Wednesday, January 26, 2011

Up coming photo-shoot !

Eh eh bukan main rindu lagi I nak membebel. Tau tak I buat apa tadi? Tau tak? Haa baguslah kalau tak tau. Boleh lah I bagi tau. Ngeh ngeh ngeh...*gelak jahat sambil kepal kepal penumbuk. Tadi I punggah lemari cari pakaian cool nak pakai masa photoshoot dekat Bukit Cerakah hari sabtu 29.1.2011 ni. Huh sempoi gila I memadan-madankan warna baju dan seluar. Suka hati I je kan. Hmm tak apa lah.

Rasa seronok sebab ada orang nak offer jadi model ni kan kan. Jeng jeng jeng mempersembahkannn Photographer Prince Arjuna (Has) taddaaa !! I memang gila kentang ouh, gila gambar ouh, gila ouh. Dalam shoot tu nanti I bersama kawan baik kecintaan beruk I iaitu Siti Najwa Latif. Memang stock beruk. Same lah I pun, sebabnya tak boleh ahh kantoikan kat sini. Apa ahh lu orang nih. 

Okay lah nanti bila kitorang dah success I post entry ye. Sambil tu I belajar sikit-sikit cara nak shoot gambar. Ehh yelah I tak bagitau yang I dah dapat DSLR ! Sama macam Has punya. So senang sikit lah I nak menggodem kamera I yang tak seberapa tuh. Hahah. Apa pun thanks a lot to Has sebab tak lokek ilmu nak share dengan I. Bagus lah ada kawan macam ni. Cool gila lah beb ! Muchas Gracias !

Monday, January 17, 2011

Nokia X5 dan tak tidur malam.

Eh eh tajuk. Biarkan. Biarkan tajuk macam tu. Baru nampak penegasan dan keseriusan dalam angan-angan. Lepas I tunjuk kan nanti pasti korang jeles, pasti korang suka, pasti korang nak, pasti pasti ! I agak je. Tehee. Yelah I tak banyak duit nak beli blackberry macam 'you old'. Kalau mak bapak dengar mesti dia beri muka simpati. T_T




NOKIA X5


Extream exclusive colour. I love this and tolong katakan yang I mesti beli ! Mesti Atika, mesti ! Kau mungkin tak akan dapat handphone secantik ini dan ianya memang berciri-cirikan kau yang pendek rendang. Okay cukup. I dah bengang dah. Babai. =(

Saturday, January 15, 2011

Rambut pun nak cantik juga

Cukup kalau hanya muka cantik, tapi rambut tak cantik? Walaupun bertudung tapi rambut tak cantik kau suka ke? Even lelaki pun kalau boleh mengimpikan isterinya mempunyai rambut yang cantik dan sihat supaya apabila di belai-belai tak sangkut. Iya ke?

Sepasang ibu bapa membuktikan bahawa seorang suami memerlukan isterinya berambut sihat dan seorang emak berusaha keras mendapatkan rambut yang sihat dengan memakan sayur setiap hari. Itulah sepasang emak ayah yang memiliki anak pertama iaitu saya. Menjadi anak pertama harus memikul tanggungjawab berat dan lantang menyuarakan rambut pun nak cantik juga. Hidup rambut ! Tumbuh rambut ! *angkat-angkat tangan macam malam kemerdekaan. Penuh gemilang.

Selain pemakanan menentukan tahap keseimbangan kesihatan rambut, ia juga perlu mendapat rawatan tambahan bagi memastikan rambut kekal sihat di mata hati. Cewahh. Okay I suggest you this one.



SUNSILK SILKY SMOOTH & MANAGEABLE HAIR RECOVERY TREATMENT



INI BAHAN UJIKAJI

Pengalaman sendiri lepas buat treatment ni memang selesa. Sangat lembut. Tapi sayangnya I tak boleh guna shampoo Sunsilk. Yelah maybe tak sesuai kot. I guna shampoo lain. Ehem.



