Wednesday, October 23, 2013

Lelaki

Assalamualaikum.

Hallo! Dalam keheningan malam, angin dingin dari celahan kipas meniup rambut lalu menyapa muka ku. Seriously kau kenapa kan. Padahal cuma rindukan coolgiggles. Ya, coolgiggles ini. Yang sepatutnya setiap hari mesti disuap perihal kehidupan seorang gadis ahakss. 

Sejak akhir akhir ini aku dapat rasa yang aku macam tak percaya dengan tindak tanduk diri sendiri. Betul ke apa yang aku putuskan. Hah ni bukan kes putus cinta ke apa okay. No no no. Ni cuma pasal keyakinan jalan hidup dengan scenario sekeliling. Contoh, bila kau dah nampak benda yang kau tak sangka berlaku tapi sebenarnya memang berlaku in real life, apa yang kau fikir? Automatically, eh seriously kenapa boleh jadi camtu kenapa camni? Dia macam tetiba bertukar spesis. Trauma/takut/ngeri/berhantu/puaka kalau perkara perkara yang tak sangka berlaku tapi berlaku in real life tadi dihadapi oleh diri sendiri kelak.

Bunyi macam seram tambahan lagi kalau kau dalam situasi omaigod kau bakal menjadi milik seorang jejaka dalam masa beberapa minit/hari/minggu/bulan/tahun. Aku berkawan dengan mereka yang berpengalaman. Cerita beliau beliau tu pula macam nak bagi bedtime story tapi scary. Katanya orang lelaki ni, sebelum kau kahwin ewah lembut gigi dari lidah, lautan api sanggup ku renangi, bintang dilangit sanggup ku petik gitew. Tapi dah kahwin aje kau tunggu. Kau akan tahu siapa aku yang sebenar. Kihkihkihkih. Tetiba imiginasi oh tak indahnya perkahwinan. 

Walaupun begitu aku tahu bukannya semua orang macam tu kan? Jadi sekarang nak cari kawan yang bedtime story dia ada happy ending. Hahaha. Nak brainwash minda ni supaya tak nyanyi lagu yuna lelaki tak guna. Sebetulnya aku amat yakin sekali lelaki sangat berguna dalam kehidupan. Hargailah seorang lelaki. Eh? Akan tetapi harus beringat, moto hidup never say never mesti selalu disemat rapi. 

Okaylah. Have a good life ya!

No comments: