Monday, August 13, 2012

Wish Oh I Wish

Hai You olls! I nak bagi tau nih. I loss my weight! Tapi I tak begitu gembira memandangkan bentuk tubuhku bukan seperti super model yang ku dambakan bahkan seperti orang lidi. Kesian. Walaubagaimanapun belum terfikir minta orang ramai dermakan lemak lemak sihat kepadaku. Jangan risau. 

Kini semuanya longgar-longgar belaka, baju kerja, baju raya, seluar paling obvious, nasib baik baju kecik dan seluar kecik maintain.(-__-). 

Mula-mula dah set in mind tahun ni tak payah beli baju raya banyak sangat, tak payah tukar handbag, tak payah beli kasut baru, tak payah tak payah. This is my wish for this year! Yes only for this year! Tapi rupanya ayah ajak kita kita satu family shopping kat Jalan TAR buat pertama kalinya seumur hidup. Boleh faham tak? Bertandang dari satu kedai ke satu kedai nampak Cotton Maxi Dress, dalam hati kata takpe, belilah satu. Memandangkan hanya RM85 I tak fikir dengan begitu panjang terus beli sebab sebelum beli abang tuh panggil kitew adik mari tengok dik baju cantik-cantik, bila I dah bayar tetibe terima kasih kak datang lagi. Oh rasa nak cancel tak nak beli kat dia nak beli kat orang lain T__T.

Malam tu kita sambung shopping kat Jalan Taiping, Klang dengan niat yang baru tak kan beli lagi sudah cukup cukup!! Hanya teman adik perempuanku cari baju kesukaannya. Jumpa! Tapi dia macam teragak-agak cantik ke eh? Mungkin dia tak berapa sukakan warna itu. Dalam hati I hanya Tuhan yang tahu betapa menyesal membeli tak fikir panjang, kat sini baju raya cantik-cantik woh! Takpe I terpaksa control perasaan yang kian menebal tu. 

Kat rumah, Ira kau jual kat aku lah baju tuh cantik lah ;p hehehehhehe. Dengan harapan dapat diskaun adik beradik. Ira pun tak fikir panjang, nah bak duit takde diskaun baju baru belum rasmi. Kecewa tapi masih bayar RM165. Nasib baik kita berdua sama saiz. Dia beli baju lain yang lebih dia suka, sama pattern tapi red color. Pastu Ira shopping beli new Momoe Handbag sebiji yang I minat dua bulan lalu tapi I masih tak beli sebab mahal RM115, masa tu takde diskaun dan rasa tak perlu lagi. Kini, duit Ira dah habis shopping segala dan dia gadaikannya kepadaku. Dan sekarang, beg itu bakal menjadi milikku. 

Cukuplah dua pasang baju dan handbag. I harap Ira tak beli yang bukan bukan dan jualkannya kepada ku lagi. Semua ni godaan!!! I can't control my self!! I CAN'T!! 

Okay dah. Semua dah paham apa perasaan aku.
T____T

3 comments:

che'pi said...

Tahniah dapat kuruskan badan... :)
Bab shopping ngn wanita ni .. mana leh seperatekan... standard ... hahaha jangan ngelat... hahaha

cimon said...

Hik3. Ramai sgat orang kat Jln TAR tuh, nk memilih pun payah. Tahniah sbb da kurus walaupun bukan supermodel.:p

p/s: senang2 upload arr pics juadah berbuka pose or menu ari raya ek. Tq.

p/s/s: selamat bertarawikh dan berpuasa. Tahun nie dpt lg duit raya ke?

(^_^)

ascil.punye.lah said...

wahhhh ain,kurus okay lettew.kita je tak kurus kurus.btw,perempuan mana je yg tak suka shopping kan?tapi kena pandai control lah,beli bila perlu aje. ^^