Wednesday, November 16, 2011

Managing Strong Emotions


When mind is WEAK, situation is a PROBLEM,
When mind is BALANCE, situation in CHALLENGE, 
When mind is STRONG, situation become OPPORTUNITY.

Monday, November 14, 2011

Precious Moments - DPHSA

Hari ini saya rasa sungguh gembira. Semakin hari hidup lebih bermakna.

Mukaddimah pendek itu diharap cukup untuk beritahu anda betapa sempurnanya hidup saya kini. Cewah feeling macam anak Tan Sri hantar rombongan, atau menang nombor, atau pakcik menang motor. Ceehh sibuklah kau. 

Diatas sebab musabab yang tak patut pun anda tahu dan mungkin ada yang tak ingin tahu jadi saya tak payah bagitahu lah. Hihihihihihihihihihihi. Okay dah dah.

Tahu apa saya buat masa cuti? Saya bekerja. Jadi kakak sulong mesti tunjuk contoh yang paling baik. Harap bekerja di Hotel under Banquet dah cukup baiklah? MEMANG!

Dari situ saya belajar main fork and spoon. Pengalaman sedikit malu apabila saya blur, En. Zahir menunjukkan fork kepada saya lalu bertanya itu apa. Maka saya mula berfikir En. Zahir tidak tahu fork itu apa dan ingin saya memberi nama Robert kepada fork itu kah? Jadi saya telah tersilap sangka sebab tadi dia terdengar saya cakap spork bukan fork. Hahahahahahhaha. Ya bekerja sorang-sorang membuat diriku terasa bangang tersasul antara fork and spoon. Spoon and Fork = Spork. Ha mari gelak.. Hahahahahahahahahahahhahahaha! Okay cukup.

Anda bakal belajar bagaimana menggunakan fork and spoon, yang mana coffee cup kusangka mangkuk bubur,  yang mana tooth-paths ku panggil pengorek gigi sedangkan pencungkil gigi. Ish ish. Biasanya orang gunakan pengorek untuk asah pencil atau pengorek telinga atau pengorek hidung. Ya anda adalah seorang pengorek.

Selain itu anda bakal belajar sendiri bagaimana caranya untuk makan dengan sopan dan tahu juga membezakan cara makan di hotel dan kedai mamak. Anda juga harus belajar bagaimana menggunakan intonasi yang betul untuk meminta sesuatu dari waiters. Jika anda belagak 10 kali makan dihotel mungkin anda pakai coffee cup itu atas kepala semasa pulang nanti.*kata para waiters dalam hati. Hihihihihihihi=p
Bukan saja di hotel, dimana-mana pun kita tak suka cara orang sombong. 

En. Azizul lelaki sedikit gempal dan menghiburkan. Jadi tidak boring kalau bekerja dengannya. Sangat bagus dibuat teman gelak mengekek. Kalau mahu coffee cup melekat dikepala anda juga sila lah kenyit mata padanya, anda bakal dapat precious moment juga, lebam di biji mata kiri atau kanan. En. Pian lelaki yang sangat seronok untuk saya dengar dia beri briefing. Kekuatan suara yang tidak romantik itu terus buat saya takut untuk mengantuk. Ye semua encik-encik diatas sudah berkahwin dan beranak belum bercucu. Masih kacak jadi don't judge the book by it's cover mereka tampak muda padahal telah tua. Muehehehehhe. Haip haip potong gaji.

Kak Dieya, Ija, Izrin, Fifi, Anna & Daus, En. Khairul & Kak Aisha, En. Sopian, Anis, Jannah, Mus, Abang Man, Lan, Shahrul, Ieza, Any, dan semua yang molek-molek adalah gang yang happening. Sangat mengujakan perangai masing-masing. Gila-gila remaja. Takpe. Seronok bekerja dalam satu kumpulan begitu ibarat isi dengan kuku. Ehh?? Okay belum lagi. Baru nak tumbuh kuku daku nak berhenti dah. Cehh spoil lah kau ini. 

Jauh perjalanan luas pemandangan, cari pengalaman banyak kenangan. I'm gonna miss this moment !  Muchas Graciass !!

Wednesday, November 9, 2011

If you should love me, love me everyday, love me all the way

I love you.
Just the way you are.

aku suka cara kau tak berbasa basi buat aku rasa senang mahu baca kau;
eh gila, ada kawan segila ini pandai baca dan faham kau?-terimakasih;)

aku suka cara kau mana pernah kedekut pasal ilmu, jadi aku harus appreciate;
eh gila, ada kawan segila macam kau mahu tolong seorang bendul.-terimakasih;)

aku suka cara kau masa dulu-dulu yang aku langsung tak payah ragu kau selalu ada dengan aku;
eh gila, as you can see semua akan berubah, especially people.

i love the way you hold my hands, safe and secure.-thankyou;)


aku suka cara kau menguja aku with the magic fire trick and stupid riddles.
gelak macam esok tak boleh gelak dah, kau ni gila lah.
aku bukan macam ni kalau kau tak macam ni kau tahu? 
eh? sekarang aku salahkan kau padahal aku dua kali lima =p hahah!

aku suka cara kau ajak aku buat itu ini yang kita suka je,
eh aku macam tak ada kerja lain pergi layan kau, itu sejati;)


I love you.

Wednesday, November 2, 2011

Selesai


Aku bersyukur. Tidak pertikai.
Aku bersyukur. Tanpa merungkai.
Jalan Kau tunjuk membelah badai. =)

Tuesday, November 1, 2011

Kenapa Perlu Ada CCTV Dalam Bilik Tidur

Awak tahu kenapa saya begitu sinis mahu meletakkan CCTV di kamar tidurku? Bukan untuk melihat saya tidur nganga mulut besar-besar. Bukan untuk melihat saya seksi dalam bilik seorang diri. Bukan bukan. Ish apa ni fikir kotor tak molek.

Ini paling tak molek. Haa dah tinggal bilik molek-molek bila balik kenapa bilik serabai tongkang?
 Mari kita zaaasssssss!!!

Hiyakkk ! Dengan kuasa pisang emas 7 lapis bumi berserta keraknya !!! 
 Dia buka langkah kuda-kuda!
 Ini dia tumbukkan pisang emas dibawa belayar.
 Tinggal sebiji diatas peti. Kau buat Marmelade macam punching bag kau! Patutlah semakin hari kepadatan dia meleper. Macam panda salai.
 Hiyakk! Kau golekkan dia? How dare you?
 Sedang tiru aksi The Rock is Cooking (batu sedang masak).
 Okay mari patahkan tengkuknya! Guna skill pisang emas dibawa mati!
Pisang kuning cukup masak siap jalankan tugas tuan !

TERIMA KASIH KEPADA PENYELARAS SENI "PHOTOGRAPHY TAK SENGAJA" M.Hafizi kerana telah terkantoi photo ini semua dalam kameraku. Kantoi juga kau guna camera Kak Ika without my permission tapi Kak Ika tak pernah perasan sebab lepas guna kau pandai letak tempatnya balik tanpa kesan mencurigakan dan delete semua gambar itu lepas kau transfer semuanya ke laptop yang juga milik Kak Ika. Apa lah Izi ni. Jadi, ciss kamu berdua !