Wednesday, October 23, 2013

Lelaki

Assalamualaikum.

Hallo! Dalam keheningan malam, angin dingin dari celahan kipas meniup rambut lalu menyapa muka ku. Seriously kau kenapa kan. Padahal cuma rindukan coolgiggles. Ya, coolgiggles ini. Yang sepatutnya setiap hari mesti disuap perihal kehidupan seorang gadis ahakss. 

Sejak akhir akhir ini aku dapat rasa yang aku macam tak percaya dengan tindak tanduk diri sendiri. Betul ke apa yang aku putuskan. Hah ni bukan kes putus cinta ke apa okay. No no no. Ni cuma pasal keyakinan jalan hidup dengan scenario sekeliling. Contoh, bila kau dah nampak benda yang kau tak sangka berlaku tapi sebenarnya memang berlaku in real life, apa yang kau fikir? Automatically, eh seriously kenapa boleh jadi camtu kenapa camni? Dia macam tetiba bertukar spesis. Trauma/takut/ngeri/berhantu/puaka kalau perkara perkara yang tak sangka berlaku tapi berlaku in real life tadi dihadapi oleh diri sendiri kelak.

Bunyi macam seram tambahan lagi kalau kau dalam situasi omaigod kau bakal menjadi milik seorang jejaka dalam masa beberapa minit/hari/minggu/bulan/tahun. Aku berkawan dengan mereka yang berpengalaman. Cerita beliau beliau tu pula macam nak bagi bedtime story tapi scary. Katanya orang lelaki ni, sebelum kau kahwin ewah lembut gigi dari lidah, lautan api sanggup ku renangi, bintang dilangit sanggup ku petik gitew. Tapi dah kahwin aje kau tunggu. Kau akan tahu siapa aku yang sebenar. Kihkihkihkih. Tetiba imiginasi oh tak indahnya perkahwinan. 

Walaupun begitu aku tahu bukannya semua orang macam tu kan? Jadi sekarang nak cari kawan yang bedtime story dia ada happy ending. Hahaha. Nak brainwash minda ni supaya tak nyanyi lagu yuna lelaki tak guna. Sebetulnya aku amat yakin sekali lelaki sangat berguna dalam kehidupan. Hargailah seorang lelaki. Eh? Akan tetapi harus beringat, moto hidup never say never mesti selalu disemat rapi. 

Okaylah. Have a good life ya!

Thursday, August 15, 2013

Perjalanan Lebih Mudah Dengan Waze

Assalamualaikum. Siapa kata aku tak boleh berdiri diatas kaki sendiri. Tak ada siapa kata sebab aku tak pernah pulak berdiri atas kaki orang lain bahahah. Kalau nak pun aku akan berdiri atas kaki orang lain dengan mengenakan kasut bertumit tinggi kalau boleh siap pasang ladam baru care.

Tadi aku jumpa kawan baikku Wawa. Banyak halangan dan dugaan *cis poyo. Padahal dari tempat letak kereta rumah sampai ke destinasi dituju aku menggunakan Waze. Walaupun aku terasa Waze ni cuba mempermainkan perasaanku sekali sekala tapi aku redha dan pasrah diperlaku sedemikian rupa dan akhirnya sampai ke destinasi.


Amacam. Lu orang rasa bangga tak dengan aku? Aiseymen aku pun terkesima apabila sedar yang diriku sudah sampai kat sini. Gila tak bangga, selama ni hidupku kesana sini bersama driver, maksudnya aku tak drive sendirian dan walaupun begitu aku masih tak boleh ingat jalan. 

Aku hanya memandu seperti seekor ayam. Dah banyak kali tunjuk jalan pun aku tak ingat. Jalan yang aku ingat cuma pergi kerja balik kerja itu sahaja. Yang lain aku akan talipon member member GPS ataupun google ataupun Waze sejak dua menjak ni. Kalau tak mintak maap. Hahaha. Gila noob. 

Hah kauorang pun kalau pesen pesen macam aku lemah daya ingatan terrhadap jalan jalan berselirat kat Malaysia ni cepat cepat lah belajar mengenali Waze. Senang uolsss. 

Caranya begini. Korang google je waze nanti ada keluar free link navigation download. Pastu dah install dalam hempon ke ipad je tablet ke, so korang boleh mulakan langkah langkah pemalas baca signboard disini-

Pertama-


Ini lah waze bajet comel senyum camtuh. Klik icon ni.

Kedua-


Dekat belah kiri bawah ada menu kau NAVIGATE.

Ketiga-


Masukkan destinasi. Contoh, Suria KLCC. Pastu search macam ni-


Keempat-


Klik GO. Pastu korang follow je direction yang akan diberi. Kalau sekali sekala dia permainkan korang maafkan jelah. Dia bergurau jangka pendek pastu dia akan recalculating untuk korang jangan bimbang.

Kelima-


Anda telah sampai kedesinasi. Sila klik menu dan STOP NAVIGATION.

Seronok bukan aktiviti pemalas begini bahahah! Okay itu sahaja xoxo. Bye!

Saturday, August 10, 2013

Post entri melalui Apps Blogging

Jyeahh, assalamualaikum semua. Selamat hari raya daku ucapkan. Aku rasa bangga sekarang ni sebab aku baru lepas download onthego apps blogging. Apps ini sangat sesuai untuk orang orang sesibuk aku yang selalu bagi alasan untuk tidak update blog. Sibuk dengan sosialitas yang tak terkawal dek perasaan haha. 