Ahakss.. Rambut baru. Comel ke? Wohh? What kind of hair hah?! Benci betul. Potong rambut aku macam ni. Dah nampak tak matang dah. Cewahh ! Tak apa lah kan. Nak buat macam mana. Hmm apa-apalah. Selalu berdoa agar rambut cepat tumbuh. Amin.

Monday, January 10, 2011

Entri terulung : Bantal busuk

BANTAL BUSUK?

Kami adik beradik. Bagai isi dan kuku. Bagai aur dan tebing yang apabila bersama hidup lebih harmoni di bawah satu bumbung. Percaya atau tidak dengan azam baru ke kampus tidak lagi membawa si busuk. Percaya atau tidak saya dengan begitu berat hati merelakan si busuk duduk di rumah tidak berteman atau dalam kata lain saya yang tidak berteman. Sungguh memilukan. Jangan gelak.

Seisi keluarga berasa pelik. Haih kenapa kekka tak bawak bantal busuk ? Haih kenapa haih? Makin meningkat dewasa ni saya rasa perlu untuk belajar berjauhan. Mahu atau tidak saya mesti tidak membawa bantal busuk ke ruangan malam pertama. Eh ehhh diaaaa.. dah pandai cakap pasal malam pertama. Ahakss.

Okay lah. Memang tak nak tulis entry panjang-panjang nanti korang penat nak baca. * Konon faham perasaan korang lah. Tak pe lah at lease konon kan? Daripada tak ada konon nanti korang touching. Tehee. =p

Wednesday, January 5, 2011

Hidup sebagai pelajar yang meninggalkan ibu bapa

Start semester baru. Mula-mula post dekat facebook kata semester ini akan daku mulakan dengan semangat kepelbagaian yang baru. Sebelum pergi meninggalkan mak bapak siap buat "aku janji" akan buat yang lebih baik semester ini. Tak sampai seminggu pergi kelas dah sibuk tanya bila ehh cuti? Kalau lecturer dengar mesti touching.

Nasib baik punyai emak ayah yang cool. Balik lah nak balik. Boleh lah tolong tolong mak kemas rumah, memasak, cuci baju dan sebagainya. Okay saya memang faham kalau seorang mak dah kata macam tu maksudnya tak bagi balik. 
 
Tapi saya hidup dengan kedegilan. Saya balik jugak. Walaupun terpaksa bekerja sebagai part time maid daku rela. Mak suka. Bapak cepat-cepat pergi kedai gunting rambut yang sekepala lima ringgit tuh, mintak tukang gunting cukur rambut sampai botak supaya anak ada kesedaran tak minta duit tambang dan insaf tak pasang niat balik rumah setiap hujung minggu. Saya dah ready nak touching kalau ayah nak buat macam tu. Tehee.
 
Okay esok saya nak balik Shah Alam yeay ! Ready ready...T_T

Monday, January 3, 2011

Hello New Semester

Hello hello line clear? Okay clear. Memang selalu kalau tanya, dia memang kena jawab sendiri. Memang macam tu. Susah berblog sebab kena pandai bermonolog. Kalau bermonolog fail hilang terus mood, makan tak lalu, lampin tak basah. Lepas tu tak payah tukar lampin baru. Jimat. Memang sukar lepas tu terkontang-kanting macam ni lah. Dah berapa hari baru nak update.

Let me explain. Sebenarnya keyboard laptop saya rosak. Cepat-cepat mintak simpati kat bapak hantar ke Clinic PC agar boleh jadi rajin seperti dulu-dulu. 

Berbalik ke tajuk kita hari ini. Sempena tahun baru, semester baru, baju baru, kasut baru dan alatan tulis yang baru saya mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Hello New Semester Hai !! Semangat pun bertukar ganti tiap kali menjelang semester baru siap main bunga api sebelum balik ke kampus. Menandakan wah wah gemilangnya hidup.

Saya mungkin tak dapat update dalam masa seminggu ini. Tapi awak semua jangan lah melupai daku tau. Nanti daku sedih. Sob sob.. Okay lah nak rehat-rehat dulu. I miss you !! Ahakss ! (-_*)