Wednesday, November 3, 2010

Perempuan simpanan Adam

I persembahkan diri dulu. Nama I ADAM. Ehh kau faham tak apa maksud lebih baik kawan dengan orang bisu? *kata-kata maut. I faham sangat kenapa. Bila I dapat petanda akan jadi gila I bikin entri. Bila rasa tak puas hati I bikin entri. Ini entri. Ini apa? Ini entri. Bagus.

I tak suka betul orang cakap main-main. I suka orang main-main. Tapi kawan I suka cakap main-main dan suka main-main. I kompius nak suka ke tak.

I bangun pagi je budak bilik dah memekak. Suruh bangun pergi makan. Tapi masalahnya I bangun tengah hari macam mana? I bila kena kejut memang tak bangun. Lebih baik jangan kejut la. Sebab I tidur pukul 5 pagi sejak final exam ni. Mak kata I kena cukup tidur. I dengar cakap mak. Cheh cheh cheh.. Kalau pasal tidur I memang dengar kata. Jadi I bagun pukul 1-2 tengah hari setiap "pagi". Faham apa maksud I? Waktu I jadi terbalik sebab I selalu study malam dan siang masa untuk tidur.

Berbalik kepada kata-kata maut I tadi. I bagi nick name untuk dia. "Perempuan Perut Kosong". I tak tau masa kecik-kecik dia minum susu apa. Pasal dia memang lain sangat dari kawan-kawan yang I pernah kenal. Dia perempuan yang suka cakap main-main. I tension gila. Dia suka bom kuat kuat. I paling bengang dengan dia sampai I rasa nak campak dia dalam kawah. Kentut bukan perkara pelik. Tapi sampai kat dia jadi pelik. Lepastu kalau I cakap dengan dia tak pernah straight. Mesti kona kona. Sebab tu dia tak boleh ambik lesen kereta. Kalau tak mampus. I cakap sikit je dia tambah lebih-lebih. Bila I tanya dia tak bagi jawapan tapi cerita benda lain. I panassss.... Lepas kentut gelak tak hengat ! Kalau makan jangan ajak dia. Nanti korang tak cukup makan. Tiba-tiba dia jadi halusinasi time makan. PERHATIAN : CUMA WAKTU MAKAN !! Dia dengar ada orang pelawa dia makan, dengar macam ada orang cakap tak lalu makan dan lepas tu dia boleh tolong makankan makanan tuh. Seterusnya main lawan kentut. Dia macam perempuan tak normal sebab kentut banyak sangat. Dah tak macam orang sihat lagi dah.

Sorang lagi I bagi nama "Perempuan Mata Celik". Sebab dia tidur mata terbukak. Macam orang tengah tengok tv. I bengang gila. Dia tak reti tidur tutup mata ke wehh? Kalaulah nak celik mata kena bayar bil. I confirm dia punya bil melambung kalah bil talipon I. Dia mampu tidur di mana-mana. Dia suka hilang. Panggil sana sini tak ada respond rupa-rupanya dia ada dalam timbunan baju belum lipat atau dibawah longgokkan bantal-bantal peta antarabangsa. Lepas ni kalau hilang lagi I nak try cari dalam tong sampah. Ngeh ngeh ngeh...

Yang ni plak I panggil dia "Perempuan All The Tembam". I bangga gila dia join competition basketball under Karisma dekat kampus. Bangga woohhhh.*tepuk sikit. Berjaya buka saloon. Setiap minggu atau bila-bila perlu dia amat diperlukan untuk menjaga kesihatan rambut I. Tapi bila dia tidur aku panas hati betul lah ! Suka lenyek aku suka hati. Pastu pagi I bangun tengok dia kuak lentang atas lantai. Dia tak tau ehh beza tilam dengan lantai?

Lagi satu "Perempuan Muka Sempit". Ingat seluar je sempit? Bangun tidur muka sempit, lepas gosok gigi pun muka sempit, lepas makan muka tak sempit. Perempuan ni dulu selumber kutuk aku punya smelly-pillow but this sem rahsia dia terbongkar. Aku terselak sarung bantal dia gila gempak ! Kalah gua punya wohh.. Sekarang tak boleh nak kutuk bantal I lebih-lebih.

Keempat-empat diatas ni kalau sebut "makan" semua laju sampai berkebolehan cari makanan pakai hidung. Tragis. I tak boleh cakap benda yang serius dengan perempuan-perempuan ni. Sama je kalau I cakap dengan orang bisu. I tak akan dapat fakta yang betul kalau tanya dorang. I benci dorang. Tapi dalam hati ada taman. *background music lagu hindustan.

Kalau dorang tau kata-kata maut I tu mesti dorang halau suruh I pergi kawan dengan orang bisu. Gila sadis siot.

4 comments:

HonEyBuNNy said...

waduh...mcm2 nama perempuan ada...ehehhe

Ain Atika Zailani said...

ada...macam macam ada...=)

hiro said...

yu perempuan ai kn..aummmm..nk tgok gigi taring..hihi

nuR izyan said...

hu3..perempuan muka sempit..
mcm kiut je bunyinyer.. :)