Tuesday, December 28, 2010

Sinarkan Hidupmu

Sungguh tak gemilang bila malas kuasai hidupmu. Sungguh tak seronok bila dengan yakin rasa diri ini sedang malas dibuai bau indah di bilik tidur kerana seminggu lepas memiliki fragrance oil flavour english garden dibeli direct dari Hinod Shop. Sangat memilukan bila ianya menyebabkan malas yang selesa dan berpanjangan. Ohh diri janganlah begini nanti rugi.


Baiklah, dengan segala usaha yang ada daku mempersembahkan !






Okay nampak macam malas. Dah, tak nak kawan dengan orang malas. (-_-)

Thursday, December 23, 2010

300 blog mampu dikunjungi dalam satu hari

Dalam semua kata fuyooh juling biji mata nanti, boleh tumbuh taik mata, tapi still support member ni hah. Thanks semua. Memang tak ada taik mata keluar join saya baca blog. Memang tak ada. Ada juga yang perlekeh. Tapi tak apa. Saya cool. T_T.

Alhamdulillah saya berjaya capai target yang tak sepatutnya tu. Ish ish ish. Tanpa ada rasa ragu-ragu blog saya mendapat trafik yang fullaweh. I'm happy. Saya rasa puas. Eh cuba lah buat. Kalau korang rasa eh kau gila ke weh? Tak boleh kata apa lah. Nak ke tak nak. Haa pilih pilih.

Eh nanti kejap. Entri sebelum ni ada yang tersalah anggap. Maksud entri "IMPIAN TEKAD KUNJUNGI 300 BLOG SEHARI" adalah untuk tarikh yang tertera sahaja. Bukan lah hari-hari saya nak baca 300 blog kau tak beragak.

OMG ada readers kata ehh mula-mula tengok ingat kan blog Lisa Surihani. Kau boleh faham tak ? Saya terus tak ada mood dah. Habis lah macam mana ni? Okay lah babai dah tak ada feel nak update.(-_-)

T_T

Tuesday, December 21, 2010

Impian tekad kunjungi 300 blog sehari

Ini adalah anggaran yang kira dah awesome gila kalau dapat cicah ops cecah sebab selalunya seharian dirumah berhempas pulas, bersakit tulang dan akhirnya berputih tulang jika ada blog yang terlalu berat tak boleh nak gendong, eheh, tak boleh loading...*harus akur setimpal dengan kadar bayaran bulanan. Paling banyak sehari cuma dapat masuk 130 blog. Nampak tak siap kira? *Bersemangat rakus.


Kadar mengunjung 300 blog dalam sehari adalah di hari liburan sahaja. Jika di waktu sengang. Jika di waktu lapang. Jika di waktu yang harus bersengkang mata. Maka di waktu itu adalah masa berlibur tak payah tiket macam nak pergi Gold Coast ke Bali ke Vegas ke. Lupakan semua.


Okay cepat tikam.

Sudah tikam?

Mari kita lihat blog siapa yang kenaaa....Untuk pengetahuan semua saya akan mula memenuhi impian tekad mulai 23 Disember 2010. Sebarang sapaan, komenan, terjahan, lepakan, dan kunjung mengunjungi akan di jawab nanti. Babai for now ! T_T

Sunday, December 19, 2010

Haiseymen Lupa Lah !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buletin Utama.

Ececeh ada bakat jadi pemberita ni. *garu kepala geleng-geleng*. Tanda teruknya budak ni.
Dengan adanya diri sesuci ini yang selalu suka tukar alamat blog (baru 3 kali okay) amat bengang kerana RSSnya gagal di jejaki oleh pengikut/followers blog. Akibat tidak puas hati dengan tindakannya itu, dia bertindak menyepak dinding facebook memarahi orang-orang. *mari geleng lagi* Okay cukup.

