Monday, October 3, 2011

Antara Perkara Yang Akan Dirindu-rindu Sampai Lanjut Usia

Bagaimana ingin mulakan? Pagi buta begini sepatutnya saya membuai mimpi dan mengigau drive kereta tapi kayuh macam basikal (bladi hell!) dalam mimpi, tapi saya curi-curi menggunakan laptop (kepunyaan sendiri) untuk memberi sahur pada hotblog ini. What HOTBLOG? Baldi hell! Baldi hell!

Saya telah penat lelah mentelaah buku-bukuan yang mengandungi banyak gila nombor (ahh jiwa kacau). Asal nampak nombor saja mesti jiwa kacau. Padahal bukan suruh kira pakai sampoa atau mancis lidi. Tak suka betul. Kalau tak dapat jawapan muka macam pakai masker treatment. Lepastu guling-guling atas katil dan nyanyi lagu indon penuh feel. Lepas tu baru rasa "I Feel Good.." DIAM KAU NTV 7.

Mummy pesan kena focus, jadi saya focus tapi focus pada nombor yang kira berapa hari lagi hendak pulang ke Shah Alam sebab rindukan makanan mummy padahal rindukan bilik yang selesa damai sebab boleh tonton movie dengan aman damai feeling macam kat TGV KLCC. Lagi satu tak sabar nak tengok BINI-BINIKU GANGSTER dengan Freddy Wann juga Enchek Fizei dan siapa-siapa yang nak ikut. "Hek eleh apa ke benda minah ni nak tengok cerita ni" kata korang dalam hati.

 Harap korang semua tak tengok senyap-senyap sepanjang ketiadaan ku di sana.

Menunggu masa menjawab paper sangat lambat sehingga terfikir mahu berbalas pandun dengan Yaya (tapi tak bagitau dia sebab nanti dia bantai gelak kata saya buat lawak padahal saya serius) dia sampai tak nak cakap bahasa melayu sebab asyik kantoi terkeluar perkataan sastera contohnya seperti "kesinambungan".Dia yang gelakkan diri sendiri cover malu tersasul macam tu. Hishh buruk perangai. Study dengan Yaya dan Ijan sambil gelak-gelak padahal paper lagi satu hari. Korang gelak meriah gila padahal aku tak buat lawak. 

Chat online dengan kawan tah siapa tah sambil gelak sampai mengalir air mata pastu tendang-tendang meja. Anda tahu chemistry itu kuat kalau perbezaan umur dan wajah ketara tak seimbang tidak menghalang perkongsian lawak bangang. Fauzi dalam hati kau macam "sial cakap aku lah tu haha" kau tua bujet muda sebab kecik. Bila on the phone dua-dua bantai gelak hingga muka jadi berumur.

Bila bosan-bosan takde kerja nak buat bersembang dengan kucing tentang politik. Kalau bosan juga guling lagi atas katil macam beruang gempal dan miming lagu hindustan dengan asyik.

Dan akhirnya sudah azan subuh. Sila berhenti bagi makan. Tunggu lah beberapa hari lagi untuk berbuka wahai HOTBLOG! Argghhh BLADI HELL!!!!!

2 comments:

Nani said...

selamat study... hehehe..

chunna said...

sluber ya ya. comel blabi hell! haha