Thursday, August 15, 2013

Perjalanan Lebih Mudah Dengan Waze

Assalamualaikum. Siapa kata aku tak boleh berdiri diatas kaki sendiri. Tak ada siapa kata sebab aku tak pernah pulak berdiri atas kaki orang lain bahahah. Kalau nak pun aku akan berdiri atas kaki orang lain dengan mengenakan kasut bertumit tinggi kalau boleh siap pasang ladam baru care.

Tadi aku jumpa kawan baikku Wawa. Banyak halangan dan dugaan *cis poyo. Padahal dari tempat letak kereta rumah sampai ke destinasi dituju aku menggunakan Waze. Walaupun aku terasa Waze ni cuba mempermainkan perasaanku sekali sekala tapi aku redha dan pasrah diperlaku sedemikian rupa dan akhirnya sampai ke destinasi.


Amacam. Lu orang rasa bangga tak dengan aku? Aiseymen aku pun terkesima apabila sedar yang diriku sudah sampai kat sini. Gila tak bangga, selama ni hidupku kesana sini bersama driver, maksudnya aku tak drive sendirian dan walaupun begitu aku masih tak boleh ingat jalan. 

Aku hanya memandu seperti seekor ayam. Dah banyak kali tunjuk jalan pun aku tak ingat. Jalan yang aku ingat cuma pergi kerja balik kerja itu sahaja. Yang lain aku akan talipon member member GPS ataupun google ataupun Waze sejak dua menjak ni. Kalau tak mintak maap. Hahaha. Gila noob. 

Hah kauorang pun kalau pesen pesen macam aku lemah daya ingatan terrhadap jalan jalan berselirat kat Malaysia ni cepat cepat lah belajar mengenali Waze. Senang uolsss. 

Caranya begini. Korang google je waze nanti ada keluar free link navigation download. Pastu dah install dalam hempon ke ipad je tablet ke, so korang boleh mulakan langkah langkah pemalas baca signboard disini-

Pertama-


Ini lah waze bajet comel senyum camtuh. Klik icon ni.

Kedua-


Dekat belah kiri bawah ada menu kau NAVIGATE.

Ketiga-


Masukkan destinasi. Contoh, Suria KLCC. Pastu search macam ni-


Keempat-


Klik GO. Pastu korang follow je direction yang akan diberi. Kalau sekali sekala dia permainkan korang maafkan jelah. Dia bergurau jangka pendek pastu dia akan recalculating untuk korang jangan bimbang.

Kelima-


Anda telah sampai kedesinasi. Sila klik menu dan STOP NAVIGATION.

Seronok bukan aktiviti pemalas begini bahahah! Okay itu sahaja xoxo. Bye!

3 comments:

fasha said...

semalam saya pegi kawan tunang..nak cari rumah dia pun guna waze..actually lamaa da install dalam hp tpi xpenah gune..membantu jugak laa..tapi yg klakarnya da nak smpai die cm melalot sket laa...naseb bek smpai la jugak..hehe

Ain Atika Zailani said...

haha biasalah tu. dia pun pening dengan jalan kat mesia ni ki3

Nurul Hidayah said...

Memang mudah dengan waze.. cume lepas upgrade dalam beberapa bulan ni macam agak pening skit.. nak membiasakan diri..