Tuesday, December 28, 2010
Sinarkan Hidupmu
Baiklah, dengan segala usaha yang ada daku mempersembahkan !
Okay nampak macam malas. Dah, tak nak kawan dengan orang malas. (-_-)
Thursday, December 23, 2010
300 blog mampu dikunjungi dalam satu hari
Tuesday, December 21, 2010
Impian tekad kunjungi 300 blog sehari
Sunday, December 19, 2010
Haiseymen Lupa Lah !
Friday, December 17, 2010
Blog juga wajib assigment

1- Aku ‘Glamer’ – Yang rasa blog dia sangat2 glamer..
2- Aku ‘Meletop’ – Blog yang meletop habiss..!!
3- Aku ‘Dapur Hangit’ – Khas untuk blog memasak..
4- Aku ‘Berteknik’ – Khas untuk blog tutorial
5- Aku ‘Kumbang’ *
6- Aku ‘Black’ *
7- Aku ‘Bunga’ **
8- Aku ‘Pink’ **
* Untuk blogger lelaki
** Untuk blogger wanita
9- Aku ‘Bahagia’ – Untuk blog family..
10 – Aku ‘Buletin Hangat” – Untuk blog yang ber info, gallery dan etc..
Wednesday, December 15, 2010
Ain Atika's Biography
Monday, December 13, 2010
Dah tua mana boleh muda lagi
Engkau ni mengada betullah. Dah besar panjang rasa menyesal nak kembali muda. Alaa muda macam dulu dulu. Masa nak aiskrim minta emak, masa nak teddy bear minta emak *sekarang pakwe ada apa ada hal*.
Masa zaman comot kalau tak dapat beli gula-gula yang ada cincin dekat atas tu merajuk sampai buang-buang barang mainan permintaan sendiri keluar tingkap. Bila dah tak merajuk kutip balik lepas tu kena gelak dengan mak bapak.
Sekarang bila merajuk dah tak boleh buang-buang barang lepas tu kutip sebab ego seorang anak perlu di selaraskan dengan kedegilan. Kalau tak nanti kena gelak satu kampung. Sekarang nak merajuk kena sorok-sorok dari adik beradik kerana masih mengekalkan ciri-ciri kakak contoh terakhir. Kalau tak nanti adik beradik yang lain sibuk merajuk sama last-last semua tak dapat. Kempunan.
Help me keluar (out) !
Saturday, December 11, 2010
Both of you please stop fighting !
Thursday, December 9, 2010
Perompak ! Gotcha !
Tuesday, December 7, 2010
Yeh you're right ultraman !



