Tuesday, November 30, 2010

Beli Belah tanpa photo.

Haii bosan lah kalau pergi membeli belah poket berkepuk tapi tak ada photo. Oh bukan apa ianya satu kelengkapan. Lepastu balik rumah jadi santapan adik beradik yang tak dapat ikut sama membeli belah. Ikutkan hati tak nak membeli belah. Nak ambil dan belah je.. Jimat nak mampus. Dosa tak hengat. Jadi tak ada photo. Maka kat sini cuma nak bagitau I pergi beli belah tadi tak ada photo. Sadis. Tsk tsk.

Dah balik rumah on laptop mula bergambar.





TERUKNYAPERANGAIDIA.
Ish ish ish.



Saturday, November 27, 2010

Mengapa memanggil kekasih seperti anakmu?

Bukak cuping telinga capang kanan baby. Bukak cuping telinga kiri baby. Yaaah baby dimana-mana.


Mengapakah tajuk begitu? Sebuk lah kau. Apakah panggilan manja yang diberikan oleh kamu terhadap kekasih hati mu? Ayat sempoi, kau panggil pakwe kau apa wehh? Haa macam tu paling tak hipokrit. Baik.


Tapi ada pasangan yang panggil kekasih dorang baby. I pun sama. I terpanggil. Tak sengaja lepas tu sedar khilaf diri bahawa I panggil dia baby/bayi. Malu sendiri. T_T


Baby you balik pukul berapa ?


Bila translit jadi...


Bayi you balik pukul berapa ?
Ish ish ish. Teruk betul tu.


Maka nanti bila dapat anak kena panggil bayi tak boleh panggil baby. Sebab selalu bila nampak baby sebuk tunjukkan kat kanak-kanak ehh tengok tu ada baby. Lepas ni kena cakap ehh tengok tu ada bayi. Atau bila nak perkenalkan makwe/pakwe kat siapa siapa kata ini bayi saya. T_T.

Manjanya kau !

Nah entri kontot. Dah mula nak berperangai tua. Baru kerja sehari dah macam mak nenek tak boleh jejak bumi. Emak I bebel siap tangan dia macam Karam Singh Walia. Tak boleh belah. Tadi kat tempat kerja mengantuk rasa nak tidur dalam timbunan baju. Nanti customer beli baju terbeli I sekali boleh I balik naik plastic bag F.O.S. Kah kah kah. Tak lawak. Lepas tu boleh kahwin dengan I tak payah bagi duit hantaran dah. Sebab dah bayar kat kaunter tadi. Miss you ! T_T


Thursday, November 25, 2010

Berperangai tua tapi masih pewiit pewiit.

Ohh hari ini sangat memenatkan. Bangun pagi di gerak macam seperti nenek yang harus diberi parhatian khusus untuk perindah bau diri di bilik mandi. Capai tuala sambil membebel seperti orang tua kurang tidur padahal dah bergelen-gelen air liur atas bantal. Lepas tu muka berkerut-kerut kata sakit lutut dan sakit otot. Sungguh berperangai tua.

Seperti biasa berjalan di mall menggunakan kaki. Lemah gemalai (tak sesuai betul gemalai di sini) melihat-lihat kedai yang memerlukan khidmat buruh seperti ku. Masuk kedai F.O.S tiba-tiba tanya do you have any vacancy here? Ada tanya macam tu. Macam desperate betul tu. Ada. Selamba muka nampak muda berseri-seri lepas kata ada vacancy for me. Ohh how sweet.

Beberapa soalan semasa interview dan soalan kegemaran ialah how old are you? I dengan bangga cakap 20 years old. Dia kata ohh I ingat sekolah lagi. I bertambah kembang terasa ahh mudanya diri ku ini. Tiba-tiba terasa orang pewiit pewiit kat telinga daku padahal semua staff dia pergi lunch. T_T


So esok I kena datang kerja pukul orang. Eh pukul 10 setengah. Harus berperangai muda dan tak berkedut. =)

Wednesday, November 24, 2010

OH MY GOD !

Oh my God. Oh my God.
Rupanya I tak tau bila I tukar alamat blog banyak impact yang mempengaruhi link link yang pernah ke blog daku terindah ini. Maafkan daku. Tak mengapa I ada alamat you all. Catch you guys later !

