Friday, May 28, 2010

Jom hapuskan stres!

Good good saya dah dapat idea.

Bila tanya Fana ape lagi entry bagus malam ni. Minda dah kering ni padahal nak bebel-bebel kosong je. Tu pun tak ada idea. Otak sempit kamu ya? Fana saran basah kan otak dengan air guna sponge. Kau faham tak? Otak saya bukan obor-obor.

Saya stress. Saya stress.




Ni lah budak tu.

Bila sterss fikirkan tajuk entry tiba-tiba jari ni terlompat-lompat. Apasal tah. *sebenarnya nak bagi tips hilangkan stress. Susah sangat ke nak cakap?!

Okay dengar sini walaupun tak ada bunyi. Semua orang mengalami stress terutama individu yang tinggal di kota metropolitan. Mustahil kamu tak ada stress. Selalunya wanita lebih stress berbanding lelaki. Walaubagaimanapun, stress tu normal. Tapi kalau asyik stress aje itu boleh mempengaruhi kualiti hidup. Okay setakat ni faham? Tolong lah faham. Jangan stress.


5 CARA MUDAH HAPUSKAN STRESS


1. Menulis.
Mengekspresikan perasaan ke dalam bentuk tulisan seperti menulis diari adalah salah satu teknik efektif dalam mengurangkan stress. Ber belog juga salah satu cara untuk lepaskan stress. *Walaupun saya yang stress cari bahan untuk entry. Okay lepas habis bebel ni dah tak stress dah. Tengok jelah nanti.

2. Luahan perasaan.
Anda diminta tidak malu-malu meluahkan emosi terpendam dengan berbual-bual, ketawa, menangis ataupun marah. Jangan marah aku dah la.=p. Ini semua merupakan sesi menyembuhan emosi yang tersekat-sekat tuh.

3. Hobi.
Apa saja hobi boleh buat seseorang hapuskan stress. One example. My bestfriend is food. Jadi, macam mana dengan you all? Atau boleh juga kata my bestfriend is "smellypillow". Hushh!! Yang ini dasyat! I could be a professional sleeper.*_*. Get your beauty sleep!

4. Maafkan orang lain.
Tak apa. Eventhough mereka cakap bantal busuk awak macam-macam maafkan jelah. Diorang tak sengaja tuh. Wah wah, macam minyak masak seri murni pulak hati malam ni.

5. Aktiviti rohani.
Bukan aktiviti Rohani kawan kamu tuh bukan. Ni rohani dan jasmani. Seseorang perlu merehatkan tubuh melalui self-hypnosis, dengar muzik. Dengar orang bebel boleh tak? Gila! Kau jangn cari pasal boleh?


Wah, rasa stress dah hilang lah. Betullah.
=)

Saturday, May 22, 2010

Penderaan mental untuk saya!

Alasan terbaik untuk balik ke rumah ialah masakan emak sedap. Dekat sini tak. Sebab saya terpaksa tunggu selama 2 jam untuk dapatkan nasi goreng yang sememangnya tidak setimpal dengan harga dan jerit perih penantian yang sangat memeritkan perut. Kalau bertanya saya tentang diet atau tips pemakanan seimbang sememangnya saya belum diberi pendidikan khas tentang penjagaan berat badan. Malah, berat badan saya amat mengecewakan. So, lebih baik tak payah.

Saya berpantang. Sangat sedih. Tsk =p. Demi menjaga pantang jangan tunjuk makanan depan saya. Tolong jangan. Saya sangat pantang nampak makanan.




My Favourite!! Andai kata dia dekat depan mata sekarang. Saya nak puasa esok. Yelah. Saya berani cakap sebab dia tak ada depan mata. Thanks sebab tak ada. Kalau tak saya terpaksa berpuasa esok. Errrr..









MEMANG SENGAJA CHOOSE THE BIGGER SIZE!










Ini menu wajib setiap malam sebelum tidur jika lapar. Kalau tak saya terpaksa lukis dendam untuk buat pelan jahat esok pagi.





Apa pandang pandang? Jangan pandang saya macam tu. Sebab baby cacing dalam perut saya ni pun tengah menangis. =(




Memang nak kena. Ejek aku kan? Cuba kau tengok sekor sekor. Rasa macam nak curi yang kat atas meja tuh. >"<.

Thursday, May 20, 2010

bantalbusukterhebat!

Entri kesayangan saya. BANTALBUSUKTERHEBAT. Cetusan hebat dari beberapa sumber. Jadi mula mula saya nak bagi some advice untuk segelintir, sesetengah atau sekerat, sepotong pun boleh seperti yang sesuai dengan mood anda sekarang untuk tak perlu rasa malu hanya kerana sekeping bantalbusuk yang usang. Inilah karung gilang gemilang dan hanya orang macam kita ada. Kita kena banggalah. ahaha.

Here i want to share some secret about my "smellypillow"..Yang cukup digeruni oleh kawan tersayang. Tak sedih. Sebab dah jadi lumrah manusia ni tak suka benda yang busuk busuk ni. Walaupun saya dengan bangga nyatakan kat sini bantal saya wangi. hahae..=)

Tuduhan mereka : 1. Bantal kau dah macam karung emas. Okay.
2. Masuk bilik aje bau susu basi. Okay.
3. Bantal kau boleh buat muka aku tumbuh jerawat. Okay.
4. Boleh buat senjata kalau ada orang kacau kau juga. Okay.
5. Habis hilang semua apa yang aku baca tadi. Okay.
6. Dari jauh nampak macam batu. Okay.
Chupp!! Bass Karoo!!
Tak apa. saya tak marah.

Don't ever judge the book by its cover. There is something you must know about my smellypillow. Adik saya sendiri cakap "Aku tak nak bunuh diri dengan bantal busuk kau" ceeitt!! Tapi saya nak tegaskan disini bantalbusuk buat anda tidur lena sampai tak nak bangun. Dan seperti bercinta walaupun girlfriend/boyfriend you all tak cantik/hensome. You all tetap akan cakap wahh cantiknya awek aku macam Preity Zinta atau wahh hensomenya pakwe aku macam Shah Rukh Khan. Walhal, faham faham sendirilah. Seperti itu juga sayang dan kasih terhadap bantalbusuk tak berbelah bagi gitu.

Sengaja tak nak aibkan bantalbusukterhebat dalam entri kesayangan. Jadi tiada photo as a sources. *segan nak tunjuk.



Penangan BANTALBUSUK sangat menakjubkan. Betul lah.



Kau tengok ni. Dah cakap dah.

Ada beberapa tabiat yang dah lekat sampai la tua ni ha. Mencium dan menggentel.
Tak tahu lah mana satu. Pilih la sendiri. Walaupun karung emas dah lembik sampai dah tak ada isi sebab sarung bantal rapuh gara-gara terlalu setia dan tak nak berubah hati kepada bantal yang lain. Pada sesiapa yang baru nak berjinak jinak tu tak payah la ye? Rentikan laaa.. Nanti menyesal. Sekarang saya sangat sukar mencari penawar penyakit tabiat ni. Weee~~=)

Tuesday, May 4, 2010

Tips mudah senyum

Hari ini tiba tiba terasa macam nak bagi motivasi dekat diri sendiri. Setelah beberapa abad mengolah buah fikiran, maka terdetik lah rasa macam nak kongsi rahsia buah fikiran ni. Disebabkan muka saya yang macam susah nak senyum (sebenarnya bukan susah, tapi macam tak ada orang nak senyum dekat saya pun..*touching), saya rasa perlu mengubah kedudukan urat muka dan rahang bagai. Haih.. Kebelakangan ini, ada yang tegur saya nampak garang. Tapi sebenarnya tak. Saya sangat baik. Betul ni. Saya sombong? Tak. Saya sangat pemarah. Silap. Peramah.. Trust me! You will never regret it! Wahh...Dah lah.