Setelah bermusahabah diri seiring dengan peningkatan usia, dia mendapat durian runtuh dan sekarang menjadi seperti beruk mendapat bunga apabila berjaya membetulkan khilaf diri. Yes !

Haa...adik-adik, kakak-kakak mak mertua dan pak mertua nak tahu tak macam mana dia berjaya? Nak dengar cerita lagi takkkk....? Haa cakaplah kau sorang-sorang. Okay saya cakap sorang-sorang ye. Macam ni. *kesian betul. Hmmphhh !

Tak apa. Ada ubi ada batas. Tehee emo sorang-sorang apahal?!

Macam ni. Dengar ahh wehh !!!!!!
Kalau ada masalah macam ni korang pergi dekat dashboard lepastu settings lepastu Site Feed lepastu betulkan url baru korang dekat Post Feed Redirect url. Mesti korang lupa nak tukar punya. Mesti punya wehh.. Lupa macam saya. Tehee. Over tau marah orang lain. Apa punya musibat.

Okay dah itu aje yang saya tahu.
SEKIAN BERITA UTAMA TERUSKAN BERSAMA ASTRO. Haih?
T_T

Friday, December 17, 2010

Blog juga wajib assigment




Hari ni minyak sampan saya habis, nasib baik dapat tumpang kampung N I R LIFE JOURNEY. Syukurin. Sampai sana saya di kerah buat assignment. Comelnya tetamu kena buat assignment. Tehee.

Eh saya busy buat assignment ni. *tekun*.

Masih mahu mengekalkan tradisi turun temurun. Ketuk gong tanda ada announcement.
Gong gong gong ! Hoi orang kampong dengar sini. Hari ini saya mahu tarik sekalian anda join the club. Jangan malu jangan segan nanti lapar. Ayah selalu ingatkan tu. Maka kerumah orang bagi salam selamber masuk cari ruang makan. Ruang tamu untuk bersantai lepas jamu perut. Alangkah sopannya anak awak. =0

Objektif segmen ni untuk isi jawatan kosong. Haa tak payah resume segala.

Ada banyak jawatan kosong. Dalam organisation ni memerlukan ramai kaki tangan. Calon-calonnya...

1- Aku ‘Glamer’ – Yang rasa blog dia sangat2 glamer..

2- Aku ‘Meletop’ – Blog yang meletop habiss..!!

3- Aku ‘Dapur Hangit’ – Khas untuk blog memasak..

4- Aku ‘Berteknik’ – Khas untuk blog tutorial

5- Aku ‘Kumbang’ *

6- Aku ‘Black’ *

7- Aku ‘Bunga’ **

8- Aku ‘Pink’ **

* Untuk blogger lelaki

** Untuk blogger wanita

9- Aku ‘Bahagia’ – Untuk blog family..

10 – Aku ‘Buletin Hangat” – Untuk blog yang ber info, gallery dan etc..


Saya pilih..

2- Aku ‘Meletop’ – Blog yang meletop habiss..!!

Hah apa? Tak meletop? Baik (-_-).

Jom ramai-ramai join segmen awesome ni !!
T_T

Wednesday, December 15, 2010

Ain Atika's Biography

Hok aloh kau apahal doh bagi tajuk macam tu? Ehh wa tada hal ! T_T

Peduli apa ye tak? Sukati aku ahh. Kau sape nak alang-alang idop aku? Ahah! Nampak tak banyak short form kat situ? Nak kena bunuh dengan bapak ke? Ohh lelaki idaman I tu memang suka marah bila I sms guna short form, dikatanya I sekolah tak habis. Hallo ayah hello hello anakmu dah dimenara daging dalam bekal dan tinggal tulang setibanya di gading. T_T

Okay dah. Disini ada beberapa isi penting tentang dirinya. Eh tak boleh belah tak sebut diriku sebab malu cerita kat orang pasal diri yang serba salah ini. Haihh?? Kenapa begitu? Entah lah. Diatas permintaan Saudari Momochan saya mempersembahkan ! Eh bukan saya. Awak. *Ulang. Diatas permintaan Saudari Momochan awak mempersembahkan ! T_T

Date Of Birth
February 2nd 1990 - So she's twenty years old. Sweet twenty you ;)

Biography
Ain Atika Zailani is a twenty years old teenage maid / tukang cuci. She is the star of hit Maid Channel show Anak Mendapat Nur Memasak Untuk Seluruh Keluarga.