I harus bekerja dengan keras untuk mempromosi blog ku terhangat. Perasan sungguh kerana mempunyai sikap begini. Ish ish ish. Harus banyak berusaha mencari blog-blog terindah juga bagi penghibur duka lara. Sekarang mesti mula dari awal macam mula-mula lahirkan 'anak blog' sampai jadi 'si tua blog'.

Ohh saya baru bergurukan seseorang lalu bertanyakan bagaimana ya mahu blog menjadi seperti wahh bagusnya blog dia. Gitueew.

Mula-mula kena ada blog. Yes semestinya dong. Lepas tu kena ada facebook. Lepas tu kena ada twitter. Promote your blog here ! Lepas tu kena ada follower yang ramai. Bagaimana mencari follower yang ramai? Begini. Kena rajin berjalan-jalan lalu pluup ! Tinggalkan jejak. Kena follow orang punya blog jugak. Ia juga di panggil tinggalkan jejak.

Macam nak promote movie di panggung wayang. Buat advertise besar-besaran bagitau semua orang hoiii ada movie baru ni jom ramai-ramai datang tengok. Wahh kita dan konco-konco cepat-cepat booking tiket pergi tengok. Lepas tu balik rumah cerita sana sini best wohh cerita tu lu tak tengok rugi wohh. Cuba tukar. Best wohh blog tu lu tak tengok rugi wohh. Syok syok. Jangan kemut nak promote blog orang barulah orang nak promote blog kita.

Cuba la lihat ruang "Try This Too" dekat blog I sebelah ni. Masih memerlukan blog indah anda. Siapakah yang mahu mengisi kekosongan itu. Marilah tinggalkan link link terindah anda disini. No interview. *Wink wink.

A terrible tragedy !

Pssstttt......Whup !


Apakah? Apakah dia sedang membaca diary? Dia membaca diary budak lidi. Kenapa muka seperti terkena beruk?


Get away of my way chimp (stand for chimpanzee). "Chimp" for short.

Don't call me "chimp" !

But you are one.

Ohh, yeah. Lalala I can't hear you..



Sekarang semua rahsia dia tanggannya dan pen sapu habuk di mulutnya.


Haih? Kene ulang balik. Dan aiskrim di mulutnya.
I really thought there was chemistry between us.(=,=)

Tuesday, November 23, 2010

Itu Sahaja.

Ramai anak gadis dan anak tak gadis (kejantanan macho) menjadikan musuh/enemy sebagai keperluan dan berpelakuan seperti entah dimana moral. Ish ish ish. Kenapa I dilantik jadi salah seorang enemy? Besar betul pangkat. Sedih ohh orang kata kita sombong. I tak sombong tapi hati kecik. Bila orang cakap hai I cepat-cepat cakap what's up? Hah nampak. Tak ke peramah tu? Tak baik dengki I. I ciptaan Tuhan.

Manusia memang kadang-kadang terlepas pandang. Bukan boleh layan semua orang dalam satu masa. Lappy I ni pandai jugak mengada nak lembab-lembab. Bila dah jadi macam tu I kena la tutup semua tabs bukak baru. Haih penat. I bukan artis nak perasan hot. Tapi I sensasi. WoOahh? Buntang mata keluarkan letak dalam sudu main magik.

I sedang sibuk membusykan diri dia pun sibuk membusy body. I musuh dia tapi dia bukan musuh I. Hep hep harus berhati-hati menulis entry supaya tak masuk di zon terngumpat. Kita orang terpelajar harus seperti professional. Mesti.

Ini tips ye.. tips.. insan yang cemerlang datang nya dari akal yang sihat.. jiwa yg tenang ye.. insan cemerlang.. terbilang!!

Sunday, November 21, 2010

INI BELOG DIVA !

Vah vah vah. Ini vah vah vah yang seperti dalam filem hindustand. Saya sebenarnya bermalu-malu kerana alamat URL sebelum ini sangat annoying sama juga dengan nama blog saya. http://ainatikazailani.blogspot.com/. Siapa tu weh? Hekk ellehh poyo lak minah ni. Nak muntah. Bila orang tanya wehh apa nama blog kau? I memang malu lebih lagi nak promote blog kat orang. I kan pemalu. Malu lah. =p

Saya godek-godek tadi. Saya godek-godek tadi. Perlu ke ulang 2 kali? Tak.(+_+) Try tanya dekat blogger help can i change my URL blog? Dia cepat-cepat jawab yes yes up to you and do anything with your beauty blog. Gotchaa ! Tipu. Dia jawab panjang tapi yang penting yes, sure you can bebeh ! I tukar alamat yang advance sikit.

