Sunday, July 20, 2014

Dila Kahwin

Assalamualaikum.

Neh dia punya pemalas nak update blog, sehinggakan peristiwa itu telah ditelan zaman. Walaubagaimanapun kesedaran baru saja singgah dihatiku dan meronta ronta memaksa aku terus duduk dihadapan komputer riba dan inilah dia jeng jeng jeng! 

Tajuk besar : DILA KAHWIN.

Jap jap apalah makna sebuah blog tanpa gambar. Mari.



Dalam perjalanan ke Masjid ya semuanya. Muka senyum haruslah control ayu mana tahu ada jodoh melekat di masjid untuk yang 4 orang lagi dari kanan tu.


Dah isteri orang. Dah. Paham ke tak dah?


Kat mana mana semua aku nak selit asalkan nanti bila reviw semula gambar gambar aku mesti kena paling banyak. Mesti. 


Awek baju pink ni namaya Ros anak paakkciikkk. Tetiba pendekar mustar. Inilah kecik. Kawan sekolah kitorang. Kalau korang percaya ada kisah teman sejati, dia ni boleh aku buatkan contoh. Sanggup sebulan dua kali dari Kedah mai Shah Alam. Gua bangga beb. Tapi gua tak boleh dibanggakan. Sampai la ni gua tak sampai sampai lagi Kedah nun. Jauh dia bak ang. Berikan tepukan untuk kecik. Hidup kecik!! Dan tepukan sebelah tangan untuk aku. Hidup aku! Hambar.


Time gini terjumpa balik kawan kawan lama kekasih kekasih lama. 


Flower girl.


Oh time ni kitorang beristi rehat.

Dek kerana aku nak cepat nak amek mak aku. Taip pun kelam kabut please take note dua gambar kat bawah ni masa Dila Tunang.




Pandai Dila main acah acah. Dah macam terencat muka memasing aku tengok.



Terakhir sekali bahagian penutup aku sajikan sekeping gambar Dila dan Tam. Dua dua labu sayung ha elok lah tu. Hahaha. Okay bye emak dah tunggu.

Thanks for reading ;)

Thursday, July 17, 2014

Ain Atika Zailani adalah seorang Photographer

Hi Assalamualaikum.

Eww pelis lah tajuk. Haa lama dah tak update blog. Pemaleh betul la engko ni Tika. Hihihi diamlah korang.

Tahukah korang bahawasanya aku adalah seorang photographer. Tahukah korang aku mempunyai sedikit bakat yang dikurnia Tuhan untuk menghasilkan gambar stylo untuk hari hari penting dalam hidup para pengantin diluar sana atau didalam sini. Ah tak baik berhidung tinggi Tika.

Baiklah mari sini aku nak tunjuk beberapa bakat yang bukanlah pro sangat honestly tapi dengan kejituan yang tinggi aku berusaha nak jugak dapat snap gambar yang cantik dan berkualiti. Fuh berdebar nak tunjuk kat korang hasil tanganku dan partner.





















Ha macam mana? Korang rasa okay tak? Kalau korang masih mencari photographer dan percaya akan bakat yang daku ada marilah hubungi aku ditalian 013 3434739. Korang boleh whatsapp aku untuk dapatkan quotation.

Kiss kiss!