Place Of Birth
HBTAR Klang.

Birth Name
Ain Atika Zailani

Gender
Female lah hoi hoi.

Fun Facts
Ain Atika has naturally black curly hair.
Tapi sekarang dah bleach so dah tak hitam. Jadi putih. Ngeh ngeh ngeh. Tak tak. Jadi perang perang bila kena cahaya matahari macam anak mat saleh yang suka bogel lepas tu kulit gelap macam saya. Eh dia. Tehee.

Suka menyanyi menari berlari melakoni makaroni. Haihh habis semua perkataan memerlukan vokal 'i'.

Awards
Tempat pertama dalam anugerah anak popular dapat hamper pencuci pinggan mangkuk dalam Peraduan Tukang Cuci tahun lepas.

Filmography
Drama 'Anak Mendapat Nur Memasak Untuk Seluruh Keluarga'. Yang ini slot Akasia hari-hari tv 3 pukul 3 pagi.

Nick Name
Atika. Lah ni la dia pengasas Atika Beauty tu. Eh eh janganlah macam tu. =P
Kurang nak menyahut bila orang-orang memanggil Ain sebab dalam kepala hotak Atika. Tapi kalau nak panggil Ain kena sebut Atika sekali. Contoh weh Ain Atika sini sat. Haaa gitew !

Quotes
"Be your self always, there's no one better!"

Official Site
Disinilah. Dah tak ada site lain. Facebook under construction.

Eh momochan I tak perasan lah kena ada 25 perkara. I ada sebelas je. Tak tau nak cakap pasal apa dah. Nothing special untuk di kongsikan.

Tag

T_T

Monday, December 13, 2010

Dah tua mana boleh muda lagi

Engkau ni mengada betullah. Dah besar panjang rasa menyesal nak kembali muda. Alaa muda macam dulu dulu. Masa nak aiskrim minta emak, masa nak teddy bear minta emak *sekarang pakwe ada apa ada hal*.

Masa zaman comot kalau tak dapat beli gula-gula yang ada cincin dekat atas tu merajuk sampai buang-buang barang mainan permintaan sendiri keluar tingkap. Bila dah tak merajuk kutip balik lepas tu kena gelak dengan mak bapak.

Sekarang bila merajuk dah tak boleh buang-buang barang lepas tu kutip sebab ego seorang anak perlu di selaraskan dengan kedegilan. Kalau tak nanti kena gelak satu kampung. Sekarang nak merajuk kena sorok-sorok dari adik beradik kerana masih mengekalkan ciri-ciri kakak contoh terakhir. Kalau tak nanti adik beradik yang lain sibuk merajuk sama last-last semua tak dapat. Kempunan.

So mulai hari ini kena beri diri kesedaran dan cermin muka dulu sebelum menyamar jadi muda. ='( T_T

Help me keluar (out) !

Kerana pulut santan binasa, kerana tangan facebook binasa. Hati panas seperti mahu merajuk berlari anak ke bawah meja sebab tak dapat tukar nama indah di laman sosial. Tak tau lah kalau dia ingat aku yang sial sebab tu tak nak kasi tukar nama. Hebak muh hebak !

Ada siapa-siapa lagi yang ingin kedepan menghulurkan jari telunjuk bagaimana to help me out? I've been thinking about killing myself. Jangan sampai facebook diharamkan kerana kematian daku gara-gara tak boleh tukar nama. Aku memang tak suka jadi famous amos apatah lagi dalam newspaper. Kalau famous dalam majalah Remaja atau Cleo atau The Malaysian Women's Weekly atau boleh juga Cosmopolitan Wow (hebak muh hebak) tak pe jugak.