Mempersembahkan....http://inibelogdiva.blogspot.com/. Siap mempersembah segala. Yang ini lagi annoying ! Diva apa I tak tau. Sekarang ada rasa nak muntah? Amboi kau nyah.. Kemain lagi kan. Hah apa lagi I tambah malu lah dekat diri sendiri. Lepas tu kan I pergi ke nuffnang ketuk pintu cakap nak tukar alamat blog yang baru. Dia tepuk belakang I sambil kata challo mera betha challo !!

Sekarang baru bangga sikit nak promote blog. Macam nak jual produk jugak nama produk kena menarik minat pembeli. Baru osem! Haa sekarang awak nak beli blog saya tak? Yes dia tak nak. Jadi tak laku jualan I hari ni. Tutup kedai.

Friday, November 19, 2010

Canon 1000D adakah bagus?

Keinginan terlampau terhadap DSLR.
Kesian.

Adakah barang sesiapa ingin kehadapan memberi jari telunjuk kemudian mengajarkan kepada saya apakah model yang cikai tapi bukan sebarang cikai gara-gara ianya DSLR yang okay untuk disenaraikan dalam list pembelian? Apa punya engkau. (-_-").

Sepanjang perjalanan mimpi hanya Canon. Model 1000D. Cayalah paling lokek kedekut. Bukan. Jimat.




1000D
Harga. Malu lah nak cakap. Boleh search kat google.



Ambek. Yang ini paling jimat.

Malu-malu pun kena cakap jugak. I nak belanja untuk ini cuma Rm 2000 aje. Mana tau ada model-model yang boleh diharap dan duduk di bawah harga tu. Dah cun dah tu.

Siapa-siapa yang pro atau ada kawan-kawan photographer yang arif tentang DSLR ni boleh la kenen-kenen I punya blog bagi suggestion yang best. Kot-kot ada keburukan sebelum I beli. Boleh I cepat-cepat senarai hitamkan dari list.

Muchas Gracias !

Thursday, November 18, 2010

Mengapa kerap berjumpa lelaki salah?

Pelik sungguh ya ini perempuan gangster mau bicara soal cinta. Haihh gila baru hari pertama tengok drama bersiri indonesia tajuk Cinta dan Anugerah tiba-tiba dah pandai sleng indon. Siap omong soal cinta lagi. Dah baca tajuk ? Jom belah.

Belah sini.

Jangan tau nak cari salah orang aje. Cuba kaji kekurangan diri. Meh baca. Kot-kot ada yang terkena batang hidung hampa.

1. TERLALU TERDESAK.

Kau ni tak habis-habis fikir cinta cinta cinta. Bila tengok orang lain bahagia dengan pasangan dorang kau pun sibuk nak lepas tu terus bukak pintu jendela cermin tingkap kereta semua. Rembat aje mana-mana dan. Lebih-lebih pulak kalau dia panggil kau sayang. Cair dohh. Jadi betullah hati perempuan bak kerak nasi. Kalah dah.

2. TERLALU SUNYI.

Kau ni terlalu sunyi sampai seharian keseorangan. Jarang sangat nak bergaul dengan orang dan keluarga (keluarga pun orang). Situasi macam ni la yang buat kau mudah didekati lelaki tak berhati mulia maksudnya tak bertanggungawab. Memang kegemaran lelaki ini menghimpit-himpit anak gadis yang suka menyendiri kerana lebih mudah dirayu. Hidup ni luas dan penuh dengan keseronokan maka kecapi dengan beria-ia. Menang dah.

3. BUAT-BUAT JUAL MAHAL.

Selalu cakap tak kan sesekali biarkan lelaki manyakiti hati kau. Tapi hakihatnya tak. Ego sangat lah kau. Nak orang lain nampak kau bagus. Sebab tu lelaki nak dekati kau yang pada dasarnya kau nampak mahal tapi sebenarnya tak malah mampu bukak seluas-luasnya pintu jendela cermin tingkap kereta tadi. Lelaki dah arif menilai perempuan yang jual mahal atau buat-buat jual beli. Eh mahal.

