Sunday, December 25, 2011

Listen to your daddy

Saya ada satu perkara yang saya sangat teramat paling suka gila bapak. Ya saya masih 21 tahun. Tapi saya disini bukan untuk beritahu anda bagaimana nak aturkan majlis kahwin untuk orang tua pula. 

Saya nak beritahu setelah diberitahu oleh bapaku yang satu saya mesti menjadi contoh yang baik kepada adik adik yang tahu erti duit tapi tak tahu macam mana nak cari tuh. Alahh yang suka mintak mak ayah kakak abang 50sen untuk beli aiskrim pop yang kakak kau ini pun boleh buat tuhh.

Jadi kakaknya yang perlu kerja untuk belikan adik adik ku aiskrim pop. Eh bukan bukan.
Jadi kakaknya yang kena rajin bekerja untuk jadi contoh kepada mereka. Ya saya adalah sample, example dan display untuk adik adik. Supaya mereka tak sewenang wenangnya mengganggur pada umur muda.

 Lihat kakakmu yang muda ini (wuwuuu) rajin membanting tulang reput untuk tak minta duit ayah kita yang kurus ituh sebab anak anaknya asyik teramat suka gila bapak mintak duit jajan. Kalau dulu nak minta duit ambil saja syiling untuk bayar tol dekat poket kereta bapa. Tapi sekarang tak nak pegang duit syiling lagi takde kelazz la ayah. Tak kan nak bayar bil talipong pakai syiling yah. Apa ni yah.(-___-)*hentikan muka seposen kau hentikan!

Jadi untuk tak membebankan orang tua kita, orang tua ini iaitu saya yang tua bangka ini kena selalu cari peluang untuk bekerja sambilan dan sambil sambil tu habiskan duit sendiri pula eh eh kita perlu menabung juga. Ingat tu adik adik, menabung untuk beli rumah. RUMAH BESAR GILA BAPAK.

Dan sekarang ini saya kena bersiap pergi kerja. Nak beli RUMAH BESAR GILA BAPAK. CEPAT SIAP !

7 comments:

cimon said...

menabung tu penting sgatX2...especially utk menghadapi fasa peralihan antara belajar dgn bekerja, coz xsume graduan bertuah dpt kerja segera selepas menamatkan peperiksaan akhir di universiti.

p/s:bagus pemikiran kamu, tabahkan hati utk menjadi contoh buat adik2 (^_~)

p/s/s:jgan lupa utk kekal memberi nasihat, bercerita ttg harapan & pengalaman2 yg membina kpd adik2 agar dpt sentiasa membakar semangat mereka (^v^)

p/s lagi:tetapi jgn tunjukkan penat kamu menyara mereka belajar coz ia akan membunuh semangat mereka(@_@)

ILA HonEyBuNNy said...

selamat bekerja..hehehhe

ingat pesan ayah..ehheheh

eiyzniey said...

Hehee..smoga trcpai cta2..
Nk bli umah bsau ......
:)

♥CIK SHA♥ said...

kakak memang contoh untuk adik2 kan? so, jadi kakak yg hebat tau! ehehe..^_^


btw, thanx dtg bertandang kat belog busuk saye tu n drop a comment kat chatbox..ehehe..ade je tmpt nk commentnye..yg gmbr postbox tu..^_^

Miss Anne said...

btul tu..menabung utk future memang penting sgt..kata nak rumah besar gila bapak kan :P
tapi yg penting,kita enjoy dgn apa yang kita buat..

so, all the best and good luck to you!! :D

Mr.Clive said...

umur muda sekarang mungkin tak terasa sgt kalau xmenabung.tapi satu hari nanti,itu adalah kemestian.bukan kehendah yer. selamat tahun baru :)

Chegu said...

niaty yg baik insyaAllah, akan dipermudahkan segala urusan. buat baik kat mak ayah, insyaAllah, berganda balasan kite dapat t. selamat bertahun baru 2012..hehhe