Thursday, November 15, 2012

Sejak Dua Menjak

Alamak apa yang aku cuba nak cakap ni? Apa? Apa? Aku sedar akan beberapa perkara aneh terjadi kepada diriku sejak akhir-akhir ini. Meh aku listkan.

1- Tak nangis bila tengok filem/drama sedih. Tengok orang sebelah meleleh ayak mata nah kau tisu bakul-bakul tapi apasal aku macam bongok je tak nangis. 

2- Aku pun dah cuba nak berjimat-cermat tapi apakan daya selagi ada duit selagi itu ada perbelanjaan lepastuh rasa sesal omaigod why why???? baru boleh macam orang sebelah nangis bakul-bakul.

3- Rasanya macam cacat pendengaran ke hape ke aku pun tak tau lah kan. Pasalnya apa yang emak dan ayah cakap macam masuk telinga kanan keluar telinga khiriii!!! Contohnya emak suruh, "Ika lipat baju" tu aku pergi duduk depan telebisen nengok raja lawak. Pastuh contoh lain, Ika pergi kedai jap adik takde kat rumah mak nak masak ni, aku dok pergi dapur basuh pinggan. Ayah plak mintak tolong transferkan gambar eksiden dia haritu kat dalam pendrive, tapi aku kata kejap ye yah, masuk dapur panaskan nasi goreng duduk depan telebisen makan nasi goreng iteewwhhh sambil nengok berita. Aku rasa macam kerek je tindakan aku tu. 

4- Dah cukup! Tu je!

Eh kenapa emo? Bahahahaa! Tetibe dodok dalam bilik sensorang mehasabah diri alhamdulillah sekarang dah sedar tindakan semua diatas dah menyalahi rukun hidupku. 

Lepas ini harus lebih nangis mengalahkan orang sebelah biar orang sebelah plak rasa bongok nengok aku nangis. 

Kenalah belajar kedekut pada diri sendiri. Ya kawan-kawan dengar tu pada DIRI SENDIRI! Jadi semua masih berpeluang untuk dibelanja oleh ku!! -__-

Buat lah perkara yang disuruh ibubapa saja. Kalau kawan suruh belanja? Okay tak boleh sebab bukan ibubapa. Bahahahaha!

3 comments:

Liquid said...

hahaha incek liquid pon kene blajar berjimat untuk diri sendiri neh. sape2 nak blanje tu feel free to do so oke hahaha

Ain Atika Zailani said...

Heheheh betul3!

cimon said...

Berjimat-cermat utk masa depan. (^_^)

p/s: mengambil perhatian itu perlu. (^_~)