4. GAYA SEPERTI MENGGODA.

Kadang-kala kau tak sedar gaya dan jelingan membuat lelaki buaya terpanggil untuk dekat. Lelaki memang tak akan lepaskan peluang yang ada depan mata. Oleh itu jagalah penampilan bila memandang seseorang. Mungkin niat kau bukan untuk menggoda tapi niat itu tak boleh dibaca oleh buaya. Ya ya ya. Buaya.

5. TERLALU NAK MENUNJUK.

Selalu bercitarasa tinggi dan mengimpikan lelaki hebat supaya orang lain kagum dan memuji-muji kebolehan kau memiliki lelaki gagah. Asal kaya aje boleh lah. Tak salah impikan lelaki kaya tapi jangan terlalu berharap kesenangan dari pasangan kau. Cari kesenangan sendiri supaya ianya berkekalan dan orang terus kagum kerana usaha kau.



Hati-hati ya ! Cakap manis baekk punya kasi. Lepas manis jom blahh..!

Penjagaan muka amat penting bagi saya !

I suka lah kalau suruh marah orang. Sebab tu bila ayah suruh jadi cikgu selumber I cakap tak nak. Tak boleh woohh ! Silap-silap murid yang ajar I baca ABC. Gila sedih I yang kene duduk atas kerusi kecik sambil pandang papan hitam ikut murid ajar I siap pakai rotan.

Ohh lupa tajuk. I nak cakap pasal penjagaan muka. I selalu marah kawan I sebab tangan dia kemain gatal pi picit-picit muka. Hati panas wohh tengok dorang krakk krukk krakk krukk muka.

Memandangkan I ni pesen gadis/anak dara yang suka simple-simple bila keluar. Jadi I memilih set kecantikan yang ini. Simple is me me me !! Atau malas is me me me??? (*_-)



PERISA ORIGINAL LAH. PASIKAN ORI BARU BELI.
Habis kalau tak ori kene jual ke you? Hotak kau !



Kau tahun bila dohh pakai fair & lovely. Sekarang orang pakai Olay, Garnier. Alahh... I pakai krim dia je dah putih wehh.. Murah. I memang pencinta barang murah. HihiH. Malu I.


Berdasarkan experience dari darjah 5 I start pakai ni ianya memang beeeestt! *Cakap penuh gaya. Ia mampu mengecutkan jerawat dan menghilangkan parut jerawat. Dulu masa sekolah kawan I suka tanya wehh macam mana nak muka macam engkau ha? Dia ingat masa kecik dulu I lukis muka sebelum masuk sekolah. Sebenarnya dia nak tanya macam mana nak muka tak ada jerawat macam engkau wehh? I cuma kata I pakai fair & lovely. Lepas tu tanya lagi tangan kau tak ada bulu lembutnya wehh. Yang tu I malu nak bagi tahu rahsia. Dia tak tau tiap kali mandi I tonyoh tangan dan kaki pakai berus. Kalau tak I tak boleh keluar dari bilik mandi.



BOLEH FAHAM TAK?? =(


Lepas sapu krim kat muka I feeling macam ini. Tengok lah tengok lah.



LEPAS TU TIAP HARI CALL BOYFRIEND SURUH DIA CAKAP SAYANG.

Tak boleh belah.

Tuesday, November 9, 2010

Kegembiraan tanpa mata

Lepas I buli orang, orang buli I balik. Dorang kata I tak ada mata. Boleh jadi dorang buta. I suka ejek dia kipas anak pakai lengan. Tahu tak lengan yang bawah tu. Yang layut layut tu. Boleh bayangkan tak berapa tebal sampai boleh kipas kipas. Dia marah gila. Selain perempuan muka ketat I panggil dia gemok. Ouhh comelnya gemok. I memang panggil orang suka hati. Kan dah cakap I gangster. *kening rapat*.

Memang beboloo dengan I sebab I suka sakat dorang. Lepastu nak kata I tak ada mata. Nanti dah kawen anak nangis I tak nampak anak. Sebab I gelak tak nampak mata. Bila I gelak dia paksa I bukak mata. Gila apa. Ada ke orang gelak mata terjojol? Tapi I happy dapat gelak.


