Thursday, September 9, 2010

Bersiap sedia untuk basah basah esok!

Yang ini sesuai untuk semua umat Islam yang sedang berkampung atau berbandar sekarang ini.
Okay untuk persiapan yang baik siapkan 3 baldi kosong untuk mandi. Itu pun setelah habis bersalam salaman, bermaaf maafan, bertangis tangisan, beresak esakkan untuk kutip sampul raya dan akhir sekali bermalu maluan kerana tak pernah pernah awal pagi menangis mintak maaf. Bukan apa esok pasti bertambah sedih sebab potensi untuk dapat duit raya yang banyak tahun ini adalah tipis.


MARI NANGIS KUAT KUAT DAN MERAUNG SEKUAT HATI UNTUK COLLECT LEBIH BELAS KASIHAN. Baik.



Lepas tu air dalam baldi tu kau boleh buat mandi. Kesimpulan esok bangun tak yah mandi.
Siapa tadah paling banyak air orang itu dapat duit raya paling banyak. Saya lah tu.


Jadi saya ada strategi untuk tidak membazir dipagi raya. Tak payah kau sibuk sibuk make up over over takut nanti waktu kau tadah air mata dalam baldi kosong bulu mata yang kau pasang selama 3 jam itu tercabut dalam air mata deras. Saya akui tidak punya bulu mata cantik. Tapi saya belum pernah cuba untuk pakai bulu mata palsu atau clone atau cetak rompak dan sebagainya.

Selamat Berhari Raya tanpa bulu mata palsu kepada saya dan kepada si cantik berbulu mata palsu tolong ajar saya cara pakai bulu mata cantik itu.

Salam Lebaran.
(^-^)

3 comments:

Fatin Idora said...

kau tau menangis ke? setau aku, kau lah orang paling kental untuk tidak menitiskan air mata, kan kan kan. hahahaa, btw, Selamat bertangisan esok ;p

Ain Atika Zailani said...

hahhahaha....kental ke???? wawa yg kental!!!!

Anonymous said...

kau kutuk aku dihari berhari haraya ni???!!!hahaha
selamat berhahari raya..=p..ccw