Kalau tak boleh jugak aku kena create (low) profile baru, dengan email yang baru dengan kesungguhan yang baru untuk tidak lagi bersusah-susah dengan berkesanggupan mencari solution mengapakah facebook berkelakuan begitu. Haiiseyman !!

Saturday, December 11, 2010

Both of you please stop fighting !

Eh bengang betul aku tumbuk jugak broadband ni kang ! Lembab nak mampus macam tak bagi makan walhal dah sumbat seratus hingget kat perut machine memproses duit yang tak keluar air gedegang tuh. Air gedegang ialah machine air yang bila masukkan syiling tiba-tiba keluar air tin tuh.

Ohh lepas masukkan duit tak keluar air tin tu terus cepat-cepat call bomba kata air tak keluar. Tak tak. Terus call center tanya ada bill tertunggak tak? Mamat tak tau handsome ke tak tu kata cik dah bayar tak ada tunggakan tapi ada balance. Hah kira orait lah tu. Lepastuh lepak kedai melahap barang secucuk dua satay, Ewah secucuk dua tak boleh belah, melahap bercucuk-cucuk satay lepas tu balik.

Sampai rumah perut buncit ala-ala bapa-bapa mengandung main laptop. Yelah ayah suka cakap kau ni asyik 'main' laptop. Kenapa main? Adakah laptop juga adalah katagori mainan? Kalau begitu saya rela membanting tulang membelikan mainan ini untuk 5 beradik. Satu setiap sorang. T_T.

Masa 'main' laptop aku memekak kata eeee bodoh lah broadband ni. Kau memang nak cari gaduh aahh kan. Hei broadband hei ! Tiba-tiba ayah datang kata hei both of you please stop fighting ! Whooah ?! Ayah mampu berkomunikasi dengan broadband mungkin. Aku terus bagi broadband muka curiga. *kening rapat*

Thursday, December 9, 2010

Perompak ! Gotcha !

Hai semua kecintaan beta. Kahkah. Aku nak sangat datang blog korang. Seronok gila sebab korang tinggalkan jejak. Kalau ada yang datang ambik bau je pun tak pe. Aku tak marah sebab aku tak tau kau siapa kalau tau siap kau.

Penat gila hari ni. Mata sebelah je bukak paksa diri tinggalkan wasiat kata hari ni aku tak dapat jalan-jalan pergi blog korang. Banyak jemputan ni. Takleh takleh kena pergi jugak. Aku kena booking masa nak pergi semua jemputan bagi adil. Baru boleh kawen 4. T_T

Okay bila kita nak jumpa blog ke blog? Esok lah. Esok malam aku free nak pergi rompak blog korang. Memang suka jawab soalan sendiri eh??

Engkau pun cepat-cepat kunci blog pakai mangga solex rantai besi segala tak kasi aku masuk. Tau dah. Gotcha!! Mampus ahh aku datang jugak !!! T_T

Tapi aku tak kan sekali kali mencuri entri ke apa ke dari blog korang. Nungkahh! Nehi ! No ! Tidak ! It's a Siska original. Blog daku pakai anti virus tak kasi menciplak nanti kena bunuh.

Tuesday, December 7, 2010

Yeh you're right ultraman !

Dari dulu, dari zaman muda-muda dulu, dari zaman cuci muka guna sabun lux dulu, aku memang tak pernah membiasakan diri tersenyum depan screen sorang sorang seperti sekarang.



Gambar terpotong kepala.



Muka lantak hengko lah!



Gambar terpotong kepala dua.



Dia cakap I LOVE YOU.

Aku selalu penuh berusaha membilang mengapakah banyak orang degil mengatakan aku lembut padahal gangster juga kuat nangis. Tiba-tiba emak lalu kat belakang kata kau apasal senyum depan screen sorang sorang macam tak ada kawan. Tiba-tiba aku sedih bila emak cakap macam tu. Ada ke patut?!