TIRUMACAMSAYA

Ini ada lagi satu masaelah. Masaelah orang melayu nak jadi peramah. Biasa kalau nampak siapa siapa yang dia kenal jalan sorang dia tanya macam ni. "Haii sorang ke?" Nak peramah punya pasal. Dah nampak orang jalan nak pergi pasar tanya lagi "nak pergi pasar ke?"

Woohh kau faham tak dia cakap apa? Aku tak faham. Apa kene mengena orang melayu nak jadi peramah dengan kegembiraan tanpa mata? Tak ada kena mengena. Sepatutnya kena masuk dalam entri lain. Betul !


TIRUMACAMSAYA

I suka perkara yang menghiburkan. Kawan-kawan amat menghiburkan sampai I boleh lending atas tilam empuk sambil makan keropok melancong. Keropok melancong ialah keropok muruku. Packet putih. Kalau beli cuba tengok bahagian belakang ada suggestion boleh makan ketika sedang malancong, menonton tv, dan berkelah. I feel macam I tengah melancong. Sambil tu I menonton dorang bersuka ria. Sungguh terhibur sampai tak ada mata. Nging nging nging ! (=_=)

Monday, November 8, 2010

Cinta Kolestrol lebih dari Cinta Padamu

Kecintaan apa ini? Sepanjang hidupku bersia-sia. Bagaimanakah itu? Begini. Sekian lama I tinggalkan sarapan pagi. Tapi makan lewat malam. Bila bangun pagi jam 1 petang I dah missed banyak menu makanan. Seperti koko crunch, susu tepung, roti, bihun, nasi lemak dan sebagainya. I juga seperti Perempaun Perut Kosong banyak makan tapi dia lagi banyak.

Waktu lunch I ambik makanan banyak tapi makan sikit. I bukan cover cun tapi I cepat kenyang tapi I lapar tapi I makan sikit tapi tapi dan tapi. Memang banyak alasan. Kalau I makan banyak memang tak hengat. Tak pilih ikut kuantiti pemakanan sihat. Tapi ikut suka hati I. Siapa-siapa pun tak boleh marah I sebab I gangster.

Lepastu badan jadi montok. Bumper makin tinggi perut berlipat sana sini mampu jadi pelampung dan menang swimming competition.=p.. Itu namanya cinta kolestrol. Cintai kolestrol tak baik. Jadi cintailah I ! Kalau malu meh bisik kat I . Mari dekat mari dekat..(+_+)

Friday, November 5, 2010

Hidup bakal sunyi tanpa final

Wowowo...siapa yang tulis ni? Mestilah I. Kenapa macam tu you? Entah.
I dah berangan jauh nak kerja kerja kerja buk.. bila udah abis finalnya. Mau cari kerjaan yang lumayan/lunyaian. Tapi bila I fikir cukup sampai 3 kali I jadi gangster, ehh gentar. Bagaimana hidup I tanpa final. Final yang menakutkan bagi semua pelajar sekolah rendah, menengah rendah, menengah tinggi dan tinggi kampus. *Background music lagu dangdut tiba-tiba.

Lepastu selang-seli bunyi orang berdengkur pakai seluar colour pink. Se
bab waktu final biasanya orang tidur. Bukannya dengar bunyi cengkerik atau katak sejuk. Bila tak final sibuk buat-buat rajin baca buku segala siap alat tulis tersusun rapi atas meja belajar kecil ce'ot dengan cermin muka letak sekali dekat sisi. Takut tengah belajar tiba-tiba tumbuh taik mata memanggil-manggil untuk tidur lepas setengah jam study. Cheh !!

Tapi bila study untuk final lagi advance wehh. Siap ada laptop dengan snek melancong. Lepas tu siap bancuh air coffee satu cawan konon nak stay up sampai pukul 5 pagi study padahal sampai 5 pagi
duk online dengan member mengadu kenapa mood tak datang, kenapa wehh kenapa?? Itu semua I lah tu. Dasar perempuan gangster. Sehari nak final baru hegeh-hegeh nak baca itu ini.

Siapa sama dengan I cepat angkat tanga
n !

Wednesday, November 3, 2010

Perempuan simpanan Adam

I persembahkan diri dulu. Nama I ADAM. Ehh kau faham tak apa maksud lebih baik kawan dengan orang bisu? *kata-kata maut. I faham sangat kenapa. Bila I dapat petanda akan jadi gila I bikin entri. Bila rasa tak puas hati I bikin entri. Ini entri. Ini apa? Ini entri. Bagus.

