Tuesday, August 31, 2010

Mari pompuan pompuan yang dicintai

Antara kekasih dan sahabat. Kau pilih yang mana? Mestilah kekasih. Kononnya dialah hidup dan mati. Cuma dialah yang ada diwaktu susah dan senang. Habis sahabat yang dah berhempas pulas untuk kau selama berkawan macam mana? Dialah yang yang dengar cerita sedih kau, bagi kau nasihat, bila kau minta pendapat dia bagi lagi. Bagi bagi bagi, semuanya dia bagi. Dah macam macam cara ni nak buat kau happy tapi kau ada cuba ke nak happy kan dia pula? Tak adil.

Ehee =p.. Emo pulak. Okay tak payah nak emo emo kat sini nanti orang benci. Mari semua pompuan pompuan diluar sana. Moh kita buat sikit analisa tentang kekasih dan sahabat.


KEKASIH



1. Ada kereta. Nanti nak keluar tak payah susah susah naik bus buruk. Kena tambang lagi. Membazir, hidup sebagai remaja ni kenalah berjimat cermat sebab mak ayah kasi duit cukup cukup untuk sebulan je.

2. Bila ada masalah itu ini cerita je kat boyfriend. Mesti settle lah sebab kena pujuk rayu kata kata sayang. Tak apa I ada dan I akan selalu disisi You.

3. Lagipun kau nak hidup dengan dia bukan dengan orang lain. Jadi kau kena jaga hati dia lebih dari segalanya.

4. Terhutang budi lah dengan dia sebab dia banyak tolong kau. Banyak gila macam dah 10 tahun bersama. Kau tak boleh sekali kali batalkan janji kau dengan dia. Nanti dia merajuk.



SAHABAT





1. Rimas ramai ramai. Bising setiap masa. Yelah kadang-kadang nak privacy sikit nak keluar dengan boyfriend pun susah. Kena jaga hati diorang lagi. Leceh gila. Tapi dialah yang kesiankan kau bila kau ada masalah dengan boyfriend kau tu. Dialah dok teman kau dengar cerita sedih kau berjam jam.

2. Dialah yang teman kau keluar naik bus masa kau tak ada boyfriend dulu. Haa, naik bus buruk tau. Tapi dulu okay je. Boleh gelak sampai kepala kau jadi besar bengkak sana sini. Rahang mulut kau pun macam nak tertanggal. Seronok kan?

3. Dah macam macam dia tolong kau ada kau ingat ke? Haa yang ini malas nak explain kau orang fikir sendiri. Jangan habis madu sepah dibuang. Jangan kerana lelaki seorang kau macam tak boleh handle perasaan kau tu.

4. Memang biasalah salah orang kita nampak tapi salah sendiri tak nampak. Boleh tak kau kira berapa kerap kau bersama dia semenjak kau ada boyfriend ni? Sekali lagi malas nak bagitahu sebab tu aku suruh kau kira. Baterry calculator habis.

5. Berapa kali batalkan janji tak ada hal lah. Mesti diorang faham aku ada boyfriend. Lagi pun diorang ramai. Aku ada ke tak ada ke tak ada beza. Tahu tak kau yang kau patut bagi hak dia sebagai kawan?

Ouh. No wonder if you choose a lover more than friends.
Ape pun kita kena beringat pompuan makin ramai dan lelaki makin sikit. Kalau dah kau bagi semua perhatian kat dia, kalaulah ditakdirkan satu hari nanti boyfriend kau tu terpandang yang lain baru kau tahu. Jangan masa tu nanti baru kau sibuk nak reka satu lagi agenda buat sahabat yang kau buang tu okay?

Jadi kita bijak bijak lah fikir mana yang terbaik. Hargailah sahabat selagi masih ada pintu kemaafan buat anda. Ini untuk kebaikkan kita bersama. Kesedaran bersahabat antara yang lebih penting dalam hidup ni.

"the days were so crazy
that people think we're high
and days we're so bored
we laugh so hard we cry!
all the inside jokes
and sayin remember when
>> just some of the reasons
we always be best friend"

Hemoh hemoh hemoh..=D

Saturday, August 28, 2010

Rambut kerinting bergolong golong

Tips penjagaan rambut terbaik? Tak ada. Dah tua bangka masih tak pandai urus rambut. Bukan. Tak ada orang nak ajar. Sebab masa muda muda dulu tak kenal saloon rambut. Apa tu weh? Haa sekarang percaya I memang tak kenal saloon rambut, yang ada kerusi bergerak-gerak, boleh pusing 360 darjah, mesin pengisar rambut sampai nipis, gunting macam macam bentuk, dan udara panas untuk keringkan rambut sampai kulit kepala kebas.

