Hello! Homaigaaadddddd!!!! Tau tak apa perasaan I sekarang? Suka/seronok/gembira/teruja bila tiba-tiba dapat call bekerja di satu department dengan Aini Adilla! Bestfriend hingusan I tuh. Ingat lagi entry convo ku? Yes, jika ingat bagus jika tak sila ke sini.
Lepas berangan nak sambung belajar bersama, nak convo bersama, pastu nak kerja di satu tempat yang sama, tanpa dirancang dengan serius, rupanya Tuhan dah rancangkan dengan begitu serius dan kemas maka angan-angan hingusan ternyata jadi kenyataan. Exited gila hoiiiiii!
Yang paling tak percaya tu, tarikh kitorang start bekerja rupanya sama. I mean dia start kerja 10 December 2012 and I 10 January 2013!! Dan sekarang korang tengok ni, I punya date of birth 20.02.1990 (okay I nak celebrate kat TGI Friday, pastu nak Mac Book Air dengan I phone 4s mueheheh!) dan Dila 21.12.1990 its a unique number! Betul I tak tipu kita memang takde plan nak keluar dari perut ibu pada tarikh yang unique macam ni. Betul ni kita tak tipu.
Pastu kan tadi kita plan esok nak bawak bekal ! Boleh faham tak? Awak ingat kita nak pergi sekolah ke? Bahahaah! Cute gila kau nih ajar aku bawa bekal. Tapi okay jugak tu. Jimat. Budget 2013 bahahah!
Okay sekarang nak tidur! Kroikhh!!