I tak suka betul orang cakap main-main. I suka orang main-main. Tapi kawan I suka cakap main-main dan suka main-main. I kompius nak suka ke tak.

I bangun pagi je budak bilik dah memekak. Suruh bangun pergi makan. Tapi masalahnya I bangun tengah hari macam mana? I bila kena kejut memang tak bangun. Lebih baik jangan kejut la. Sebab I tidur pukul 5 pagi sejak final exam ni. Mak kata I kena cukup tidur. I dengar cakap mak. Cheh cheh cheh.. Kalau pasal tidur I memang dengar kata. Jadi I bagun pukul 1-2 tengah hari setiap "pagi". Faham apa maksud I? Waktu I jadi terbalik sebab I selalu study malam dan siang masa untuk tidur.

Berbalik kepada kata-kata maut I tadi. I bagi nick name untuk dia. "Perempuan Perut Kosong". I tak tau masa kecik-kecik dia minum susu apa. Pasal dia memang lain sangat dari kawan-kawan yang I pernah kenal. Dia perempuan yang suka cakap main-main. I tension gila. Dia suka bom kuat kuat. I paling bengang dengan dia sampai I rasa nak campak dia dalam kawah. Kentut bukan perkara pelik. Tapi sampai kat dia jadi pelik. Lepastu kalau I cakap dengan dia tak pernah straight. Mesti kona kona. Sebab tu dia tak boleh ambik lesen kereta. Kalau tak mampus. I cakap sikit je dia tambah lebih-lebih. Bila I tanya dia tak bagi jawapan tapi cerita benda lain. I panassss.... Lepas kentut gelak tak hengat ! Kalau makan jangan ajak dia. Nanti korang tak cukup makan. Tiba-tiba dia jadi halusinasi time makan. PERHATIAN : CUMA WAKTU MAKAN !! Dia dengar ada orang pelawa dia makan, dengar macam ada orang cakap tak lalu makan dan lepas tu dia boleh tolong makankan makanan tuh. Seterusnya main lawan kentut. Dia macam perempuan tak normal sebab kentut banyak sangat. Dah tak macam orang sihat lagi dah.

Sorang lagi I bagi nama "Perempuan Mata Celik". Sebab dia tidur mata terbukak. Macam orang tengah tengok tv. I bengang gila. Dia tak reti tidur tutup mata ke wehh? Kalaulah nak celik mata kena bayar bil. I confirm dia punya bil melambung kalah bil talipon I. Dia mampu tidur di mana-mana. Dia suka hilang. Panggil sana sini tak ada respond rupa-rupanya dia ada dalam timbunan baju belum lipat atau dibawah longgokkan bantal-bantal peta antarabangsa. Lepas ni kalau hilang lagi I nak try cari dalam tong sampah. Ngeh ngeh ngeh...

Yang ni plak I panggil dia "Perempuan All The Tembam". I bangga gila dia join competition basketball under Karisma dekat kampus. Bangga woohhhh.*tepuk sikit. Berjaya buka saloon. Setiap minggu atau bila-bila perlu dia amat diperlukan untuk menjaga kesihatan rambut I. Tapi bila dia tidur aku panas hati betul lah ! Suka lenyek aku suka hati. Pastu pagi I bangun tengok dia kuak lentang atas lantai. Dia tak tau ehh beza tilam dengan lantai?

Lagi satu "Perempuan Muka Sempit". Ingat seluar je sempit? Bangun tidur muka sempit, lepas gosok gigi pun muka sempit, lepas makan muka tak sempit. Perempuan ni dulu selumber kutuk aku punya smelly-pillow but this sem rahsia dia terbongkar. Aku terselak sarung bantal dia gila gempak ! Kalah gua punya wohh.. Sekarang tak boleh nak kutuk bantal I lebih-lebih.

Keempat-empat diatas ni kalau sebut "makan" semua laju sampai berkebolehan cari makanan pakai hidung. Tragis. I tak boleh cakap benda yang serius dengan perempuan-perempuan ni. Sama je kalau I cakap dengan orang bisu. I tak akan dapat fakta yang betul kalau tanya dorang. I benci dorang. Tapi dalam hati ada taman. *background music lagu hindustan.

Kalau dorang tau kata-kata maut I tu mesti dorang halau suruh I pergi kawan dengan orang bisu. Gila sadis siot.