Monday, December 6, 2010
Eh kesayangan !
Sunday, December 5, 2010
Weh korang meh sini jap! I love You!
Hari ni nak ajak korang berkawan. Harap korang nak. Kalau tak malu aku. T_T
Kepada followers aku disini dahku berjanji akan datang blog korang selalu. Soronok betul baca blog korang macam macam cerita dasyat. Aku pun tak terfikir idea macam tu. Otak korang boleh buat batu cincin daaa..
Readers yang nak berkongsi cerita dengan aku meh la follow belog ku terindah ini. Kalau nak bebel kat aku kau popet je kat kotak penalti aku sebelah ni. Nanti aku datang nak baca blog korang pulak.
Add la kalau malu-malu. Lepas add dah tak malu dah. T_T
Add Siska .
Friday, December 3, 2010
Tak gentleman ke lelaki menangis?
Ohh kalau macam tu lelaki tak menangis tak ada deria tangisan lah? Betul. Okay mari menangis jejaka-jejaka hot/panas/sensasi.
Tuesday, November 30, 2010
Beli Belah tanpa photo.
Saturday, November 27, 2010
Mengapa memanggil kekasih seperti anakmu?
Mengapakah tajuk begitu? Sebuk lah kau. Apakah panggilan manja yang diberikan oleh kamu terhadap kekasih hati mu? Ayat sempoi, kau panggil pakwe kau apa wehh? Haa macam tu paling tak hipokrit. Baik.
Tapi ada pasangan yang panggil kekasih dorang baby. I pun sama. I terpanggil. Tak sengaja lepas tu sedar khilaf diri bahawa I panggil dia baby/bayi. Malu sendiri. T_T
Baby you balik pukul berapa ?
Bila translit jadi...
Bayi you balik pukul berapa ?
Ish ish ish. Teruk betul tu.
Maka nanti bila dapat anak kena panggil bayi tak boleh panggil baby. Sebab selalu bila nampak baby sebuk tunjukkan kat kanak-kanak ehh tengok tu ada baby. Lepas ni kena cakap ehh tengok tu ada bayi. Atau bila nak perkenalkan makwe/pakwe kat siapa siapa kata ini bayi saya. T_T.
Manjanya kau !
Thursday, November 25, 2010
Berperangai tua tapi masih pewiit pewiit.
Seperti biasa berjalan di mall menggunakan kaki. Lemah gemalai (tak sesuai betul gemalai di sini) melihat-lihat kedai yang memerlukan khidmat buruh seperti ku. Masuk kedai F.O.S tiba-tiba tanya do you have any vacancy here? Ada tanya macam tu. Macam desperate betul tu. Ada. Selamba muka nampak muda berseri-seri lepas kata ada vacancy for me. Ohh how sweet.
Beberapa soalan semasa interview dan soalan kegemaran ialah how old are you? I dengan bangga cakap 20 years old. Dia kata ohh I ingat sekolah lagi. I bertambah kembang terasa ahh mudanya diri ku ini. Tiba-tiba terasa orang pewiit pewiit kat telinga daku padahal semua staff dia pergi lunch. T_T
So esok I kena datang kerja pukul orang. Eh pukul 10 setengah. Harus berperangai muda dan tak berkedut. =)
Wednesday, November 24, 2010
OH MY GOD !
Rupanya I tak tau bila I tukar alamat blog banyak impact yang mempengaruhi link link yang pernah ke blog daku terindah ini. Maafkan daku. Tak mengapa I ada alamat you all. Catch you guys later !
I harus bekerja dengan keras untuk mempromosi blog ku terhangat. Perasan sungguh kerana mempunyai sikap begini. Ish ish ish. Harus banyak berusaha mencari blog-blog terindah juga bagi penghibur duka lara. Sekarang mesti mula dari awal macam mula-mula lahirkan 'anak blog' sampai jadi 'si tua blog'.
Ohh saya baru bergurukan seseorang lalu bertanyakan bagaimana ya mahu blog menjadi seperti wahh bagusnya blog dia. Gitueew.
Mula-mula kena ada blog. Yes semestinya dong. Lepas tu kena ada facebook. Lepas tu kena ada twitter. Promote your blog here ! Lepas tu kena ada follower yang ramai. Bagaimana mencari follower yang ramai? Begini. Kena rajin berjalan-jalan lalu pluup ! Tinggalkan jejak. Kena follow orang punya blog jugak. Ia juga di panggil tinggalkan jejak.
Macam nak promote movie di panggung wayang. Buat advertise besar-besaran bagitau semua orang hoiii ada movie baru ni jom ramai-ramai datang tengok. Wahh kita dan konco-konco cepat-cepat booking tiket pergi tengok. Lepas tu balik rumah cerita sana sini best wohh cerita tu lu tak tengok rugi wohh. Cuba tukar. Best wohh blog tu lu tak tengok rugi wohh. Syok syok. Jangan kemut nak promote blog orang barulah orang nak promote blog kita.
Cuba la lihat ruang "Try This Too" dekat blog I sebelah ni. Masih memerlukan blog indah anda. Siapakah yang mahu mengisi kekosongan itu. Marilah tinggalkan link link terindah anda disini. No interview. *Wink wink.
A terrible tragedy !
Don't call me "chimp" !
But you are one.
Ohh, yeah. Lalala I can't hear you..
Tuesday, November 23, 2010
Itu Sahaja.
Manusia memang kadang-kadang terlepas pandang. Bukan boleh layan semua orang dalam satu masa. Lappy I ni pandai jugak mengada nak lembab-lembab. Bila dah jadi macam tu I kena la tutup semua tabs bukak baru. Haih penat. I bukan artis nak perasan hot. Tapi I sensasi. WoOahh? Buntang mata keluarkan letak dalam sudu main magik.
I sedang sibuk membusykan diri dia pun sibuk membusy body. I musuh dia tapi dia bukan musuh I. Hep hep harus berhati-hati menulis entry supaya tak masuk di zon terngumpat. Kita orang terpelajar harus seperti professional. Mesti.
Ini tips ye.. tips.. insan yang cemerlang datang nya dari akal yang sihat.. jiwa yg tenang ye.. insan cemerlang.. terbilang!!
Sunday, November 21, 2010
INI BELOG DIVA !
Saya godek-godek tadi. Saya godek-godek tadi. Perlu ke ulang 2 kali? Tak.(+_+) Try tanya dekat blogger help can i change my URL blog? Dia cepat-cepat jawab yes yes up to you and do anything with your beauty blog. Gotchaa ! Tipu. Dia jawab panjang tapi yang penting yes, sure you can bebeh ! I tukar alamat yang advance sikit.
Mempersembahkan....http://inibelogdiva.blogspot.com/. Siap mempersembah segala. Yang ini lagi annoying ! Diva apa I tak tau. Sekarang ada rasa nak muntah? Amboi kau nyah.. Kemain lagi kan. Hah apa lagi I tambah malu lah dekat diri sendiri. Lepas tu kan I pergi ke nuffnang ketuk pintu cakap nak tukar alamat blog yang baru. Dia tepuk belakang I sambil kata challo mera betha challo !!
Sekarang baru bangga sikit nak promote blog. Macam nak jual produk jugak nama produk kena menarik minat pembeli. Baru osem! Haa sekarang awak nak beli blog saya tak? Yes dia tak nak. Jadi tak laku jualan I hari ni. Tutup kedai.
Friday, November 19, 2010
Canon 1000D adakah bagus?
Adakah barang sesiapa ingin kehadapan memberi jari telunjuk kemudian mengajarkan kepada saya apakah model yang cikai tapi bukan sebarang cikai gara-gara ianya DSLR yang okay untuk disenaraikan dalam list pembelian? Apa punya engkau. (-_-").
Sepanjang perjalanan mimpi hanya Canon. Model 1000D. Cayalah paling lokek kedekut. Bukan. Jimat.