Yeh you're right ultraman ! Dekat rumah selalu keseorangan. =(

Monday, December 6, 2010

Eh kesayangan !

Bila larut malam tara ku cha cha...tara ku chaa.. Hallamak. Malam-malam berangan macam Saloma. Ni nak khabaq mai kat hampa. Tadi aku merangkak pergi blog blog baru yang datang. Jamu dorang makan Kenny Rogers Roasters! Hallamak tipu plak.

Ada blog yang aku belum sempat nak lawat. Ha tak pelah. Esok aku ada free. Aku datang ke blog semua yang sudi menjadi kesayangan, kecintaan, kecantikan, ketertawaan bersama ku di sini. Sekarang dah larut dalam air menjadi sebatian. Eh eh sekarang dah larut malam. Nak aku nyanyi tak? Haa tak nak tak pe. Aku nyanyi jugak. Bila larut malam tara ku cha cha...tara ku chaa.. Heh menyampah betul aku dengar lagu tu. Siapa nyanyi kat aku lagu tu aku tumbuk gigi dia ! Heh gangster nihh.. Okay lah selamat malam kesayangan!

Sunday, December 5, 2010

Weh korang meh sini jap! I love You!

Macam korang. Aku pun ada facebook. Batak gila budak nih.
Hari ni nak ajak korang berkawan. Harap korang nak. Kalau tak malu aku. T_T

Kepada followers aku disini dahku berjanji akan datang blog korang selalu. Soronok betul baca blog korang macam macam cerita dasyat. Aku pun tak terfikir idea macam tu. Otak korang boleh buat batu cincin daaa..

Readers yang nak berkongsi cerita dengan aku meh la follow belog ku terindah ini. Kalau nak bebel kat aku kau popet je kat kotak penalti aku sebelah ni. Nanti aku datang nak baca blog korang pulak.

Add la kalau malu-malu. Lepas add dah tak malu dah. T_T

Add Siska .


Friday, December 3, 2010

Tak gentleman ke lelaki menangis?

Fine. Tajuk yang kita akan bincangkan hari ini ialah as a state above. Femalas. Tak apa yang penting ada kerajinan mengupdate entri-entri baru yang berkualiti ke tak ke entah lah. Iklan kejap sementara cari mood entri ceria walaupun tajuk menangis.



MENANGIS TAK SEMESTINYA PONDAN

Kembali ke studio bersama saya. Tak boleh belah. Okay menangis biasanya sinonim dengan sifat semula jadi gadis. Kalau lelaki menangis kebiasaannya dilihat pelik. Susah nak tengok seorang jejaka menangis melainkan sebab yang begitu menyentuh di lubuk hati. Ececeh termasuk zon puitis pulak. Okay tak.

Jejaka. Oh jejaka. Sedap pulak sebut jejaka. I rasa macam penulis novel la you. Kahkahkah. Diam.
Okay I nak guna perkataan jejaka.

Jejaka boleh menangis sebab tangisan jejaka datangnya dari hati yang ikhlas. Kelakar pulak banyak sangat jejaka. Sekarang tukar kepada lelaki. Baru hemsem. Gentleman bukan terletak pada tangisan seorang lelaki tapi pada aspek mengapa lelaki menangis. Kalau menangis sebab perkara yang remeh memang nah ambek jawatan TAK GENTLEMAN.

Masing-masing ada cara yang effective untuk meluahkan perasaan yang mungkin terlalu lama terpendam. Mereka juga menangis kerana sifat semula jadi manusia yang mudah tersentuh dengan perkara yang membuatkan deria tangisan berfungsi.

Ohh kalau macam tu lelaki tak menangis tak ada deria tangisan lah? Betul. Okay mari menangis jejaka-jejaka hot/panas/sensasi.