Wednesday, March 10, 2010

Si Gila Gambar

Betul-betul terasa nak lari balik rumah. Dah tak tahan lagi nak balik jumpa adikku yang tersayang. Walaupun dia macam tak sayang sebab selalu kena marah tapi lantak lah. Peduli apa. Heh~~




Alamak Ezany. Sumpah kau comot. Bukan main susah mahu beri kau makan. Emak memang sudah surrender dan angkat bendara putih nak kejar-kejar kau lagi. Maka giliran kakak ika yang kena kejar kau pula. Teruk betullah.=(.. Ezany seorang adik yang suka bergambar. Teringat semasa dia menangis sebab lengan dia gatalgatal dan sudah banyak cara memujuk tetapi tidak diam juga. Tiba-tiba terfikir untuk tangkap gambar dia menagis. Boleh tak time tangah menangis dia stop untuk senyum dan kemudian sambung menangis semula.. Haihh~




Bila di offer tangkap gambar baru dia nak datang dekat. Peluang itu saya gunakan untuk sumbat mulut dia penuh-penuh dengan nasi impit dengan sup ayam. Impit ke himpit? Tak tahu eja lah. Sory.. If salah mohon betulkan. Dan kanak-kanak kat belakang tuh pun tersengih-sengih muka macam minta nak join. Hahaha jadi saya pun ajak lah meraka untuk bergambar bersama.=p..Mereka tu pun di kalangan ahli keluarga juga. Saudara yang belah mana-mana pun tak tahu. Sebab tak selalu jumpa. Yang baju pink tu adik saudara;Aina.











Pada hari perkahwinan Cik Herol ni barulah dapat jumpa saudara yang dah lama tak berkumpul. Tak ramai yang saya kenal. Tak ingat nama tapi muka ingat sikit-sikit. Ada tu saudara lelaki yang umur sebaya adik saya panggil saya adik. Tak faham betul. Mungkin badan dia lebih besar dari saya. Dan saya kelihatan kecil di matanya kot. Uiishh nampak muda juga lah saya ni ekk? Pheeewwitt!!~ (hihi ayat perasan). Itulah rajin sangat berkumpul sampai yang mana satu adik abang kakak makcik pakcik nenek atuk pun dah tak tahu dah. Straight to the point sebenarnya nak ucapkan syukur je dianugerahkan sifat awet muda. Heheh~ Mohon Ira jangan marah. Ira adalah adik perempuan saya yang kelihatan lebih tua dari saya. Dengan itu dia meminta nasihat saya BAGAIMANA INGIN KURUS? Saya memang tak ada jawapan untuk itu.. Perbezaan kami adalah badan saya kelihatan lebih kecil dari dia. Muncung dan bengang bila dia di agak sebagai "kakak". Waahahah..~




Mendapat seorang lagi makcik dan bertambah bilangan ahli keluarga. (Rambut aku over la plak). Macam zaman pop 60an.




From left : Nurul Nadzirah (Ira), saya dan Mohd Ezany.


1 comment:

Unknown said...

comel ezany tu..huhu