1000D
Harga. Malu lah nak cakap. Boleh search kat google.

Ambek. Yang ini paling jimat.
Malu-malu pun kena cakap jugak. I nak belanja untuk ini cuma Rm 2000 aje. Mana tau ada model-model yang boleh diharap dan duduk di bawah harga tu. Dah cun dah tu.
Siapa-siapa yang pro atau ada kawan-kawan photographer yang arif tentang DSLR ni boleh la kenen-kenen I punya blog bagi suggestion yang best. Kot-kot ada keburukan sebelum I beli. Boleh I cepat-cepat senarai hitamkan dari list.
Muchas Gracias !
Thursday, November 18, 2010
Mengapa kerap berjumpa lelaki salah?
Jangan tau nak cari salah orang aje. Cuba kaji kekurangan diri. Meh baca. Kot-kot ada yang terkena batang hidung hampa.
1. TERLALU TERDESAK.
Kau ni tak habis-habis fikir cinta cinta cinta. Bila tengok orang lain bahagia dengan pasangan dorang kau pun sibuk nak lepas tu terus bukak pintu jendela cermin tingkap kereta semua. Rembat aje mana-mana dan. Lebih-lebih pulak kalau dia panggil kau sayang. Cair dohh. Jadi betullah hati perempuan bak kerak nasi. Kalah dah.
2. TERLALU SUNYI.
Kau ni terlalu sunyi sampai seharian keseorangan. Jarang sangat nak bergaul dengan orang dan keluarga (keluarga pun orang). Situasi macam ni la yang buat kau mudah didekati lelaki tak berhati mulia maksudnya tak bertanggungawab. Memang kegemaran lelaki ini menghimpit-himpit anak gadis yang suka menyendiri kerana lebih mudah dirayu. Hidup ni luas dan penuh dengan keseronokan maka kecapi dengan beria-ia. Menang dah.
3. BUAT-BUAT JUAL MAHAL.
Selalu cakap tak kan sesekali biarkan lelaki manyakiti hati kau. Tapi hakihatnya tak. Ego sangat lah kau. Nak orang lain nampak kau bagus. Sebab tu lelaki nak dekati kau yang pada dasarnya kau nampak mahal tapi sebenarnya tak malah mampu bukak seluas-luasnya pintu jendela cermin tingkap kereta tadi. Lelaki dah arif menilai perempuan yang jual mahal atau buat-buat jual beli. Eh mahal.
4. GAYA SEPERTI MENGGODA.
Kadang-kala kau tak sedar gaya dan jelingan membuat lelaki buaya terpanggil untuk dekat. Lelaki memang tak akan lepaskan peluang yang ada depan mata. Oleh itu jagalah penampilan bila memandang seseorang. Mungkin niat kau bukan untuk menggoda tapi niat itu tak boleh dibaca oleh buaya. Ya ya ya. Buaya.
5. TERLALU NAK MENUNJUK.
Selalu bercitarasa tinggi dan mengimpikan lelaki hebat supaya orang lain kagum dan memuji-muji kebolehan kau memiliki lelaki gagah. Asal kaya aje boleh lah. Tak salah impikan lelaki kaya tapi jangan terlalu berharap kesenangan dari pasangan kau. Cari kesenangan sendiri supaya ianya berkekalan dan orang terus kagum kerana usaha kau.