Dalam bilik bangga sensorang kehkeh dengan adanya apps ni aku boleh update blog dimana sahaja tanpa keraguan, kalau tak habis cerita boleh save tanpa kegusaran, pastu boleh upload gambar dari photo gallery atau onthespot snap picture macam ni ha-


Sorilah gambar handbag tanpa motif bahaha. Haa pastu yang ini aku upload dari photo gallery-

 
Comel tak kak ton? Wah wah wah sungguh bagus ya apps ini untuk orang pemalas macam aku bahahah. Okay lah itu saja yang aku pandai buat masa ni. Aku bakal kongsikan lagi kalau ada yang menarik nanti ya. Selamat hari raya lagi tawan tawan!

Tuesday, March 12, 2013

Girl Time - Day One

Hahaha! Yiiii geramnya kitew, asyik tunda tunda je nak post entry bersama Wawa teman baikku. Tak suka tak suka sambil hentak hentak kaki, kau apahal.

Okaylah takmo gegedik. Baiklah. Ceghitenye kitorang nak beronok-ronok lepaskan segala keluhan, kemarahan, kebosanan, kekusutan (eh banyak pulak) dengan Wawa, sebab tu lah plan pun macam package 4 hari 3 malam. Somel.

Kesian Wawa kena tunggu aku kat KL Sentral selama berapa jam tah, sebab aku dengan tak semena-semena diberitahu makcik ku telah sampai di Airport. Disaat itu, mahu saja rasanya aku membelah diri ini sebelah ambil Makcikku dan belen sebelah lagi pergi ambil Wawaku. Ewah, macam penulis novel tempatan.

Hari pertama tu, lepas balik dari Airport terus ambil Wawa pergi rumah nenek, malam tu juga kitorang bertolak ke Batang Kali dengan pantas sekali tak sabar nak gosip, cis! Kira-kira pukul 12 malam kitorang sampai. Perjalanan yang menarik sebab tak jammed!

Dah sampai tu kitorang pun start la gosip tak berapa hangit dengan mata kuyu sambil layan Setia Hujung Nyawa kat TONTON. Huaa sweetnya El sweetnya Zain, faham faham la kalau dah jumpa pastu tengok movie sesame memang perangai macam tu. Macam biasa aku terlena dalam kegelapan bilik pastu wawa layan movie sensorang. Harap dia tak sembang sensorang masa aku tidur bukan boleh percaya.

Kan dah cakap ini day one. So tak banyak untuk dikongsikan. Tak ada plan lagi pun hari pertama. Gamble. ha-ha!

Thursday, January 10, 2013

Angan-Angan Hingusan Jadi Kenyataan

Hello! Homaigaaadddddd!!!! Tau tak apa perasaan I sekarang? Suka/seronok/gembira/teruja bila tiba-tiba dapat call bekerja di satu department dengan Aini Adilla! Bestfriend hingusan I tuh. Ingat lagi entry convo ku? Yes, jika ingat bagus jika tak sila ke sini. 

Lepas berangan nak sambung belajar bersama, nak convo bersama, pastu nak kerja di satu tempat yang sama, tanpa dirancang dengan serius, rupanya Tuhan dah rancangkan dengan begitu serius dan kemas maka angan-angan hingusan ternyata jadi kenyataan. Exited gila hoiiiiii!

Yang paling tak percaya tu, tarikh kitorang start bekerja rupanya sama. I mean dia start kerja 10 December 2012 and I 10 January 2013!! Dan sekarang korang tengok ni, I punya date of birth 20.02.1990 (okay I nak celebrate kat TGI Friday, pastu nak Mac Book Air dengan I phone 4s mueheheh!) dan Dila 21.12.1990 its a unique number! Betul I tak tipu kita memang takde plan nak keluar dari perut ibu pada tarikh yang unique macam ni. Betul ni kita tak tipu.

Pastu kan tadi kita plan esok nak bawak bekal ! Boleh faham tak? Awak ingat kita nak pergi sekolah ke? Bahahaah! Cute gila kau nih ajar aku bawa bekal. Tapi okay jugak tu. Jimat. Budget 2013 bahahah!

Okay sekarang nak tidur!  Kroikhh!!

Wednesday, January 2, 2013

New Year's Eve Countdown Party 2013

Hello! Seronoknya! Hari ini aku berazam akan lebih ceria dari tahun 2012. Hahah! Ceria dan lebih positif. Ceria dan lebih membantu meningkatkan buah fikiran. Maka dengan ini aku isytiharkan diriku CERIA TADDAAAA!!!

Alamak bukan sebelum ni tak ceria, tapi tahun lepas rasa tak nak banyak cakap. Nak diam. Lepas tu rasa bosan gila jadi aku. Sesal hingga kini sebab bila kawan lama tegur Ika kau dah lain, kau dah banyak diam, kau tak kepoci lagi macam dulu alamak kantoi.

Dulu kat sekolah akulah yang diibarat makan bontot ayam. Dalam kelas bila cikgu mengajar tetiba dia belok perihal hidup dan aku dengan tak sengaja tertanya banyak sampai habis waktu kelas. Yang lain seronok sebab takyah belajar jahatnya jahatnya! So hari ini murid-murid kita belajar kisah hidup cikgu. Tak semenggah.

 Semalam celebrate The 2012 Season 4 & Overall Champion Awards Presentation Cum Countdown Party with 5A Lifestyle & Wealth Planner members at Cherish. But tak sempat pun nak countdown kat sana sebab about 11pm aku and Kaka bergegas ke Sunway.


 Ms. Kelline Ng wanita yang aku kagumi. I love her energy, her courage, and her unwillingness to give up. I love how enthusiastic she was! She amazes me!



The rabbit.


Adele paling cantik. Guess her age? Mesti tak percaya. Haha! Aku harap aku akan kekal muda like her! 

Okay guys! It's bedtime for me! So damn tired guys! See yaa! Bye!