Thursday, May 20, 2010

bantalbusukterhebat!

Entri kesayangan saya. BANTALBUSUKTERHEBAT. Cetusan hebat dari beberapa sumber. Jadi mula mula saya nak bagi some advice untuk segelintir, sesetengah atau sekerat, sepotong pun boleh seperti yang sesuai dengan mood anda sekarang untuk tak perlu rasa malu hanya kerana sekeping bantalbusuk yang usang. Inilah karung gilang gemilang dan hanya orang macam kita ada. Kita kena banggalah. ahaha.

Here i want to share some secret about my "smellypillow"..Yang cukup digeruni oleh kawan tersayang. Tak sedih. Sebab dah jadi lumrah manusia ni tak suka benda yang busuk busuk ni. Walaupun saya dengan bangga nyatakan kat sini bantal saya wangi. hahae..=)

Tuduhan mereka : 1. Bantal kau dah macam karung emas. Okay.
2. Masuk bilik aje bau susu basi. Okay.
3. Bantal kau boleh buat muka aku tumbuh jerawat. Okay.
4. Boleh buat senjata kalau ada orang kacau kau juga. Okay.
5. Habis hilang semua apa yang aku baca tadi. Okay.
6. Dari jauh nampak macam batu. Okay.
Chupp!! Bass Karoo!!
Tak apa. saya tak marah.

Don't ever judge the book by its cover. There is something you must know about my smellypillow. Adik saya sendiri cakap "Aku tak nak bunuh diri dengan bantal busuk kau" ceeitt!! Tapi saya nak tegaskan disini bantalbusuk buat anda tidur lena sampai tak nak bangun. Dan seperti bercinta walaupun girlfriend/boyfriend you all tak cantik/hensome. You all tetap akan cakap wahh cantiknya awek aku macam Preity Zinta atau wahh hensomenya pakwe aku macam Shah Rukh Khan. Walhal, faham faham sendirilah. Seperti itu juga sayang dan kasih terhadap bantalbusuk tak berbelah bagi gitu.

Sengaja tak nak aibkan bantalbusukterhebat dalam entri kesayangan. Jadi tiada photo as a sources. *segan nak tunjuk.



Penangan BANTALBUSUK sangat menakjubkan. Betul lah.



Kau tengok ni. Dah cakap dah.

Ada beberapa tabiat yang dah lekat sampai la tua ni ha. Mencium dan menggentel.
Tak tahu lah mana satu. Pilih la sendiri. Walaupun karung emas dah lembik sampai dah tak ada isi sebab sarung bantal rapuh gara-gara terlalu setia dan tak nak berubah hati kepada bantal yang lain. Pada sesiapa yang baru nak berjinak jinak tu tak payah la ye? Rentikan laaa.. Nanti menyesal. Sekarang saya sangat sukar mencari penawar penyakit tabiat ni. Weee~~=)

2 comments:

Fatin Idora said...

ya, ini lah entri kau paling hebat!
superb arh..

hahaha, yeah hidup karung emas!
kau tgu post aku nnt.
zassssss ;)

Anonymous said...

hahah...ok..aku tunggu dengan penuh debaran!!