Hati-hati ya ! Cakap manis baekk punya kasi. Lepas manis jom blahh..!
Penjagaan muka amat penting bagi saya !
Ohh lupa tajuk. I nak cakap pasal penjagaan muka. I selalu marah kawan I sebab tangan dia kemain gatal pi picit-picit muka. Hati panas wohh tengok dorang krakk krukk krakk krukk muka.
Memandangkan I ni pesen gadis/anak dara yang suka simple-simple bila keluar. Jadi I memilih set kecantikan yang ini. Simple is me me me !! Atau malas is me me me??? (*_-)

Habis kalau tak ori kene jual ke you? Hotak kau !
Kau tahun bila dohh pakai fair & lovely. Sekarang orang pakai Olay, Garnier. Alahh... I pakai krim dia je dah putih wehh.. Murah. I memang pencinta barang murah. HihiH. Malu I.
Lepas sapu krim kat muka I feeling macam ini. Tengok lah tengok lah.
Tak boleh belah.
Tuesday, November 9, 2010
Kegembiraan tanpa mata
Memang beboloo dengan I sebab I suka sakat dorang. Lepastu nak kata I tak ada mata. Nanti dah kawen anak nangis I tak nampak anak. Sebab I gelak tak nampak mata. Bila I gelak dia paksa I bukak mata. Gila apa. Ada ke orang gelak mata terjojol? Tapi I happy dapat gelak.

Ini ada lagi satu masaelah. Masaelah orang melayu nak jadi peramah. Biasa kalau nampak siapa siapa yang dia kenal jalan sorang dia tanya macam ni. "Haii sorang ke?" Nak peramah punya pasal. Dah nampak orang jalan nak pergi pasar tanya lagi "nak pergi pasar ke?"
Woohh kau faham tak dia cakap apa? Aku tak faham. Apa kene mengena orang melayu nak jadi peramah dengan kegembiraan tanpa mata? Tak ada kena mengena. Sepatutnya kena masuk dalam entri lain. Betul !

I suka perkara yang menghiburkan. Kawan-kawan amat menghiburkan sampai I boleh lending atas tilam empuk sambil makan keropok melancong. Keropok melancong ialah keropok muruku. Packet putih. Kalau beli cuba tengok bahagian belakang ada suggestion boleh makan ketika sedang malancong, menonton tv, dan berkelah. I feel macam I tengah melancong. Sambil tu I menonton dorang bersuka ria. Sungguh terhibur sampai tak ada mata. Nging nging nging ! (=_=)
Monday, November 8, 2010
Cinta Kolestrol lebih dari Cinta Padamu
Waktu lunch I ambik makanan banyak tapi makan sikit. I bukan cover cun tapi I cepat kenyang tapi I lapar tapi I makan sikit tapi tapi dan tapi. Memang banyak alasan. Kalau I makan banyak memang tak hengat. Tak pilih ikut kuantiti pemakanan sihat. Tapi ikut suka hati I. Siapa-siapa pun tak boleh marah I sebab I gangster.
Lepastu badan jadi montok. Bumper makin tinggi perut berlipat sana sini mampu jadi pelampung dan menang swimming competition.=p.. Itu namanya cinta kolestrol. Cintai kolestrol tak baik. Jadi cintailah I ! Kalau malu meh bisik kat I . Mari dekat mari dekat..(+_+)
Friday, November 5, 2010
Hidup bakal sunyi tanpa final
Lepastu selang-seli bunyi orang berdengkur pakai seluar colour pink. Sebab waktu final biasanya orang tidur. Bukannya dengar bunyi cengkerik atau katak sejuk. Bila tak final sibuk buat-buat rajin baca buku segala siap alat tulis tersusun rapi atas meja belajar kecil ce'ot dengan cermin muka letak sekali dekat sisi. Takut tengah belajar tiba-tiba tumbuh taik mata memanggil-manggil untuk tidur lepas setengah jam study. Cheh !!
Tapi bila study untuk final lagi advance wehh. Siap ada laptop dengan snek melancong. Lepas tu siap bancuh air coffee satu cawan konon nak stay up sampai pukul 5 pagi study padahal sampai 5 pagi duk online dengan member mengadu kenapa mood tak datang, kenapa wehh kenapa?? Itu semua I lah tu. Dasar perempuan gangster. Sehari nak final baru hegeh-hegeh nak baca itu ini.
Siapa sama dengan I cepat angkat tangan !
