya style ni. Apa pun satu permulaan yang baik untuk menjadi penyanyi. Bagus.. Keep it on! Chayook...

Kawan

Alow....welcome to my blog. My name is Ain Atika binti Zailani. Hurm.. Saya rasa suka nak tulistulis belog ni. Aihh, tulistulis ke? Walhal dah tau sebenarnya kena taiptaip untuk ini. Tapi selalunya saya sangat berdegil-degil burgerdil. Nak jugak cakap tulis-tulis sebab dulu tak ada leptop.

Start ni nak bebel dulu lah. Ini dah masuk kali ke berapa buat belog pun tak tahu lah. Harap ini yang terakhir kali ok Tika. Asyik buat lepas tu padam. Hmm makan hati betul lah.=( Nak edit benda lain benda lain pulak yang ter delete. URL lama dah tak boleh pakai lagi. Buat baru dapat lah URL yang panjang long sangat ni "ainatikazailani.blogspot.com". Haa...ambil lah. Padan muka tangan gatal miang keladi pergi delete yang asalnya "ainatika.blogspot.com". Kepada sesiapa yang tahu macam mana nak dapat kan balik URL lama tu boleh beritahu saya tak? Kepala ni pun rasa-rasa macam nak pitam dah fikirkan macam mana nak dapatkan jugak URL tuh. Penat...:=/..


Ok ok.. Cool. Sekarang lupakan tu. Sekarang dah tak nak bebel dah. Cukuplah tu untuk hari ini. Hari ini aje ok. Hari lain sambung lagi. Sekarang nak carik kawan yang hilang. Mohon bantu..




































Aaron James berserta cengkerang yang di hadiahkan kepada saya. So sweet, yang ini ada juga contact but jarang lah. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Jengjengjeng...



Actually ada tulisan kat atas cengkerang ni. eika & don.. Tapi dah pudar. Em tak pelah. Mungkin pudar kat sini aje. Hishh, bukan boyfriend ok, scandal pun bukan. Dia ni orang Serani. Non-muslim pun. Tapi kat hati aku tetap ingat kat kau. Ehh bukan kau sorang aje. Yang lain juga..=p

Semuanya masih tersimpan di sini.



PLKN KUMPULAN 2 SIRI 5 (2008)
KEM TANAKI, TAMBUNAN,
SABAH.

Segalanya adalah terbuku didalam ini. Kalau agak-agak kenal and maybe salah satu daripada catatan kat sini is yours email lah aku. Nak call macam korang dah change number without my information. So macam mana nak keep in touch! Ouchh...touucchh.... Psssttt... Hot!!



Seronok sangat kat sana sebenarnya. Dulu saya tak suka nak pergi Plkn ni. Sampai sana siap nangis-nangis nak balik. Call ayah suruh ambil. Nak balik juga. Tapi ayah cakap duduk lah sana seminggu lagi tengok macam mana. Selepas seminggu rasa macam dah ok sikit. Tapi still rasa macam nak balik juga. Ahhh sabar tika sabar..3 bulan tak lama. Hah?~!!! Tak lama kau cakap? Lama tahu? 3 bulan macam 3 tahun. Tapi macam 3 abad pun ada.(ni tipu ni..=p)

Tapi masa nak balik tu rasa macam tak ada perasaan sayang pun kat kem tu. Tetap juga nak balik. Cuma yang ada di kotak fikiran hanyalah nak jejakkan kaki atas KLIA. Nak sampai rumah cepat dan mahu tidur puas-puas sebab kat sana gila-gila tak cukup tido. Lagi satu rindu pulak kat bantal busuk. Ahaha... Jangan tak percaya umur macam saya masih memiliki bantal busuk. Hahaha.. Pernah emak nak buang bantal tu. Tapi saya merembeskan air mata yang terlalu banyak. Setelah saya merajuk selama sehari mak bagi balik bantal tu. Rupa-rupanya emak dan adik perempuan berkomplot nak kena kan saya. Ceh~~=(

Setibanya dekat rumah. Setelah puas tidur dan beristirehat. Saya terasa rindu bila tengok catatan dari kawan-kawan. Gambar- gambar kitorang. Sebenarnya agak seronok berada di Kem Tambunan Sabah. Cuma saya lambat sedar.

Ini lah koleksi gambar kenangan di sana.




Waaaaa....Rindu sangat dekat korang!! Ini Kompani Bravo.



Yang ini pula kawan terdekat di sana.



Suasana yang sejuk dan nyaman. Mesti membuat semua tak mahu bangun pagi. Confirm!!

Pukul 6 pagi pun dah macam 7 pagi. Disebabkan di Sabah lebih awal satu jam. So terpaksa kerja keras untuk bangun seawal 4 pagi setiap hari.

Hahaaa... Kenangan yang manis sukar dilupakan. Harap berjumpa mereka satu hari nanti.
=)..