Tuesday, August 31, 2010

Mari pompuan pompuan yang dicintai

Antara kekasih dan sahabat. Kau pilih yang mana? Mestilah kekasih. Kononnya dialah hidup dan mati. Cuma dialah yang ada diwaktu susah dan senang. Habis sahabat yang dah berhempas pulas untuk kau selama berkawan macam mana? Dialah yang yang dengar cerita sedih kau, bagi kau nasihat, bila kau minta pendapat dia bagi lagi. Bagi bagi bagi, semuanya dia bagi. Dah macam macam cara ni nak buat kau happy tapi kau ada cuba ke nak happy kan dia pula? Tak adil.

Ehee =p.. Emo pulak. Okay tak payah nak emo emo kat sini nanti orang benci. Mari semua pompuan pompuan diluar sana. Moh kita buat sikit analisa tentang kekasih dan sahabat.


KEKASIH



1. Ada kereta. Nanti nak keluar tak payah susah susah naik bus buruk. Kena tambang lagi. Membazir, hidup sebagai remaja ni kenalah berjimat cermat sebab mak ayah kasi duit cukup cukup untuk sebulan je.

2. Bila ada masalah itu ini cerita je kat boyfriend. Mesti settle lah sebab kena pujuk rayu kata kata sayang. Tak apa I ada dan I akan selalu disisi You.

3. Lagipun kau nak hidup dengan dia bukan dengan orang lain. Jadi kau kena jaga hati dia lebih dari segalanya.

4. Terhutang budi lah dengan dia sebab dia banyak tolong kau. Banyak gila macam dah 10 tahun bersama. Kau tak boleh sekali kali batalkan janji kau dengan dia. Nanti dia merajuk.



SAHABAT





1. Rimas ramai ramai. Bising setiap masa. Yelah kadang-kadang nak privacy sikit nak keluar dengan boyfriend pun susah. Kena jaga hati diorang lagi. Leceh gila. Tapi dialah yang kesiankan kau bila kau ada masalah dengan boyfriend kau tu. Dialah dok teman kau dengar cerita sedih kau berjam jam.

2. Dialah yang teman kau keluar naik bus masa kau tak ada boyfriend dulu. Haa, naik bus buruk tau. Tapi dulu okay je. Boleh gelak sampai kepala kau jadi besar bengkak sana sini. Rahang mulut kau pun macam nak tertanggal. Seronok kan?

3. Dah macam macam dia tolong kau ada kau ingat ke? Haa yang ini malas nak explain kau orang fikir sendiri. Jangan habis madu sepah dibuang. Jangan kerana lelaki seorang kau macam tak boleh handle perasaan kau tu.

4. Memang biasalah salah orang kita nampak tapi salah sendiri tak nampak. Boleh tak kau kira berapa kerap kau bersama dia semenjak kau ada boyfriend ni? Sekali lagi malas nak bagitahu sebab tu aku suruh kau kira. Baterry calculator habis.

5. Berapa kali batalkan janji tak ada hal lah. Mesti diorang faham aku ada boyfriend. Lagi pun diorang ramai. Aku ada ke tak ada ke tak ada beza. Tahu tak kau yang kau patut bagi hak dia sebagai kawan?

Ouh. No wonder if you choose a lover more than friends.
Ape pun kita kena beringat pompuan makin ramai dan lelaki makin sikit. Kalau dah kau bagi semua perhatian kat dia, kalaulah ditakdirkan satu hari nanti boyfriend kau tu terpandang yang lain baru kau tahu. Jangan masa tu nanti baru kau sibuk nak reka satu lagi agenda buat sahabat yang kau buang tu okay?

Jadi kita bijak bijak lah fikir mana yang terbaik. Hargailah sahabat selagi masih ada pintu kemaafan buat anda. Ini untuk kebaikkan kita bersama. Kesedaran bersahabat antara yang lebih penting dalam hidup ni.

"the days were so crazy
that people think we're high
and days we're so bored
we laugh so hard we cry!
all the inside jokes
and sayin remember when
>> just some of the reasons
we always be best friend"

Hemoh hemoh hemoh..=D

6 comments:

MiMiEy :) said...

bagi mimie, sahabat lebih penting.
tetapi, nak cari sahabat yang betul2 sayang kat kita bukan mudah.
ada jenis kawan yg talam dua muka, tikam kita dari belakang

AnysTawfik said...

memang sahabat penting. tapi manusia biasa.bila dah hilang baru terasa :)

Ain Atika Zailani said...

mimiey= heee...betul dah tu. jadi kene berhati hati juga la bila berkawan tu.

gades= haa...biasa la tu. apa apa hal kalau dah hilang baru nak terasa. harap tak jadi kat kita kan?? yeayy!!!

AnysTawfik said...

mohon dijauhkan. sebab, cinta boleh datang dan pergi bilabila masa. setianya si sahabat sangat susah dicari :)

Ain Atika Zailani said...

ye betul...amin....=)

Cik Akma said...

dua2 penting. sometimes, bile gado ngn bf, kite cari kwn. bile gado ngn kwn, ngadu ngn bf. :)