Tuesday, May 4, 2010

Tips mudah senyum

Hari ini tiba tiba terasa macam nak bagi motivasi dekat diri sendiri. Setelah beberapa abad mengolah buah fikiran, maka terdetik lah rasa macam nak kongsi rahsia buah fikiran ni. Disebabkan muka saya yang macam susah nak senyum (sebenarnya bukan susah, tapi macam tak ada orang nak senyum dekat saya pun..*touching), saya rasa perlu mengubah kedudukan urat muka dan rahang bagai. Haih.. Kebelakangan ini, ada yang tegur saya nampak garang. Tapi sebenarnya tak. Saya sangat baik. Betul ni. Saya sombong? Tak. Saya sangat pemarah. Silap. Peramah.. Trust me! You will never regret it! Wahh...Dah lah.

Oleh hal yang demikian, saya bagi example lah. Tiba-tiba teringat dekat Wahyuni, kawan kampus. "Bang boleh tengok example handphone tu tak?" Ok guna example tu macam pelik. Tapi sumpah kelakar kalau dia yang cakap. Macam tak ada benda lain nak fikir. Bagaimana pun dia sangat bijak untuk gunakan *SAMPLE atau DISPLAY sebagai kata seerti paling sesuai untuk EXAMPLE.. Ahaha.. Ok cukup.

Ini lah example, sample dan display untuk anda. Sememangnya peramah.



Adik adik cakap nampak macam natural beauty macam ni. Ok nampak tak word *macam tu? Nak mintak belanja tu. Tahu. Jika diteliti riak wajah diatas tolong lah akui bahawa saya ada ciri ciri seorang wanita. Dan saya juga sudah kenyang.

PROCEED ;

Kita sedia maklum bahawa senyum dan ketawa merupakan senaman berbentuk joging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Jadi, setiap hari bangun tidur mulakan hari anda dengan senyuman. Kalau nak gelak terus pun boleh. Itu pun kalau tak ada rasa bersalah lah. Dan lokasi yang paling tepat untuk gelak sebaik bangun tidur sebaik-baiknya di dalam bilik tidur anda. AWAS. Anda mungkin di anggap mengigau jika berkelakuan pelik sebegitu di khalayak ramai. Tidur sambil ketawa adalah pengalaman paling pelik dalam hidup saya apabila satu malam bersama yang tersayang.*preety zinta. Bukan nama sebenar.

Tambahan lagi, apabila kita senyum badan turut tersenyum kerana menganggap kita gembira.

Tip mudah senyum :

1. Gosok gigi setiap pagi.
2. Tarik pipi anda panjang-panjang.
3. Geletek perut anda sendiri.
4. Anggap diri anda seperti tidak normal pada setiap kali anda perlu senyum.
5. Apabila berjumpa dengan rakan yang tak berapa rapat, datang dekat dia dan gelak aje secara tiba-tiba.
6. Perhatikan rakan anda tidur. Selalunya dia akan mengigau pada sekitar pukul 4-5 pagi.
7. Untuk penggunaan jangka panjang, sila record aksi tersebut untuk buat anda ketawa keesokkan hari. Sepanjang hari.

Tips ini yang saya buahkan untuk waktu waktu seperti ini. Tentu ada yang tertanya tanya kenapa gosok gigi setiap pagi boleh buat seseorang tersenyum. Ok sekarang saya akan cerita satu persatu. Sebenarnya, secara tidak sedar kita mempunyai habit suka senyum seorang diri. Contoh, untuk memulakan hari anda, anda bangun dengan malas untuk ke tandas dan menggosok gigi. Ok sekarang ikut step ini; Buka mulut luas. Dan sebut eeeeeeeeeeeee... Ok mula gosok gigi sekarang.. Faham semua anak anak?

Tips kedua ini khas untuk pesakit kritikal. Jika keadaan memaksa sila tarik pipi anda panjang panjang untuk membuat orang sekeliling anda rasa bahawa anda sedang dan suka senyum. Macam peramah. Walaupun sebenarnya tidak. =p Tindakan itu mungkin menaikkan market atau saham anda yang selama ini jatuh gedebushh!

Pada hakikatnya, kita memang siuman. Tetapi untuk memuaskan hati semua pihak adalah baik jika kita berasa macam kurang siuman untuk menampakkan kita betul betul ikhlas memberi senyuman.* plastik. Tapi sebaik-baiknya ikhlas.

Tips kelima ini ditujukan kepada sesiapa yang mengecop anda sebagai sombong dan garang. Jika kebetulan anda berselisih dengannya, adalah lebih baik anda datang dekat dengannya dan gelak secara tiba-tiba sambil memuji-muji bahawa baju dia sangat cantik walaupun pada hakikatnya baju itu buruk nak mampus dan memang tidak cantik langsung.

Bukan disebabkan insomnia anda tidur lewat. Tetapi untuk mencari bahan senyuman anda pada keesokkan hari. Tips keenam ini sangat mujarab kerana saya sendiri telah cuba. Hhehe..=)

Selepas anda berjaya menyempurnakan tips ketujuh. Thumbs up!

3 comments:

fatin idora said...

yeah, terima kasih dia atas tips anda.
sangat menakjubkan!

Ain Atika Zailani said...

kehkehkeh...khas untuk diri saya lah..tapi sem ni tak dapat nak cari bahan untuk assigment semyum meleret leret..=p

Nurul Adilah said...

Sejak mengikuti tips akak Ain,saya mudah nak senyum.Terima kasih kerana info yang berguna,akak comel. =)