*Belajar tipu dari Fatin Idora Kamal. Nak belajar jumpa dia.
Kos = Percuma.
Pengangkutan sila klik diatas.


Saya lanjutkan dengan Model Rambut Kerinting Wanita termasuk yang favorit untuk para wanita dan dapat menciptakan kesan glamour dan cantik.=')


Model pilihan, meh sini tengok.





Selena Gomez
(Tak habis habis kau. Tak muak muak aku tengok)







Miley Cyrus
Rambut cantik. Tapi gigi nampak pelik sikit kat sini. *mari gelak.



Sekarang mempersembahkan!!!






Rozita Che Wan.
Akhirnya, Model Rambut artis Melayu paling cantik. Tak kira rambut palsu ke apa apa segala. Cantik.

Sungguh bervariasi permainan teksture layer. Kelebihan ini mempamerkan keunggulan bagi yang berambut kerinting kerana teksture layer menampakkan rambut mengembang dan tidak melepek.

Walupun rambut jenis ini nampak cantik bagi si rambut panjang, tak bererti yang berambut pendek tak boleh dibentuk menjadi rambut kerinting. Rambut keriting dikombinasikan dengan model rambut bob boleh menjadi pilihan alternatif bagi yang memiliki rambut pendek.

MARI RAMAI RAMAI BERAMBUT KERINTING!! =D

Friday, August 20, 2010

Mengurat zaman siber!

Haa.. malunya nak cakap pasal ngurat-ngurat ni. Tak apa. Tahan tahan. I nak teach kaum ADAM mengurat. Boleh ke? Hopefully I ada talent. Suuwwwiiittt...=p I ada pantun. Ehemhem..“Ouh sayang, bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” Haa.. jawab jawab!!!

Melampau yea kalau you all cuba dekat gadis siber sekarang berkemungkinan mata hitam tersembul keluar dari paksi malah jantung melompat keluar dari landasan. Huuwoohhh!! Lepas tu you all sambut jantung dia and satukan dengan jantung you all. Jadi jantung ada dua. Cacat.

Gunalah ayat yang berlapik. Bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan. Janganlah sesekali guna ayat berunsur seks dalam perhubungan. Lebih-lebih lagi kalau itu first date. Boleh mengundang pelempang.

Lebih sopan kalau you all cuba pancing dulu. Contoh paling senang "Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi..." Cececeh...poyoss.. Tapi tak apa. Walaupun nampak macam menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati janganlah diperkotak-katikkan.

Contoh lain "Baru I kenal erti cantik bila tengok wajah you" Nahh.. Kembang seribu. Sampai lostcontrol hidung mancung bak seludang tu. Gila lahh.. Kalau I buat-buat pengsan. Pastu 'si dia' hantar I balik rumah boleh golek-golek atas katil terus berangan. Hahah. Ringkas tapi efektif sebab kecantikan tu kebanggaan seseorang wanita. Gua bangga wooo... DIAM!! Next..

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ni kedengaran kelakar tapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power. Hidup power root!!!

P/S__ Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ni ialah you all juga layak mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. TAHNIAH & SELAMAT MENGURAT!!

Thursday, August 12, 2010

Gigi terabur!

Selamat berpuasa bagi semua umat Islam. Sempena menyambut bulan Ramadhan ni, I sambut dengan gigi baru kecil tercomel yang "chek in" dalam mulut ni. Haha. Okay baguslah kau tumbuh pada hari pertama. Jadi nafsu makan tu lari jauh jauh. Pandai ehh..=/...Jimat duit aku.

Sakit pun boleh tahan. Tapi tak nak demam la. Demam tak best. Nanti kene MC lagi.. Jadi tak payah pergi kelas lagi esok!! Yeayy!!! Jahatnya kau. Macam nak minta surat amaran. =p

Dah lama tak dengar khabar kawan lama. Sekarang dah mampu tubuhkan satu station radio baru bersama kawan seperjuangan. Good improvement! Memandangkan I tak selalu dengar radio, jadi I baru dengar nama station ni. Khabarnya masih baru. Jangan lupa klik sini. http://korutfm.webs.com/.
Okay I baru request lagu tadi. Haha comel;p. Kepada sesiapa yang nak sampaikan salam or request lagu boleh chat di ruangan tu okay. Layann...

Dah pagi ni.. Hooiii orang kampung!! Bangun sahurr!!

Menu : Susu Anlene + Honeystar + Nasi Lemak

Enough!