Oleh hal yang demikian, saya bagi example lah. Tiba-tiba teringat dekat Wahyuni, kawan kampus. "Bang boleh tengok example handphone tu tak?" Ok guna example tu macam pelik. Tapi sumpah kelakar kalau dia yang cakap. Macam tak ada benda lain nak fikir. Bagaimana pun dia sangat bijak untuk gunakan *SAMPLE atau DISPLAY sebagai kata seerti paling sesuai untuk EXAMPLE.. Ahaha.. Ok cukup.

Ini lah example, sample dan display untuk anda. Sememangnya peramah.



Adik adik cakap nampak macam natural beauty macam ni. Ok nampak tak word *macam tu? Nak mintak belanja tu. Tahu. Jika diteliti riak wajah diatas tolong lah akui bahawa saya ada ciri ciri seorang wanita. Dan saya juga sudah kenyang.

PROCEED ;

Kita sedia maklum bahawa senyum dan ketawa merupakan senaman berbentuk joging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Jadi, setiap hari bangun tidur mulakan hari anda dengan senyuman. Kalau nak gelak terus pun boleh. Itu pun kalau tak ada rasa bersalah lah. Dan lokasi yang paling tepat untuk gelak sebaik bangun tidur sebaik-baiknya di dalam bilik tidur anda. AWAS. Anda mungkin di anggap mengigau jika berkelakuan pelik sebegitu di khalayak ramai. Tidur sambil ketawa adalah pengalaman paling pelik dalam hidup saya apabila satu malam bersama yang tersayang.*preety zinta. Bukan nama sebenar.

Tambahan lagi, apabila kita senyum badan turut tersenyum kerana menganggap kita gembira.

Tip mudah senyum :

1. Gosok gigi setiap pagi.
2. Tarik pipi anda panjang-panjang.
3. Geletek perut anda sendiri.
4. Anggap diri anda seperti tidak normal pada setiap kali anda perlu senyum.
5. Apabila berjumpa dengan rakan yang tak berapa rapat, datang dekat dia dan gelak aje secara tiba-tiba.
6. Perhatikan rakan anda tidur. Selalunya dia akan mengigau pada sekitar pukul 4-5 pagi.
7. Untuk penggunaan jangka panjang, sila record aksi tersebut untuk buat anda ketawa keesokkan hari. Sepanjang hari.

Tips ini yang saya buahkan untuk waktu waktu seperti ini. Tentu ada yang tertanya tanya kenapa gosok gigi setiap pagi boleh buat seseorang tersenyum. Ok sekarang saya akan cerita satu persatu. Sebenarnya, secara tidak sedar kita mempunyai habit suka senyum seorang diri. Contoh, untuk memulakan hari anda, anda bangun dengan malas untuk ke tandas dan menggosok gigi. Ok sekarang ikut step ini; Buka mulut luas. Dan sebut eeeeeeeeeeeee... Ok mula gosok gigi sekarang.. Faham semua anak anak?

Tips kedua ini khas untuk pesakit kritikal. Jika keadaan memaksa sila tarik pipi anda panjang panjang untuk membuat orang sekeliling anda rasa bahawa anda sedang dan suka senyum. Macam peramah. Walaupun sebenarnya tidak. =p Tindakan itu mungkin menaikkan market atau saham anda yang selama ini jatuh gedebushh!

Pada hakikatnya, kita memang siuman. Tetapi untuk memuaskan hati semua pihak adalah baik jika kita berasa macam kurang siuman untuk menampakkan kita betul betul ikhlas memberi senyuman.* plastik. Tapi sebaik-baiknya ikhlas.

Tips kelima ini ditujukan kepada sesiapa yang mengecop anda sebagai sombong dan garang. Jika kebetulan anda berselisih dengannya, adalah lebih baik anda datang dekat dengannya dan gelak secara tiba-tiba sambil memuji-muji bahawa baju dia sangat cantik walaupun pada hakikatnya baju itu buruk nak mampus dan memang tidak cantik langsung.

Bukan disebabkan insomnia anda tidur lewat. Tetapi untuk mencari bahan senyuman anda pada keesokkan hari. Tips keenam ini sangat mujarab kerana saya sendiri telah cuba. Hhehe..=)

Selepas anda berjaya menyempurnakan tips ketujuh. Thumbs up!